Lagi beberapa hari menjelang sambutan hari raya aidilfitri. Pastinya semua orang ingin menyambutnya dengan gumbira riang ria.
Malangnya aku tidak mampu menyambut hari raya dengan keriangan cuma kesyukuran umurku panjang dapat menyambut hari raya sekali lagi.
Jengkel dan tawaduk kepada tuhan Allah. Benci kepada pusat zakat milik orang Islam.
Aku rasakan ini kerana berlakunya ketidaksempurnaan dalam agihan zakat. Aku asnaf yang pernah diiktiraf pusat zakat namun dinafikan hak oleh amil yang bangang bertopeng jubah dan kopiah. Amil ini tak kenal aku anak jati kampung. Dia isi borang bancian ikut suka dia dan sain sendiri tanpa menemuduga aku. Lanchaowlah punya amil aka ustaz tukang azan kat masjid. Aku tidak diberi agihan zakat yang sepatutnya aku berhak.
Bukannya meminta-minta..akan tetapi bayangkan dikariah aku, beberapa orang yang lebih berkemapuan dan sihat diberi agihan zakat.
Aku?...pengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit saraf yg tidak membolehkan aku melakukan aktiviti diluar kemampuan...habuk pun tak dapat apa! ini tidak adil..tidak adil....Ini semua kerja ustaz bodoh yng mereka-reka cipta isi pendapatan rumah aku tidak mengikut fakta yang betul....aku benci AJK masjid tempat aku tinggal..mereka buta!
Aku tidak marah ..tetapi aku meluat dengan pusat zakat yang tidak menjalankan tugas dengan amanah dan telus...main tangkap muat!...jiran aku 4 orang anak yatim juga tercicir dari mendapat bantuan...
Buat apa ada pusat zakat jika tidak membantu umat islam yang memerlukan!
Aku ada 11 orang tanggungan... 3 anak di IPT...2 di Sekolah menengah 4 di Sekolah rendah dan seorang isteri.
Bila ada pertubuhan agama lain dari Islam membantu dikatanya cuba mengkristiankan pulak!
Alahai Jabatan Agama......teruk nye...pusat zakat...aduh hampeh!
Aku tidak heran rasanya tuhan Allah mengangkat darjat aku sebagai bukan asnaf..walhal lahiriahnya aku memang miskin fakir.....(surat 1 orang miskin dari Kelang)
apa kata mufti makan gaji: baca sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan