Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 8 November 2009

‘Geram’ lihat amah

‘Geram’ lihat amah adik

-Metro

KAJANG: Terliur dengan kejelitaan pembantu rumah adiknya, seorang lelaki gagal mengawal nafsu sehingga sanggup memperkosa amah berkenaan dalam kereta miliknya buat kali pertama sebelum mengulangi perbuatan sama beberapa kali di rumah barunya di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini.

Suspek yang berusia 40-an sebelum itu jatuh hati terhadap pembantu rumah yang bekerja di rumah adik perempuannya dan mencari peluang memerangkap mangsa.

Sumber polis berkata, pembantu rumah warga asing berusia 25 tahun itu sebelum ini bekerja dengan adik suspek di Wangsa Maju selama satu tahun setengah.

Menurutnya, lelaki itu menemui adiknya pada 23 September lalu sebelum menyatakan hasrat meminjam amah berkenaan beberapa minggu untuk bekerja di rumahnya.


Bapa ‘iblis’ dijel 40 tahun

 -Metro

MELAKA: Seorang bapa ‘bernafsu iblis’ yang meragut kehormatan anak kandungnya sendiri sebanyak dua kali pada Ogos 2007, menerima pembalasan atas perbuatan kejinya itu apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zamri Bakar, dalam penghakimannya itu memutuskan demikian selepas meneliti keseluruhan hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan semalam selain hujah pendakwa raya serta rayuan tertuduh berusia 45 tahun itu.

Menurutnya, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah keterangan yang direka-reka dan tidak pernah dibangkitkan ketika kes pendakwaan.

Keterangan tertuduh mengenai isterinya lari dari rumah dan berlaku curang pula tidak diterima kerana pembelaan gagal membuktikan apakah relevan dan kaitannya dengan kes dihadapi tertuduh.


Padah ‘makan’ bakal anak tiri

-Metro
PETALING JAYA: Sepuluh hari sebelum bernikah dengan si ibu, seorang bakal bapa tiri ‘durjana’ tergamak merogol anak wanita itu yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.

Akibatnya, tertuduh, Hamdan Ahadluddin, 49, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mahkamah mendapati tertuduh yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata, isu utama berbangkit dalam pembelaan tertuduh berkaitan bukti alibi yang dikemukakannya di mahkamah.

“Tertuduh dalam keterangannya menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, bagaimanapun daripada keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata dan bukan keterangan yang meyakinkan,” katanya.




Melayu:
Satu sikap segelintir orang melayu tiada dapat menahan nafsu serakah syahwatnya. Setiap hari di dada akhbar sekurang-kurangnya ada satu berita kes rogol, sumbang mahram, khalwat, buang bayi dan zina.  Gejala sosial buruk ini melambangkan kerendalahan moral dan ketiadaan iman. Segelintir Melayu ini berugama Islam. Malahan ada yang umur mereka sudah hampir masuk kubur.
Selain keinginan jijik tersebut tidak kurang juga yang mempercayai perkara kurafat seperti bomoh dan sihir.Berjudi dan membeli nombor ekor juga satu kegiatan yang terbiasa. 
Ramai juga yang terlibat dengan dadah dan pelacuran serta pondan. Penyakit sosial  ini nampaknya sukar dibendung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan