Sila baca petikan berita lucu ini.
. Negeri Terengganu mengembangkan idea dan projek lawak nya.
Dulu dinegeri utara ada seorang MB yang lucu juga ideanya...tanam padi atas bumbung.
Tak pasti apa jadinya..lalang ke..padi yang tumbuh.
Kah..kah..kah
kini muncul lagi seorang MB di pantai timur yang galak mengembangkan idea lucunya.
Baca dan baca ...ada peluang bisnes baik punya di Terengganu.
Siapa nak jadi jutawan ....
jutawan minyak wangi...
jutawan baju tidur...
jutawan buku cara buat hubungan kelamin.....
jutawan jual temberang...ubat kuat...sempit faraj
jutawan mandi aroma...
pendekkata apa saja idea berkaitan hubungan kelamin boleh bikin pitih....di tengganu
silalah baca...
Bau badan dan pakaian malam yang membosankan punca keretakan rumahtangga di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini
percayalah - bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang
membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan
kadar perceraian di negeri ini.
Untuk itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu cara
inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin di antara suami-isteri
khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin.
Paling utama dalam senarai inisiatif baru ini ialah untuk menjemput
syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan bau-bauan yang eksotik
yang mampu menimbulkan rasa ghairah.
Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan supaya pasangan
suami-isteri lebih kerap bermandi bersama sebagai salah satu jalan
untuk mengukuhkan jalinan mesra mereka.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri
Terengganu, Muhammad Ramli Nuh percaya, langkah ini akan mampu
mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam di negeri
ini khususnya di kalangan pasangan muda.
beliau mendedahkan
bahawa apa yang membimbangkan sekarang ialah setiap tiga dari 10
perkahwinan di negeri ini berakhir dengan perceraian.
Beliau menambah, perpisahan kini menjadi satu trend yang sangat
ketara di kalangan pasangan yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun.
Muhammad Ramli berkata, apa yang mengejutkannya ialah apabila beliau
mendapati, pasangan yang telah berkahwin di bawah lima tahun dan kini
berada diambang perceraian menyatakan bahawa perlakuan seks yang rutin
dan bau badan yang keterlaluan adalah punca utama mengapa mereka hendak
bercerai.
Malah beliau juga terkejut apabila dimaklumkan oleh para kaunselor
nikah kahwin, yang terdapat juga suami-isteri yang mengadu mereka jemu
melihat cara pasangan mereka mengenakan baju tidur yang tidak
memberansangkan malah pada kebanyakan masa hanya mengenakan kain sarung
dan kemeja t sehingga menjemukan sehingga membawa kepada hilangnya
keghairahan untuk mengadakan hubungan kelamin.
“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana
salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,”
katanya.
Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga
Pembangunan Keluarga Negeri akan meminta bantuan syarikat-syarikat
kosmetik untuk memperkenalkan pewangi khas untuk pasangan-pasangan yang
bermasalah ini dengan harapan ini akan membantu mengekalkan perkahwinan
mereka.
“Saya juga ingin menggalakkan pasangan yang baru bernikah ini supaya
mengamalkan mandi bersama kerana saya pernah bertemu dengan satu
pasangan dari Kelantan yang masih lagi mandi bersama walaupun mereka
telah menjadi datuk dan nenek dan perkahwinan mereka kekal bahagia
sehingga ke hari ini,” ujarnya.
Mungkin, katanya, semua pengalaman ini patut dijadikan satu daripada
kurikulum yang perlu diperkenalkan kepada pasangan yang akan menghadiri
kursus perkahwinan di Negeri Terengganu.
Muhammad Ramli turut menambah bahawa pihaknya juga sedang mencari
konsultan yang dapat memberi tunjuk ajar kepada pasangan yang telah
berkahwin mahupun yang akan berkahwin bagaimana hendak menghias diri
agar kelihatan menarik dan segar mata memandang.