Khamis, 4 Oktober 2012
panglima tentera malaysia cakap pasal politik
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat kemelut politik dan perbalahan agama yang tidak dikawal boleh menjadi satu ancaman besar kepada kestabilan negara.
Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain berkata sebagai benteng hadapan keselamatan negara, ATM memberi perhatian serius terhadap isu itu kerana percaya jika tidak ditangani dengan berhemah mampu memberi impak negatif kepada kesejahteraan rakyat.
ATM amat peka kepada perubahan iklim politik semasa negara dan mengenalpasti permasalahn sosioekonomi serta polemik perkauman yang keterlaluan boleh menjadi ancaman keselamatan awam, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
“Ancaman dalaman yang dihadapi negara ketika ini ialah berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam namun, ATM sebagai benteng pertahanan telah dan sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara itu,” katanya.
Katanya bagi menyekat situasi itu daripada menular dan menjadi ancaman, ATM telah meningkatkan lagi kerjasama sedia ada dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
Beliau berkata ATM turut meningkatkan pengawasan di beberapa kawasan sempadan negara yang dikenal pasti berisiko menularnya ancaman itu, dengan memperkemaskan tahap kesiapsiagaan agar dapat memberi tindak balas segera apabila diperlukan.
Zulkifeli berkata landskap serta senario keselamatan negara ketika ini telah mengalami perubahan yang cukup ketara dan untuk itu ATM juga melakukan beberapa transformasi bagi memastikan anggotanya sentiasa bersedia bagi berdepan ancaman tersebut. — Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan