Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 24 Oktober 2012

perjanjian syaitan

Umno BN sebenarnya bukan sahaja gagal mendidik parti komponen Barisan Nasional untuk menghormati Islam sebagai agama rasmi, bahkan mereka adalah sebab dan alasan sebenar di sebalik penghinaan dan penolakan masyarakat Malaysia terhadap Islam dan syariatnya.Sikap berdiam diri para pemimpin Umno BN terhadap kenyataan biadab  Chua Soi Lek.
Chua Soi Lek kafir lahanat Presiden dan Raja Porno BN mengatakan  daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat.
Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”.

Kenyataan Chua Soi Lek sebenarnya terlalu biadab, melampau dan sama sekali tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.
 Kepala hotak Chua kaki seks ini yang tidak pernah terfikir mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?


Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41-  2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan)  7.2 (skor)
UAE   - 28                              (6.8)
Bahrain- 46                           (5.1)
Oman -  50                            (4.8)
Kuwait – 54                           (4.6)
Jordan – 56                           (4.5)
Arab Saudi – 57                   (4.4)
Malaysia – 60                       (4.3)
Turki  -   61                            (4.2)

Chua juga paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol. 
Umno BN sebenarnya tidak pernah serius memperjuangkan Islam, sekalipun untuk meletakkannya pada kedudukan agama rasmi Malaysia.
Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan “perjanjian syaitan” supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.
Tindakan menghina Islam oleh MCA juga menampakkan bahawa Umno semakin lemah, khususnya dalam membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu.
 UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13.

Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – “Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.”
“Menentang Islam, bermakna menentang Allah. Menghina Islam, bermakna menghina Allah,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan