"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," kata seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan lapor portal Malaysiakini.com
Ahad lalu penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya, adakah salah beliau membuat majlis agak besar sedikit...ada yang berpendapat begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan