Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus mempertikaikan.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanyabeliau lagi.
Menteri dalam Negeri Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.-HD
Mutakhir
terakhir tembak polis serah diri
2 Oktober 2012
2 Oktober 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kluang, Johor dan ketika itu sedang nyenyak tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan