Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 4 November 2009

DR Asri -Ijazah palsu?

Dr. Mohd. Asri akan ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR  - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidinmenyifatkan dakwaan bahawa beliau memalsukan kelulusannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sebagai tindakan yang hina dan jijik.
Tegasnya, jika kelulusannya itu palsu mustahil Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membenarkannya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).
''Tindakan menuduh saya memalsukan kelulusan amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang.
''Masakan UIAM, USM membenarkan saya menyambung PhD dan (menjadi) pensyarah jika kelulusan saya palsu,'' katanya dalam emel ringkasnya yang dihantar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mohd. Asri didakwa memalsukan kelulusannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.



 Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Mohd. Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
Mengulas lanjut Mohd. Asri berkata, adalah terlalu lekeh untuk beliau menjawab tuduhan seperti itu.
''Saya sendiri rasa amat lekeh untuk menjawab tuduhan seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.
''Persoalannya adakah Jakim di belakang konspirasi ini? Jika Jakim terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari kerajaan Pusat terlibat? Jakim jangan burukkan nama kerajaan Pusat,'' katanya.-Utusan Malaysia

Melayu:
Alkisah maka banyaklah akan timbul lagi cerita yang benar dan tak benar dengan al-ustaz ini.
Kontroversi...kontroversi...
al-fining..al-pening...al-bingung..al-kantoi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan