Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 14 Ogos 2012

Surat dari orang yang tak minta jadi miskin

salam...
aku pernah pergi ke Pusat zakat minta bantuan....memang sakit hati...dilayannya kita macam pengemis....
(tanpa nama..13/8/2012)....

Kepada melayu merdeka...
kau tahu tak orang islam melayu malaysia..  masih tak merdeka! hei..duit zakat berjuta-juta tu dia orang buat hapa hah? kenapa fakir miskin berlambak lagi kat bumi malaysia nie...?
(orang tak nak jadi miskin....)

pengarang malay merdeka...
jiran-jiran aku ada bertanya....kau tak dapat bantuan zakat ke?..
hmm....mereka simpati diatas kekurangan aku....JKKK( taada P) bukan tak pernah hantar beras kat rumah aku....tapi bila nak raye...org zakat ke wakilnye ke...tak ada calon nama aku pun...itu beras fidyah ke?
(Rokiah..gayah..mek yah..asal yah hujungnya itulah nama aku...)

Salam Bro..
Orang Zakat bengis bro...aku pernah minta bantuan pendidikan zakat sebab tak cukup duit nak daftar kat IPT...dahlah dia mintak  macam-macam dokumen...menengking pulak...memperlekehlah pulak...lepas tur... kata bapa aku malas kerja! adus..sial betul punya mamat pegawai zakat tur....kalau dapat takapelah juga...haram...penat minta sain sana sini...(pelajar miskin....)

Salamualaikum....
Ada sekolah kat Klang ni diberi peruntukan oleh pihak zakat sebanyak RM 15000 setahun untuk buat program dan bantuan kepada anak orang miskin...asnaf lah tu....tapi lagi dua hari nak cuti sekolah...anak aku
3 orang yg termasuk dalam  program bawah zakat tak dapat apa pun...ingatkan dapat lah duit bantuan raya ke...program bantuan kepada fakir tu dah pun diagihkan pihak sekolah 3 malam lepas...anak-anak aku terlopong...(bapa melopong....)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan