Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 31 Oktober 2012

Kelancangan Presiden MCA Chua Soi Lek macam lanchownya juga. Kepondanan Umno semacam diliwat Soi Lek

 Tindakan MCA terutama Presidennya Raja Porno Chua Soi Lek yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia sangat melampau, kurang ajar biadap dan keterlaluan.
Penghinaan berulang kali yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam serta perundangannya bukan satu perkara baru.
Seminggu berlalu tempoh diberikan oleh Dewan Pemuda Pas kepada Soi lek hanya jadi bahan lawak jenaka. Chua Soi Lek memang lancang seperti 'lanchow'nya juga.
Sebagai seorang muslim, perasaan marah, kesal, pilu dan juga kecewa apabila Hukum Syariah iaitu Hukum Hudud yang telah dinyatakan secara jelas dan terperinci di dalam al-Quran telah dihina sedemikian rupa. Bahkan yang lebih menyentuh naluri kita apabila dihina oleh pemimpin seperti Chua Soi Lek yang memang diketahui umum keburukan akhlak dan peribadinya.
Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membela agama Islam ini bahkan kita akan ditanya diakhirat nanti apakah tindakan yang telah kita buat untuk membela agama Islam yang dihina oleh musuh-musuh Allah dan perkara ini merupakan satu bentuk jihad yang mesti kita perjuangkan demi agama Islam yang tercinta ini.  sejauh manakah tindakan kita semua pada hari ini. 

Pemuda UMNO bantah AES Khairy kata sistem itu banyak masaalah dan menyusahkan


Pemuda Umno menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ekoran pelbagai rungutan mengenai sistem tersebut.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal past banyak kelemahan terhadap sistem berkenaan walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut.
“Harap jemaah menteri yang akan bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan keluarkan satu keputusan,” katanya.

Malay Merdeka: Projek ini khairy tak dapat bahagian...kalau tak .....

Selasa, 30 Oktober 2012

Berita RTM catat rating tertinggi paling ramai

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata,"Selera penonton berbeza dari semasa ke semasa jadi persembahan perlulah kreatif. Apa yang penting adalah audien, kalau tidak ditonton, ia tiada maknanya," menjelaskan mengenai teguran beliau terhadap siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamaruddin berkata penyiaran berita perlu lebih kreatif untuk menarik minat penonton sekali gus membolehkan mesej berjaya disampaikan kepada mereka.- Bernama


Malay Merdeka: Akhirnya mereka sedar tiada penonton mengikuti siaran berita lapok RTM. Rating paling tinggi tiada penonton. selain berita propaganda paling dahsyat..kualiti persembahan seperti dizaman mula merdeka.....hambar dan sakit mata menonton....berita RTM hanya sesuai ditonton untuk orang kampong dan pendalaman



Sabtu, 27 Oktober 2012

Tukar tiub kuat seks? tidak percaya zikir Allah?


sila baca dan fahami apakah maksud yang tersirat oleh penulis blogTukar tiub
KOMENTAR TUKAR TIUB
kita juga wajib akui:
bukan semua anak muda dapat menundukkan 
zakar yang keras dengan zikir
justeru:
untuk menapikan  benih bertemu telor
untuk menidak perjalanan benih ke telor
untuk menapikan si dara  dari bunting mengandung
maka jawabnya pada ketika ini ialah kondom

sebelum kita semua bermoral tinggi
sebelum kita semua memiliki kesedaran hakiki
sebelum kita mengakui bahawa hanya kita memiliki ajaran benar
maka wajiblah kita akui bahawa ketika muda
lejangan berahi seksual itu ampuh meronta ronta

Rabu, 24 Oktober 2012

perjanjian syaitan

Umno BN sebenarnya bukan sahaja gagal mendidik parti komponen Barisan Nasional untuk menghormati Islam sebagai agama rasmi, bahkan mereka adalah sebab dan alasan sebenar di sebalik penghinaan dan penolakan masyarakat Malaysia terhadap Islam dan syariatnya.Sikap berdiam diri para pemimpin Umno BN terhadap kenyataan biadab  Chua Soi Lek.
Chua Soi Lek kafir lahanat Presiden dan Raja Porno BN mengatakan  daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat.
Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”.

Kenyataan Chua Soi Lek sebenarnya terlalu biadab, melampau dan sama sekali tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.
 Kepala hotak Chua kaki seks ini yang tidak pernah terfikir mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?


Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41-  2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan)  7.2 (skor)
UAE   - 28                              (6.8)
Bahrain- 46                           (5.1)
Oman -  50                            (4.8)
Kuwait – 54                           (4.6)
Jordan – 56                           (4.5)
Arab Saudi – 57                   (4.4)
Malaysia – 60                       (4.3)
Turki  -   61                            (4.2)

Chua juga paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol. 
Umno BN sebenarnya tidak pernah serius memperjuangkan Islam, sekalipun untuk meletakkannya pada kedudukan agama rasmi Malaysia.
Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan “perjanjian syaitan” supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.
Tindakan menghina Islam oleh MCA juga menampakkan bahawa Umno semakin lemah, khususnya dalam membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu.
 UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13.

Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – “Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.”
“Menentang Islam, bermakna menentang Allah. Menghina Islam, bermakna menghina Allah,” 

Selasa, 16 Oktober 2012

merah padam muka PM Najib dimalukan murid sekolah rendah

Apabila ditanya oleh budak sekolah rendah bolehkah Dato Seri memberikan contoh Najis Mughalazah? Najib Razak terpinga-pinga dan cuba mendapatkan bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di sebelahnya.

Malangnya Muhyiddin Yassin juga tidak dapat menjawab. Akhirnya salah seorang pelajar sekolah rendah itu terpaksa mencadangkan jawapan babi bagi membantu Najib menjawab soalan tersebut.



Budak sekolah rendah pun terkejut, Najib tak tahu contoh najis Mughalazah 

Ahad, 14 Oktober 2012

Lebih ramai isytihar keluar BN di Sabah


Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS. Pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.

Sementara itu seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN, semalam.
Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.
Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.
Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.KD

Khamis, 11 Oktober 2012

Apartment Anggerik Indah seksyen 16, Shah Alam berhantu.


Apartment Anggerik Indah di Seksyen 16 Shah Alam dipercayai dikuasai oleh seekor hantu.
Hantu ini sangat berkuasa hingga mempengaruhi dan menyumbat mulut pengerusi dan JKK persatuan penduduk. Hantu tersebut mempunyai  besar kepala dan botak menguruskan hal ehwal keselamatan dan pengurusan bangunan.
Hantu ini mampu membutakan  penghuni apartment tersebut. Malahan boleh mengaburi mata MBSA.
Hantu ini juga pemilik yang mengendalikan pusat cucian kereta haram dilot parkir apartment tersebut. Dipercayai mengusai sekurang-kurangnya 4 lot parkir disitu.
Ramai penduduk tidak berpuashati atas sikap sombong dan bongkak hantu pelesit tersebut dan bagaimana boleh dia mengadakan pusat cucian haram itu dalam kawasan apartment terbabit sedangkan masaalah parking amat meruncing bagi penghuni apartment . MBSA pula seperti pandang sebelah mata.... ada kautim ka?
Hantu pelesit ini juga dikhabarkan gemar mengepow penduduk dengan mengunci kenderaan dan bayaran rm 50 sebagai penyelesaian. beberapa kejadian mengunci kenderaan penghuni dilaporkan berlaku dan menyebabkan beberapa pergeseran dan salah faham. Hantu pelesit ini juga baru hanya setahun bekerja disitu dan mempunyai kuasa ajaib yang maksimum seolah-olah apartment tersebut bapak diapunya  iaitu Jin Ifrit.sehingga dia dikatakan mempunyai kuasa untuk menghalau penghuni/pemilik  disitu.
Beberapa penduduk dan pemilik premis  di apartment tersebut melahirkan rasa meluat dan menyampah yang amat sangat cuma malas nak cakap.
Hantu ini mudah dikenali berkepala botak kurus tinggi...bercakap berlagak seolah Ketua polis Hindustan.
Hantu ini juga diyakini mempunyai puak-puak jin.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tabung Warisan anak selangor (TAWAS) betul ke tipu? ramai merungut tak dapat lagi!...

Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS)Kerajaan Selangor diharap tidak memperdayakan rakyat selangor. Banyak rungutan terhadap tabung anak warisan selangor atau TAWAS yang masih tidak sempurna. Ramai yang telah menerima kad pengesahan TAWAS namun tidak lagi mendapat sijil simpanan dari bank yang dilantik (AMBANK). Ada antaranya yang menunggu sehingga lebih dua tahun. Semakan online mendapati permohonan sudah disahkan namun urusan pengeluaran sijil simpanan sentiasa dalam proses. Malahan semakan melalui pejabat tawas (YAWAS)juga mendapati tiada sebarang masaalah terhadap permohonan terbabit.
Status Sijil Simpanan Tetap Ambank:Belum Terima Simpanan
 
Makluman:
Permohonan anak Tuan/Puan telah dihantar ke AmBank untuk proses pembukaan Sijil Simpanan Tetap AmBank. Proses ini akan mengambil masa, tetapi Tuan/Puan masih boleh membuat semakan dengan YAWAS atau membuat semakan terus secara ‘online’.
* Sila hubungi 03-55218740/8741 untuk keterangan lanjut.
Proses begitu lama memakan tahun. Ini sangat menglirukan.
Adakan kerajaan selangor memilih bulu dalam pemberian tawas?
Pilihanraya semakin hampir..apa akan jadi dengan program tawas jika sekiranya PR kalah dalam PRU?


saya sudah menerima kad si manja TAWAS..bagaimana pula tentang sijil dari bank??hampir setahun saya tunggu...masih belum menerima nya lagi..kawan yang mendaftar selepas saya,sudah terima sijil dr bank..minta penjelasan...


as-salam tuan/en./pn..
Sy dh hntr borang..dn bila cek on-line status pmohonan telah lulus...tp kenapa masih x terima kad tawas...unt makluman pihak tuan, pmohonan sy hntr 2 borang sekali bsama anak jiran..tapi jiran dh terima kad dn tbaru dpt voucher...harap maklum, terima kasih.


Nak tanya,saya dah apply dr tahun 2010 lagi ,kad memang cepat dpt alhamdulillah,tapi sijil penerimaan dr bank sampai skarang pun blum lagi,check online dah byk kali ,telefon pun sudah, jawapan tetap sama,tunggu bank,adik saya pun dah dpt,voucher pun dpt...takde .ke alternative lain utk cepatkan proces dr bank..


a'kum asl sy daftar ank sy dh 2x...xdpt ape2 surat pun lg...semak melalui on9 pun xblh2...npe?ada mslh ke
Like · 

Nasharuddin Mat Isa kena bersunat semula...kulop balik


Jika bekas Menteri Perdana Mahathir mengaku dah nyanyuk....
Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden Pas betul-betul sewel...
dah tak betul dah...
sejak balik dari Mekah dengan Najib...Nasha dah kena sampok...
sekarang dah sering kelihatan berpakaian baju kot bdan takada kopiah kat kepala...
Jika tengok perangai Hassan Ali...samalah dengan Nasharuddin ni, cuma bezanya Nasharuddin ni selesa duduk dalam Pas sambil buat macammacam onar...Hassan Ali awal-awal dah kena terajang dengan PAS.
Nasharuddin ni sedang cari jalan dan cuba-macam-macam plan untuk melaksanakan agendanya...
Target utamanya ialah berpadu-padu..perpaduan....dia tetap nak ajak PAS berpadu-padu dengan Umno.tak habis-habis walaupun rata-rata ahli PAS cukup meluat dan menyampah.
Nasib Nasharudin dikira baik kerana belum ada lagi ahli PAS yang meroyan untuk bagi penampar atau baling sepatu kat dia.
Semalam kat PWTC nak muntah dengar Nasharudin ni bentang kertas kerjanya dalam satu forum "wacana ....." anjuran NGO ntah apa-apatah (Pertubuhan Muafakat.....).
Nasha dakwa DAP anjur majlis doa..mendoakan Malaysia jadi negara Kristian...
Nak kat bodoh...pandai... bekas pensyarah...rupa-rupanya sengal!
Dia punya bunyi macam Hassan Ali jer...nyatanya bekas pensyarah dan pemilik PHD memang pandai tapi sengal!
Negara ada agama? wow.....husin lempoyang tolong jawab!
Tapi orang Pas suka simpan sisengal ni...sebab apa....?
Sebab nya tau kenapa?..
1..Mangkuk Nasharudin ni suka buat isu bodoh yang tak perlu dijawab...oleh sesiapa pun...
2. Dengan kesengalan dan kecelaruan Nasharudin ni PAS nampak sentiasa meriah dan tk kering gusi!....
3. Bekas Tim.Presiden ni menjadikan PAS semakin Popular dengan lawak bodohnya!


Selasa, 9 Oktober 2012

Menteri Nazri Aziz rajin ziarah Tuk Guru Nik Aziz


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  Nazri Aziz satu-satunya menteri yang sering kali mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali ke Kelantan. 
Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu selama 40 minit , di pejabatnya pagi tadi.
Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.
Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.


Mahathir mengaku sudah nyanyuk

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," kata Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an.
Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" lapor portal malaysiakini.com hari ini.



 malaymerdeka: WOW!...husin lempoyang...baru kini kau sedar...

Scorpene: Bernama , Suaram mana satu betul?

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera


William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012. 

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh. 

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.

Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM

tiada kes perbicaraan Scorpene di Peranchis

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.- Bernama


Malaymerrdeka: Berita Nasional lidah rasmi kerajaan sengaja buat keliru...* awal berita ditulis seorang pendakwa...akhir berita dikata bekas ketua...penuh penipuan...;.

Isnin, 8 Oktober 2012

Utusan Malaysia jangka BN/Umno kalah PRU 13

Rata-rata orang Umno sudah keletihan dan berpendapat masa terbaik untuk melaksanakan PRU13 telah terlepas disebabkan Najib yang suka berdolak-dalih.

Langkah Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.
Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti. 
Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.
BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan.
Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis PRU13 akan diadakan pada tahun ini  berdasarkan situasi politik ketika ini. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini. 

Jumaat, 5 Oktober 2012

Tim.Menteri kesihatan Rosnah Abd Rashid gemuk kerana.......

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat. 

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi. 

"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini. 

Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.

Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota  masyarakat sendiri. 

"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - Bernama

Malay merdeka: Wow!......


Khamis, 4 Oktober 2012

panglima tentera malaysia cakap pasal politik


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat kemelut politik dan perbalahan agama yang tidak dikawal boleh menjadi satu ancaman besar kepada kestabilan negara.
Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain berkata sebagai benteng hadapan keselamatan negara, ATM memberi perhatian serius terhadap isu itu kerana percaya jika tidak ditangani dengan berhemah mampu memberi impak negatif kepada kesejahteraan rakyat.
ATM amat peka kepada perubahan iklim politik semasa negara dan mengenalpasti permasalahn sosioekonomi serta polemik perkauman yang keterlaluan boleh menjadi ancaman keselamatan awam, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
“Ancaman dalaman yang dihadapi negara ketika ini ialah berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam namun, ATM sebagai benteng pertahanan telah dan sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara itu,” katanya.
Katanya bagi menyekat situasi itu daripada menular dan menjadi ancaman, ATM telah meningkatkan lagi kerjasama sedia ada dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
Beliau berkata ATM turut meningkatkan pengawasan di beberapa kawasan sempadan negara yang dikenal pasti berisiko menularnya ancaman itu, dengan memperkemaskan tahap kesiapsiagaan agar dapat memberi tindak balas segera apabila diperlukan.
Zulkifeli berkata landskap serta senario keselamatan negara ketika ini telah mengalami perubahan yang cukup ketara dan untuk itu ATM juga  melakukan beberapa transformasi bagi memastikan anggotanya sentiasa bersedia bagi berdepan ancaman tersebut. — Bernama

Rabu, 3 Oktober 2012

Kejadian samun bunuh semakin berleluasa? Menteri cakap merapu?

Malaysian Insider.com sebelum ini melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan. , kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus mempertikaikan.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanyabeliau lagi.

Menteri dalam Negeri Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.-HD

Mutakhir

 
terakhir tembak polis serah diri
R. Subramaniam
SHAH ALAM – Suspek terakhir iaitu lelaki berumur 30 tahun yang diburu berhubung kes tembak dua anggota polis baru-baru ini menyerah diri, awal pagi ini.




5 ditahan kes culik DJ radio
SENAI – Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam penculikkan penyampai radio (Dj) Best 104 , Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lalu.


Dicekup leka hisap dadah
KULIM - Lima lelaki dan seorang perempuan berusia antara 18 dan 22 tahun ditahan, dipercayai leka menghisap dadah di bilik tengah sebuah rumah di Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.




4 beranak belasah perompak
SYAMILAH ZULKIFLI
2 Oktober 2012
Kejadian rompak di serembanPolis melakukan siasatan terhadap kereta mewah milik mangsa.

Polis melakukan siasatan terhadap kereta mewah milik mangsa.

Kejadian rompak di seremban.
Kepala anak sulung mangsa yang cedera akibat dihentak dengan pistol.

Kepala anak sulung mangsa yang cedera akibat dihentak dengan pistol
.
Remaja trauma dicabul dalam kereta api
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Oktober 2012
TAMPIN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berhadapan detik memalukan apabila dirinya menjadi mangsa cabul seorang lelaki berusia 40-an di dalam gerabak kereta api yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kluang, Johor dan ketika itu sedang nyenyak tidur.
SEREMBAN – Enggan berputih mata, empat beranak nekad membelasah seorang perompak yang cuba melarikan kereta mewah milik mereka di Taman Kwang Tong, Templer, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, tujuh sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia 2 tahun dan sebulan, berdepan detik mencemaskan apabila diserang dua lelaki bersenjatakan pistol.