Langkah Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.
Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti.
Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.
BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan.
Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis PRU13 akan diadakan pada tahun ini berdasarkan situasi politik ketika ini. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan