Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 20 Ogos 2012

Terbaru barisan kabinet Kerajaan Malaysia selepas PRU 13



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

Malay Merdeka:Parti Umno yang kononnya memperjuangkan Islam untuk Melayu rupanya tidak tahu pasal hukum hudud.
baca dibawah ini:  Nasharuddin Mat Isa mahu Pasw masuk Umno bersekongkol dengan kafir lahanat ini. Bodoh punya Nasharudin.

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

Khamis, 16 Ogos 2012

Mati atau semput dulu baru boleh keluarkan KWSP


Pekerja sektor swasta boleh mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) mereka pada bila-bila masa antara umur 55 dan 60.
"Ia bukan hanya pada 55 atau 60. Anda boleh mengeluarkannya pada umur 55, 56, 57, 58, 59, 60, dan pada bila-bila masa," kata pengurus besar perhubungan awamnya Nik Affendi Jaafar.
Beliau memberitahu The Star bahawa setiap ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa selepas umur 55 tahun menggunakan satu atau lebih daripada tiga pilihan berbeza - secara 'lump sum', dibayar bulanan atau pada bila-bila masa tertakluk kepada jumlah minimum sebanyak RM2,000 pada jangka masa sekurang-kurangnya 30 hari.
"Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum sebanyak RM2,000 setiap 30 hari jika mereka rasa pengeluaran sekali gus dan pengeluaran bulanan tidak memenuhi keperluan mereka," katanya.
Nik Affendi berkata pekerja yang mengeluarkan simpanan mereka pada umur 55 tahun boleh terus membuat simpanan sehingga mereka bersara dan pada umur 50 mereka boleh menarik diri daripada menyimpan di Akaun Dua.
Malay Merdeka: usia dah nak mati atau dah mati....siapa yang umur panjang dapatlah rasa...berapa ramai yang berumur melebihi 60 tahun sekarang ni...

Nasruddin ingatkan Nasharudin jangan jadi Hassan Ali

Nasrudin Hassan
"Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati.
"Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.

"Ustaz Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," kata Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa  dipetik Harakahdaily hari ini.


Malay Merdeka: Nasharudin Mat Isa berkecamuk, celaru, serabut dan hilang pertimbangan fikiran sebenarnya...dia tak serasi dengan Mat Sabu sebagaimana dia dengan Allahyarham fadzil Noor. 
Nasharuddin kehilangan Hassan Ali yang bersekongkol dengan nya untuk tubuh kerajaan padu-padu dengan Umno. 
Jiwa Nasha masih tetap UG yang masih cuba cari pengaruh...Nasha juga kepingin jadi PM atau sekurang-kurangnya TPM atau paling busuk di JPM....
Nasharuding sudah tak mahu berunding-runding...dia hanya mahu runding dengan Umno sahaja agar boleh makan serunding lembu...atau udang...
Dia juga tahu warga Bachok dah meluat dan menyampah dengannya. Khabarnya dia dah lama tak jengok rakyat bachok hampir 3 tahun..kawasan yang diwakilinya....sejak kehilangan jawatan Timbalan presiden PAS...
Dengarnya warga Bachok sudah menolak beliau untuk jadi wakil rakyatnya... dan ada cerita beliau kemungkinan tidak tercalon untuk jadi wakil rakyat atau ahli parlimen lagi kerana kalangan sudah hilang percaya atas sikapnya yang bermuka-muka dan condong kepada Hassan Ali dan masih berahi dengan kerajaan padu-padu dengan Umno.
Tidak pelik kalau dia ikut jejak Hassan Ali...
Tanda-tanda pemimpin pembangkang yang akan membelot ialah selalu mendapat ruang atau diberi liputan lebih-lebih oleh TV3 dan Utusan meloyakan....
Nasharuddin sebenarnya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjahamkan dan memecahbelahkan PAS dari dalam sepertimana Hassan Ali...
Nasharuddin Mat Isalah yang sebenarnya parasit yang dimaksudkan oleh Hassan Ali tu....


Filem Tanda Putera: Rusdi Ramli pelakon perasan dan kecur

Tanda Putera bukan filem politik
"Saya langsung tidak membaca mana-mana blog atau membuka Facebook membaca kata cacian dan makian yang dilemparkan oleh pihak yang saya rasa tidak matang lantas mengkritik filem ini tanpa menontonnya terlebih dulu," kata  Rusdi Ramli yang membawa watak sebagai Tun Abdul Razak.
Filem yang dibintanginya itu tidak menceritakan perihal politik, sebaliknya mengetengahkan tema kenegaraan serta sejarah negara pada masa lampau katanya lagi dipetik oleh Sinar Harian.
"Sampai satu tahap saya digelar anjing kerajaan dan jentera propaganda kerajaan. Apa semua ini? Kami hanya berlakon serta penerbit dan pengarah hanya 'film maker'.

Malay Merdeka: tak tahulah nak cakap apa sengal dan bangang jenis apa si rusdi ramli anak norlia ghani nie..Dia ni memang pelawak...Dia tak tahu apa yang dia cakap...dia lakon  pegang watak sebagai ahli politik (watak tun razak). Filem ini kisah ahli politik yang berpolitik. Ini bukan filem seram 'waris'..waris jari hantu ke..sundal mlam ke...bengong budak nie.. berapa dapat bayaran?
pengarahnya buat filem berunsur politik supaya dapat dana dari kerajaan sempena nak pilihan raya..itu target dia..dia dapat promosi gila percuma bila ada kontroversi....memang dia film maker..untuk apa?  buat untung kan? ada orang nak rugike...? Filem dia tak pernah laku....filem tahap sampah..kalau untung pun ciput...Macamana sipengarah dapat datuk kalau tak membodek? Datuk beli? tak mungkin kan...dia pembuat filem merepek yang tak pernah laku....pecah punggung ada..nak terberak! mcm yusof haslam kalau setakat buka restoren boleh dapat datuk? mcm Jins Samsudin kalau tak kerana filem pasir salaknya yang meletup bagai buah salak tur boleh dapat tan sri?...
Nak bagi tau kat rusdi ramli ni janganlah membodohkan diri sangat...kalau filem tema kenegaraan tu yg hujungnya ada bunyi negara...negara... cthnya macamana tugu negera didirikan ...mcmana Muzium Negara direkacipta...masjid negara ke......perpustakaan negara ke...Dewan Negara ke...Bank Negara ke...Filem Negara ke...yg paling best Arkib Negara dimana filem ini akan diarkibkan...kah...kah..kah...
rusdi ramli ni kena berguru dengan namewee macamana nak buat lagu rap negaraku...kah..kah...kah...bengong!

Rabu, 15 Ogos 2012

Abdullah Antong bekas setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak dedah kisah rampasan kuasa di Perak

[Perakite Daily] Nama Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. 

Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Baru-baru ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?

Abdullah:
Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. 

Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.

Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. 

Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Saudara pernah dilabel sebagai konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakyat yang mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?

Abdullah: Secara peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Sehinggakan jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya. 

Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.

Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan. 
Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.

Saya mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam urusan ‘membeli’ Adun dan sebagainya

Dalam kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi “conspirator” dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?

Abdullah: Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. 

Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tidak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Saya lebih cenderung untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Misbahul Munir/ Perakite Daily: Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?

Abdullah: Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Misbahul Munir/ Perakite Daily: En Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Pakatan Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?

Abdullah: Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois. 
Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi. 
Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain sepertipemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Misbahul Munir/ Perakite Daily: Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?

Abdullah: Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata.Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Misbahul Munir/HARAKAH: Selepas mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari kerajaan BN Perak?

Abdullah:
Sahabat-sahabat saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan politik semasa.

Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.

Saya hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.

Kemungkinan juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan. Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya kongsikan.

Sampai sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau “brainwash” saya. Saya ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.

Saya berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.

Misbahul Munir/HARAKAH: Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.

Abdullah: Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini. 

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Imbuhan Rm 2juta keluarkan fatwa haram undi DAP

MINGGU lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP.

Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.



Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana adaimbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta.

milosuam.blogspot.com

Malay Merdeka: semakin ramai penjual agama dan semakin ramai menjadi harbi dalam agama

satu lagi musuh dalam selimut dan pengkhianat - Nasharuddin Mat Isa ikut bersama Najib di Mekah


(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

Malay Merdeka:Nasharudin ini bekas naib presiden sebuah parti Islam yang kecewa...kini jadi pembelot dan pengkhianat partinya sendiri dalam senyap...
Dia menjadi begini setelah gagal segala-galanya. Dia kecewa kerana gagal kahwin dengan umno. dia juga gagal kekalkan jawatan kerana orang menyampah sangat kerana menjadi rakan semimpi Hassan Ali...
Inilah pengkhianat sebenarnya yang bertopeng jubah dan kopiah.
Wajar jika dia dipecat...tidak rugi dan sudah tidak bermakna orang sebegini bersama perjuangan parti Pas. Dia segolongan orang munafik....bertopeng parti pas...sudah lama dikesan jiwanya berahi dengan umno. 
Nasharuddin seorang yang pengecut!...isytiharkanlah diri kamu yang sebenarnya...apa makna gambar terbaru ini?...
Letakkan jawatan kamu sebagai Ahli Parlimen dengan segera..sebelum dimakan sumpah seluruh umat manusia......khususnya rakyat Bachok yang tertipu dengan hipokrasi Nasharuddin ini.

Selasa, 14 Ogos 2012

Surat dari orang yang tak minta jadi miskin

salam...
aku pernah pergi ke Pusat zakat minta bantuan....memang sakit hati...dilayannya kita macam pengemis....
(tanpa nama..13/8/2012)....

Kepada melayu merdeka...
kau tahu tak orang islam melayu malaysia..  masih tak merdeka! hei..duit zakat berjuta-juta tu dia orang buat hapa hah? kenapa fakir miskin berlambak lagi kat bumi malaysia nie...?
(orang tak nak jadi miskin....)

pengarang malay merdeka...
jiran-jiran aku ada bertanya....kau tak dapat bantuan zakat ke?..
hmm....mereka simpati diatas kekurangan aku....JKKK( taada P) bukan tak pernah hantar beras kat rumah aku....tapi bila nak raye...org zakat ke wakilnye ke...tak ada calon nama aku pun...itu beras fidyah ke?
(Rokiah..gayah..mek yah..asal yah hujungnya itulah nama aku...)

Salam Bro..
Orang Zakat bengis bro...aku pernah minta bantuan pendidikan zakat sebab tak cukup duit nak daftar kat IPT...dahlah dia mintak  macam-macam dokumen...menengking pulak...memperlekehlah pulak...lepas tur... kata bapa aku malas kerja! adus..sial betul punya mamat pegawai zakat tur....kalau dapat takapelah juga...haram...penat minta sain sana sini...(pelajar miskin....)

Salamualaikum....
Ada sekolah kat Klang ni diberi peruntukan oleh pihak zakat sebanyak RM 15000 setahun untuk buat program dan bantuan kepada anak orang miskin...asnaf lah tu....tapi lagi dua hari nak cuti sekolah...anak aku
3 orang yg termasuk dalam  program bawah zakat tak dapat apa pun...ingatkan dapat lah duit bantuan raya ke...program bantuan kepada fakir tu dah pun diagihkan pihak sekolah 3 malam lepas...anak-anak aku terlopong...(bapa melopong....)




surat dari orang miskin menjelang Hari Raya

assalamualaikum....
Lagi beberapa hari menjelang sambutan hari raya aidilfitri. Pastinya semua orang  ingin menyambutnya dengan gumbira riang ria.
Malangnya aku tidak mampu menyambut hari raya dengan keriangan cuma kesyukuran umurku panjang dapat menyambut hari raya sekali lagi.
Jengkel dan tawaduk kepada tuhan Allah. Benci kepada pusat zakat milik orang Islam.
Aku rasakan ini kerana berlakunya ketidaksempurnaan dalam agihan zakat. Aku asnaf yang pernah diiktiraf pusat zakat namun dinafikan hak oleh amil yang bangang bertopeng jubah dan kopiah. Amil ini tak kenal aku anak jati kampung. Dia isi borang bancian ikut suka dia dan sain sendiri tanpa menemuduga aku. Lanchaowlah punya amil aka ustaz  tukang azan kat masjid. Aku tidak diberi agihan zakat yang sepatutnya aku berhak.
Bukannya meminta-minta..akan tetapi bayangkan dikariah aku, beberapa orang yang lebih berkemapuan dan sihat diberi agihan zakat.
Aku?...pengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit saraf  yg tidak membolehkan aku melakukan aktiviti diluar kemampuan...habuk pun tak dapat apa! ini tidak adil..tidak adil....Ini semua kerja ustaz bodoh yng mereka-reka cipta isi pendapatan rumah aku tidak mengikut fakta yang betul....aku benci AJK masjid tempat aku tinggal..mereka buta!
Aku tidak marah ..tetapi aku meluat dengan pusat zakat yang tidak menjalankan tugas dengan amanah dan telus...main tangkap muat!...jiran aku 4 orang anak yatim juga tercicir dari mendapat bantuan...
Buat apa ada pusat zakat jika tidak membantu umat islam yang memerlukan!
Aku ada 11 orang tanggungan... 3 anak di IPT...2 di Sekolah menengah 4 di Sekolah rendah dan seorang isteri.
Bila ada pertubuhan agama lain dari Islam membantu dikatanya cuba mengkristiankan pulak!
Alahai Jabatan Agama......teruk nye...pusat zakat...aduh hampeh!
Aku tidak heran rasanya tuhan Allah mengangkat darjat aku sebagai bukan asnaf..walhal lahiriahnya aku memang miskin fakir.....(surat 1 orang miskin dari Kelang)

apa kata mufti makan gaji: baca sini

Jumaat, 10 Ogos 2012

PM Najib warisi kerajaan lemah - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir bercakap kepada Bloomberg Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang." Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.-SH

Ziaza Zain pernah dientot vvip?

 Alamak..iyeke...pernah gak dengar cerita ni tapi tiada sesiapa berani mengesahkan...
sila baca sini

Filem "Tanda Putera' diduga tiada sambutan

Filem taraf sampah ' Tanda Putera' penghasilan Suhaimi Baba diduga tiada mendapat sambutan.Filem usahasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini menelan kos sebanyak RM4.8 juta termasuk promosi.
Tayangan ditunda pada tarikh yang belum dapat dipastikan.
Nampaknya filem ini mendapat promosi percuma yang menarik dengan kontroversinya. Filem ini wajar diboikot dan terus tidak ditayangkan kepada umum.Filem tersebut akan ‘memanaskan’ lagi semangat perkauman di negara ini, tidak menyatukan rakyat dan akan lebih memburukkan sentimen perkauman.
Filem ini hanya layak untuk tontonan ahli Umno dan BN sahaja. Ia sangat merosakkan minda generasi muda.

Zakat dan asnaf yang terliur

Adakah pengagihan zakat diagih dengan betul?
Adakah Asnaf dan fakir yang berhak menerima diberi zakat dan menerima agihan?
ADAKAH BANCIAN GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR INI DILAKUKAN DENGAN BETUL?

Pembelian hotel MS Garden Kuantan mencurigakan kerana harganya
melambung tinggi daripada harga tawaran asal dibuat pemiliknya
ADAKAH BENAR SETIAP TAHUN RAMAI YANG TERCICIR DAN BERKECIL HATI?.
Jika pihak lembaga Zakat benar-benar membantu kenapa golongan asnaf dan fakir sentiasa miskin?
Kenapa bantuan hanya diberi sewaktu musim perayaan?
Kebanyakan lembaga zakat dinegeri-negeri tidak betul2 mementingkan agihan kepada golongan fakir dan miskin...
Lembaga Zakat mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membuat atau membeli  bangunan dan sesuatu yang komersial? untuk apa?
Bukan kah kutipan Zakat itu untuk membantu fakir dan miskin dan mereka yang memerlukan  semata-mata?
Urusan tadbir zakat sudah lari dari konsep zakat.
baca sini dan sini

Khamis, 9 Ogos 2012

setiausaha Parti Komunis Cina jumpa Muhyiddin


 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.


(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)
Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa. 
Lawatan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan akrab antara pemimpin, kerajaan dan rakyat antara kedua-dua pihak, lapor Bernama.

AES tu apa? kena saman trafik RM 2000? bukan RM300 lagi?

Sistem AES iaitu satu sistem perangkap kesalahan lalu lintas akan mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat swasta akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini. Pemilik kenderaan boleh disaman sehingga RM2,000 kerana sistem itu.
Dua syarikat  pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun lapor akhbar the edge

Selasa, 7 Ogos 2012

Shahrizat aib pasal lembu


"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.
Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu. 
Malay Merdekalembu malu bila tiada susu...sbb sapi dapat nama...