"Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.
"Ustaz Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.
"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," kata Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dipetik Harakahdaily hari ini.
Malay Merdeka: Nasharudin Mat Isa berkecamuk, celaru, serabut dan hilang pertimbangan fikiran sebenarnya...dia tak serasi dengan Mat Sabu sebagaimana dia dengan Allahyarham fadzil Noor.
Nasharuddin kehilangan Hassan Ali yang bersekongkol dengan nya untuk tubuh kerajaan padu-padu dengan Umno.
Jiwa Nasha masih tetap UG yang masih cuba cari pengaruh...Nasha juga kepingin jadi PM atau sekurang-kurangnya TPM atau paling busuk di JPM....
Nasharuding sudah tak mahu berunding-runding...dia hanya mahu runding dengan Umno sahaja agar boleh makan serunding lembu...atau udang...
Dia juga tahu warga Bachok dah meluat dan menyampah dengannya. Khabarnya dia dah lama tak jengok rakyat bachok hampir 3 tahun..kawasan yang diwakilinya....sejak kehilangan jawatan Timbalan presiden PAS...
Dengarnya warga Bachok sudah menolak beliau untuk jadi wakil rakyatnya... dan ada cerita beliau kemungkinan tidak tercalon untuk jadi wakil rakyat atau ahli parlimen lagi kerana kalangan sudah hilang percaya atas sikapnya yang bermuka-muka dan condong kepada Hassan Ali dan masih berahi dengan kerajaan padu-padu dengan Umno.
Tidak pelik kalau dia ikut jejak Hassan Ali...
Tanda-tanda pemimpin pembangkang yang akan membelot ialah selalu mendapat ruang atau diberi liputan lebih-lebih oleh TV3 dan Utusan meloyakan....
Nasharuddin sebenarnya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjahamkan dan memecahbelahkan PAS dari dalam sepertimana Hassan Ali...
Nasharuddin Mat Isalah yang sebenarnya parasit yang dimaksudkan oleh Hassan Ali tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan