Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Nazri Aziz satu-satunya menteri yang sering kali mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali ke Kelantan.
Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu selama 40 minit , di pejabatnya pagi tadi.
Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.
Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan