Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 31 Januari 2013

Hebat dan tangkasnya PDRM

Mari kita berikan syabas dan pujian tinggi kepada Polis diraja Malaysia (PDRM) diatasa kecekapan mereka menjalankan tugas.
‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.
Polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka- kata Naib presiden Keadilan Tian Chua- lapor keadilandaily.“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” NONE
“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.

Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.
Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.
Demikianlah kisah kehebatan Pdrm memburu bapa kanak-kanak peserta HKR..namun pembunuh kanak-kanak William  belum ada ceritanya.

Rabu, 30 Januari 2013

Gambar ramai gadis bertudung masuk gereja

Apa cerita sebenarnya?

Siasat punya siasat inilah pencerahannya

gambar diatas adalah kerja gila puak umno yang mengapikan perkauman dan agama perpecahan umat

Selasa, 29 Januari 2013

Ibrahim Ali terkencing dalam seluar

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya.
Dalam pertemuan bersejarah semalam, Nik Aziz menghadiahkan satu kek kepada Bishop Sebastian, yang menerajui Penang Diocese yang meliputi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Di atas kek itu tertera perkataan mudah tapi penuh bermakna: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”

Dalam pertemuan itu, Sebastian mendoakan kesihatan kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam perbincangan mereka, TG Nik Aziz menyentuh mengenai hal kerohanian, di mana perkara ini sangat dipersetujui oleh Sebastian yang turut merintih mengenai fokus berlebihan pada kebendaan dalam pembangunan insan masa kini.

“Negara ini perlukan kekuatan kerohanian Tuan Guru sebagai contoh,” kata Sebastian yang dipetik Anil Netto, seorang wartawan yang hadir bersama dalam pertemuan tersebut.

Kedua tokoh itu turut bersetuju bahawa tenaga yang dihabiskan untuk pertelingkahan agama sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

Semasa mengambil gambar bersama, Nik Aziz juga sempat bergurau mengenai pertemuan tersebut.

“Saya tak pasti apa media media perdana akan tulis mengenai pertemuan kita,” kata beliau.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah ahli parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa.

Semalam, Tuan Guru Nik Aziz turut meraikan hari jadinya di kediaman Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pertemuan tersebut melahirkan air mata gembira bagi para penyokong Pakatan Rakyat kerana tanda sepakat antara dua pemimpin tersebut cukup terserlah.

Karpal yang teramat gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

syabas guna RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi membeli kereta, membaiki rumah pejabat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

“Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

Isnin, 28 Januari 2013

Nasharuddin Mat Isa ikut jejak Hassan Ali

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kissMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. mengesahkan Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. 
Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu. -Bernama
 laporan Sinar Harian Onlinekedudukan Nasharudin Mat Isa  bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan majlis syura PAS.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.

Rabu, 23 Januari 2013

Nasharuddin Mat Isa bersama Najib di Gaza. Bukti Nasha baruah Umno


Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.
Turut hadir ialah Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom 

Dalam masa yang sama, kehadiram Nashiruddin Mat Isa bersama Najib Razak sudah pasti mendatangkan resah kepimpinan parti PAS seperti ketika Najib Razak di Mekah sebelum ini.-DrMim

Selasa, 22 Januari 2013

bekas exco selangor berhutang rm140 ribu buat senyap


Apa yang hendak saya dedahkan dalam posting ringkas ini, ialah mengenai seorang bekas Exco di Selangor telah mengambil wang dari bekas wakil rakyat ini tetapi tidak melunasinya sampai ke hari ini. Ianya bukan banyak sangat hanya RM140,000.00 saja.

"Anta baik tak dengan dia (bekas Exco)," tanya bekas wakil rakyat berkenaan menduga saya mengenainya.

"Kenapa, ana tidak berapa kenal dengan dia, kenapa"? soal saya lagi suspen.

"Masa pilihan raya 2004 dia memerlukan wang untuk belanja pilihan raya. Jadi ana tidak ada pilihan lain memberikan dia wang. Tahun 2008 sekali lagi dia meminta wang jadi ana beri atas dasar persahabatan. Tidak banyak RM180,000. Dia sudah bayar RM40,000 jadi masih ada RM140,000." ceritanya sambil menunjuk beberapa SMS yang dihantar olehnya kepada bekas Exco berkenaan dan balasan dari bekas Exco itu yang berjanji untuk melunasinya.

"Dia berjanji nak bayar, tetapi sampai sekarang habuk pun tadak," katanya. "Saya nak tanya anta apa hukum kalau orang tidak bayar hutang," tanya beliau.

"Setahu saya salah dan berdosa apa lagi kalau dia mampu. Meminjam tetapi enggan membayar sedang ia mampu, bagi ana satu penipuan secara profesional!" kata saya. Wakil rakyat itu tercengang dan menyuluh ke dalam anak mata saya dalam-dalam.

"Kalau boleh anta bagi tahu, ana ni bukan baik sangat, dan tidaklah bengkeng sangat...," katanya terhenti disitu. Saya memahami dengan ayat-ayat yang tergantung itu. Kebetulan saya mengenali dia sejak tahun 70-an.

Apa yang menimbulkan masalah kepada bekas wakil rakyat berkenaan wang yang diberikan itu wang amanah, yang diserahkan kepada saya untuk menjaganya. Jadi tidak moleklah kalau amanah disalah gunakan.

Saya tidak nak komen panjang, hanya berharap kepada bekas Exco yang berhutang itu, silalah jelaskan hutang tidak baik buat-buat lupa. Bayar dan datanglah kawan saya itu seperti mana anda datang sewaktu hendak berhutang dulu.

Jangan kita hanya petah berbicara, manis mulut sewaktu hendak berhutang tetapi jadi terkunci mulut apabila sampai waktu membayarnya. Tidak ada guna kita bercakap fasal iman, fasal dakwah, fasal Islam, fasal ancaman Kristianisasi, akidah dan raja-raja tetapi kita sendiri berpolot dengan hutang.-MSO

PRU 13 pada 30Mac?

S.Nalalakarupan terus berkurap

S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama

Isnin, 21 Januari 2013

Mahathir bahaya....bahaya mahathir


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ‘Projek IC’ di Sabah sebagai cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu itu. “Mahathir kata kenapa marah dia bagi IC (kepada warga asing), Tunku pun bagi kepada orang Cina dan India pada 1957 (sedangkan) mereka bukan asal sini. “(Mungkin) Mahathir lupa bapanya asal dari mana,”

Anwar menang saman fitnah pada Utusan RM40juta

Hakim Mahkamah tinggi, Datuk VT Singham dalam penghakimannya hari ini mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dengan keputusan tersebut ternyata akhbar paling bernanah Utusan Malaysia semakin menjijikkan.

Selasa, 15 Januari 2013

Ketua Ekonomi Bank Islam (BIMB) digantung kerja ramal BN kalah PRU

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, didakwa telah digantung kerja.
Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Maklumat Azrul digantung diberitahu oleh peguam Nadiah Fadwa melalui twitternya. Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Kemunikasi PKR mengesahkan perkara itu melalui Suara Keadilan. 

Ahad, 13 Januari 2013

Polis tiada kekerasan perhimpunan lancar dan aman

Tiada water canon...tiada halangan..tiada...tiada...polis jadi baik...polis beri kerjasama....polis beri senyuman...
perhimpunan semalam berjalan lancar...aman...
tiada komunis...tiada..tiada...
tiada rusuhan....tiada...tiada...
tiada niat provokasi...tiada...tiada....
semua orang tahu Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya
semua orang tahu Anwar bakal jadi PM
Deepak serah diri minta perlindungan...
Deepak jadi berani tak lagi jadi pondan...
Chegu Bard tak kena pukul lagi...
Peguam boleh goyang kaki....
muka chegubard berseri
kejayaan solidariti....
Semalam satu dunia telah maklum...Umno Bn bakal berkubur
Perkasa...tinggal telur....
KJ terliur...
Hassan Ali bertafakur..terus tertidur ..Akidah telah hancur...
Mohamad Sabu jadi hero
Hisham tukar tiub penghasut ternama
Hisham hussein Onn ternganga
semua mahu pakatan
Pakatan perintah negara
Madey nak sembunyi mana
suaka..atau puaka...atau neraka
Kah..kah...kah...kah...kita berjaya..bukan si Jaya negara
Putra jaya..putra jaya...putra jaya...


Rais Yatim umumkan berapa jumlah peserta HKR 112?

Harap-harap dapat jumlah rasmi dari menteri yang tersangat bijak RaisYatim jumlah peserta perhimpunan kebangkitan rakyat KL112.
Menteri yang gagal dalam kira-kira ini bakal menggemparkan negara dengan kiraan amggaran bodohnya. Pasti kita akan tertawa dan ianya sangat lucu.

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR
Bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.


“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.

Sudah kena ceroboh..countdown umno dipadamkan

lihatlah ...countdown umno kecundang telah dipadamkan oleh penceroboh...

Sabtu, 12 Januari 2013

Pak Lah beri komen HKR112 macam orang kampong

 Perdana Menteri Malaysia yang sangat tidak digemari rakyat dan partinya sendiri hari ini memberikan komen yang sangat melucukan. Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi dilihat seperti orang tua kampong yang tidak pernah pergi sekolah apabila memberikan komen tentang kebangkitan rakyat dei perhimpunan yang menghimpunkan hampir 500ribu orang di Stadium Merdeka hari ini.

Mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada Sabtu, bekas perdana menteri itu berkata tidak semua orang berminat untuk menyokong langkah itu dan pembangkang tidak harus menggalakkan orang ramai untuk menyertai.
"Mereka (pembangkang) telah melakukan perhimpunan seperti ini terlalu banyak kali dan setiap kali, mereka tidak perlu untuk melakukan ini lagi. Ia hanya membawa kesan negatif
Abdullah berkata pembangkang boleh menggunakan medium lain untuk menyuarakan tuntutan mereka, termasuk dengan menyerahkan memorandum kepada kerajaan.
Jika ia adalah benar-benar perlu bagi mereka untuk mengadakan perhimpunan, mereka perlu melakukannya di lokasi yang diluluskan dan memastikan bahawa perhimpunan itu adalah aman, katanya.
Di KELANTAN, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan perhimpunan itu sebagai satu pendekatan yang berisiko yang boleh mencemarkan imej negara di mata dunia, selain merosakkan iklim ekonomi masa depan.
Jelas ulasan dari bekas menteri dan menteri umno itu membayangkan ketakutan amat sangat kerajaan Umno dan barisan nasional yang sudah kelihatan sengat mahu ditumbangkan rakyat pada pilihanraya nanti

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG LIVE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112

KUALA LUMPUR 12 JAN : Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak...

ikuti siaran langsung disini

12 tghari KL -HKR KL112



gambar atas dalam stadium sekarang

 

Deepak tersepit

"Saya memohon kepada bakal Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang negara yang akan datang untuk tidak mengambil tindakan ke atas saya ekoran pendedahan yang saya buat.

"Jika ini boleh diberikan, saya sedia untuk membuat pendedahan sepenuhnya dan bersama-sama dengan perhimpunan rakyat esok," kata Deepak dalam satu wawancara  dengan Harakahdaily hari ini

Deepak sedikit terganggu dengan beberapa kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seolah-olah mahu tindakan diambil ke atas beliau bukannya ke atas pendedahan yang beliau buat.

"Saya adalah whistle blowwer macam Rafizi. Saya mahukan perlindungan jika mahu meneruskan pendedahan ini," kata beliau yang mempunyai pelbagai jenis penyelewengan kerajaan yang ada.

 Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini berjanji akan mendedah semua salahlaku yang dibuat pemimpin negara ini jika diberikan jaminan oleh Pakatan Rakyat tidak akan diambil tindakan ke atasnya.


Deepak mendedahkan pelbagai ugutan dan amaran yang beliau terima sejak pendedahan yang beliau buat mengenai keluarga Perdana Menteri.
Antaranya dari syarikat guaman adik Perdana Menteri yang bertindak bagi sebuah bank, mahu menutup syarikatnya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menghantar surat siasatan cukai pendapatan yang kononnya beliau tidak membayarnya.

KL112 mulai hangat dengan 72 penceramah dipentas Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat


Sama ada dari kalangan pemimpin politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka senada menyeru rakyat membuat perubahan untuk menukar tampuk pemerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Sejarah tercatat pada malam tadi apabila 74 penceramah daripada pelbagai latar belakang berucap di Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Jumaat, 11 Januari 2013

Ingat! Mohd Sabu kata tiada perubahan lokasi HKR KL112


Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti saranan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.
“Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.
“Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
“Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam. Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan,” katanya, lapor harakahdaily.
Lapan tempat berkenaan adalah dari Masjid Universiti Jalan Pantai, Brickfields, KLCC, Jalan Sultan, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan Kampung Baru.
Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.
“Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan,” katanya. Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Bantuan guaman bagi mereka yang kena tangkap polis nanti di KL112

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyediakan khidmat bantuan guaman bagi memudahkan orang ramai yang ditahan polis mendapatkan bantuan mereka sepanjang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok.
Orang ramai boleh menghubungi atau mengirim pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon berikut mengikut lokasi yang ditetapkan:
(Brickfileds) Nalini: 019-3758912
(Masjid Negara) Syukri: 019-8013149
(Jalan Sultan) Kar Fai: 016-3832323
(Central Market) Maisarah: 012-2187476
(Masjid Universiti Malaya) Theva: 013-3845740

ramai pondan rupanya....

Sidang pengarang banyak menerima komen dari pembaca...malangnya mereka semua pondan kerana tiada memberi nama...pondan seperti ini harus kena sunat (khatan) harap maklum komen pengecut seperti ini silalah buat blog sendiri dan boleh jalan lah...

PASTI DI STADIUM MERDEKA>>>CONFIRM! HIMPUNAN KEBANGKITAN RANKYAT 112KL


PENGUMUMAN
jawatankuasa HKR kl112
telah mengadakan mesyurat tergempar
dan mengambil kleputusan
untuk MENERUSKAN perhimpunan
di stadium merdeka

TIDAK ada apa apa perubahan

bANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA DAN gegar!!!!
* JANGAN LUPA JEMPUT HASSAN ALI UNTUK BERI SETENGHAH PATAH KATA TENTANG AKIDAH!
* jANGAN LUPAKAN NASHARUDDIN MAT ISA UNTUK BUAT FATWA HIMPUNAN INI HARAM!
*jANGAN TINGGALKAN ZULKIFLI NORDIN UNTUK BERTEMPIK SORAI pAKAI KOPIAH UNTUK TUNJUK ALIM
*jANGAN bIARKAN zAHARIN hASIM MENANGIS TERTINGGAL BAS NAK TURUT SERTA BERHIMPUN.
*jANGAN BIARKAN eZAM MAD NOOR KOTAK BERCAKAP SORANG2 MEROYAN TERINGAT KENAGAN LAMA BERSAMA pkr
*jANGAN SAMPAI HATI BIARKAN gOBALAKRISHNAN
TERGULING-GULING FRUST TAK DAPAT JOIN PERHIMPUNAN.

*******yANG TERSANGAT PENTING JANGAN BIARKAN iBRAHIM ALI JADI pERKASAM
KOTA BHARU: Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini  dihalau daripada Malaysia.


Khamis, 10 Januari 2013

27 syarat ketat polis untuk penganjuran HKR 112

Pengarah HKR, Mohamad Sabu memberitahu, antara 27 syarat-syarat tersebut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) ialah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.
2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.
3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.
4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.
5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.
6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.
7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.
8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.
10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Kebakaran rumah pam Wangsa maju syabas sembunyikan sesuatu


Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak. Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat. Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya.. KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN.
-Naruto Sensei
Sambungan Artikel ini (https://www.facebook.com/EraPasca/posts/462239790505737)
Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak. Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat. Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya.. KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN. 
-Naruto Sensei

Selasa, 8 Januari 2013

Pelancong Malaysia dibogelkan kastam N.Zealand

Menyambung kisah sahabat yang melancung ke N.Zealand semalam memang sakit hati dan terus menyampah dengan N.Zealand. Sahabat ini menceritakan bagaimana dia dan abangnya memang sengaja nak dikenakan oleh kastam dan imigresen negeri itu.
Setelah lega tuduhan membawa dadah ditarik balik dan dibatalkan namun layanan mereka terhadap sahabat ini seperti penjenayah yang telah melakukan kesalahan. Siut betul! terpaksa mengemas semula beg yang bersepah diatas meja yang panjang...kata-kata mereka juga cukup kasar dan tak bertamadun!
 Sahabat saya juga sangat hairan kerana sebelum ini dia merasakan orang NZ baik dan ramah..kini terbalik pulak!
beg sandang dibenarkan untuk diambil namun pasport dan telefon tidak diberikan semula.
Sahabat ini dan abangnya bertanyakan kepada seorang pegawai kastam wanita yang menyelongkar beg mereka kenapa diperlakukan sedemikian?
Dengan selamba pegawai kastam itu berkata..'pelancung dari Malaysia dicurigai dan sangat dipantau kerana negara awak adalah hub pengedaran dadah Asia dan mungkin dunia!. Dan jika tiada alasan kuat kami menghalang dari memasuki negara kami yang bersih!" lagak kastam itu.
 Adus..berdegup jantung sahabat dan abangnya ini dan terkedu serta berpandangan sesama sendiri.
Oh..begitu ke? dengus abang sahabat ini. Huh...indah khabar dari rupa...aku tertipu...giveup dan potong stim nak berseronok bercuti dinegara Kiwi dan  terkenal All Blacknya. rupanya hati mereka memang kering! rungut abangnya.
Kami meminta pasport dan telefon bimbit dkembalikan...pegawai itu menjawab sambil tak acuh..

'Kamu boleh ambilnya di imigresen nanti....
 Woit sahabat dan abangnya terpinga dan bingung. Pelik..ingatkan dah lepas kastam dah tak ada masaalah...
Pegawai kastam ini meminta dua beradik ini mengikutinya untuk diserah kepada pegawai imigresen.
Dalam perjalanan ketingkat bawah lapangan terbang auckland itu sempat pegawai kastam itu berkata
' Kami tidak suka pelancung dari Malaysia...menyusahkan...."
kenapa? tanya sahabat saya
'Bodoh dan degil"
'p*****k Maori ni"...maki sahabat saya dalam bahasa melayu.
Rupanya sahabat saya dikurung dalam sebuah bilik bersama abangnya di tingkat dua bawah tanah!
Nah amik kau....
Abang sahabat saya terus berang  dan meminta dihantar pulang ke Malaysiqa segera!
'Kami ada open return ticket Penerbangan Malaysia. Biar kami buat check-in dan terus balik'.
' oh..tidak mungkin...itu kami uruskan dan kamu berdua beristirehat disini dahulu" ujar pegawai imigresen perempuan hodoh berbadan gedabak itu berbangsa Maori.
Kami mahu membatalkan visa kamu dahulu  dan kami mahukan sepuluh cap jari  kamu dan kamu mengishtiharkan atas kerelaan sendiri memohon menarik balik visa lawatan ini.... tambah pegawai imigeresen itu.

menyusul kemudian..diperdaya...dalam tahanan imigresen selama lebih 72 jam...tanpa diberi sebarang makanan dan minuman...tiket penerbangan dibatalkan....tiada boleh membuat panggilan telefon untuk menghubungi sesiapa...diugut untuk didakwa mengakukan kesalahan memasuki negara New Zeland atas menyalah dan menipu permohonan visa lawatan...penalti NZD100000.00(satu ratus ribu N.Z dolar). dn sumabt kepenjara 3 tahun.






Isnin, 7 Januari 2013

Awas kalau melancong ke New Zealand. Pelancong Malaysia dibogelkan oleh Kastam N.Zealand

Nak pergi ke New Zealand? Melancong , belajar, bekerja atau apa saja....
Awas jika anda akan menjadi sikap kebodohan pegawai imigresen dan kastam di pemeriksaan lapangan terbang Auckland New Zealand.
Seorang sahabat yang baru pulang dari New Zealand  bersama abangnya menceritakan bagaimana beliau hangin satu badan dengan sikap Kastam New Zealand dan imigresen negara tersebut.
Beliau memperingatkan rakyat Malaysia yang mahu berkunjung kenegara tersebut supaya berhati-hati dan jangan terpedaya..... indah khabar dari rupa...
Negara New Zealand adalah sebuah negara yang indah dan menarik kerana beliau pernah mengunjunginya sebelum ini pda 2001..
Namun setelah hampir 12 tahun sahabat saya  ingin melepaskan kerinduan pada keindahan negara tersebut lalu beliau datang untuk bercuti sempena kristmas tahun lepas.Perjalanan dari LCCT (Air Asia)hampir 18 jam dengan transit di Sydney. Beliau tiba dengan pesawat akhir sebuah kapalterbang tambang murah (Jetstar) di Auckland. Puih!...perkhidmatan kapalterbang (Jetstar) ni tak ubah macam bas mini kata beliau.
Setelah melepasi pemeriksaan imigresen dan berjaya mendapatkan visa pelawat (3 bulan) beliau dan abangnya menjalani x-ray bag. Sesuatu yang amat tak terduga apabila beliau dan abangnya tiba-tiba dikehendaki melalui satu pemeriksaan khas kastam dimana beliau dan abangnya telah diminta supaya menghubungi peguam atau ditahan.
Terpinga-pinga dengan keadaan tersebut yang beliau tak tahu apa-apa bertanya kepada pegawai kastam tersebut atas sebab apa beliau dan abangnya ditahan. Beliau diberitahu diyaki membawa dadah!
dan diminta menandatangani satu surat penahanan dibawah akta kastam N.Zealand.
Tidak tahu nak kata apa-apa dan dengan keadaan yang terkejut beliau dan abangnya yakin tidak membuat sebarang kesalahan akur untuk diminta menjalani pemeriksaan rapi.
Sahabat tersebut dan abangnya dibogelkan tanpa sebarang urat pun dan ianya sangat memalukan!
Semua isi beg dibongkar dan telefon dirampas. 
Setelah hampir 8 jam menjalani soal siasat kastam akhirnya beliau dan abangnya dilepaskan dan pihak kastam mengakui kesilapan melakukan penahanan tanpa memohon maaf. Memang macam sial!
Orang New Zealand ni kalau yang berbangsa Maori memang tiada adab sopan dan macam celaka! kalau nak rasa pergilah rungut sahabat saya!

menyusul lagi....


Awas! kentut yang sangat busuk baunya

Dap berjaya perdayakan Umno supaya melatah dengan isu salah kira undi pemilihan DAP.
Ternyata beberapa pemimpin Umno takada klas (low klas) dan tiada berkualiti.
Awal-awal lagi ketua bangang Umno hitam  P.Pinang menonjolkan kedunguannya dengan memberi komen di buletin TV3. Kalaulah begitu tahap pemikiran mereka jika terus dibiarkan memimpin memang akan punah ranah jadinya. Umpama ketiak orang lebih dihidu ketiak sendiri kepalang hapaknya.

Bernama melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk  Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas.

Sabtu, 5 Januari 2013

tembakau dicelah kangkang






Deepak Jaikisyin kawan baik Mahathir?-milo suam
KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar nama Deepak Jaikishan Tekwani, seorang penjual karpet yang nampaknya menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi menjelang pilihanraya umum ke 13. 

Setelah penat lelah Najib Tun Razak sibuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, tiba-tiba muncul saudagar karpet ini menyerang Rosmah secara bertali arus.

Ini bukan serangan kosong, ini serangan berstrategi. Semua orang tahu bahawa Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional kerana sifat tamak dan borosnya. Lantaran itu Deepak memainkan peranannya menyerang Rosmah untuk menjatuhkan Najib.

Lihat gambar di bawah baik-baik. Deepak Jaikishan Tekwani saudagar karpet yang sibuk menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi ini merupakan salah seorang daripada 230 tetamu yang dijemput ke Majlis Sambutan Harijadi Tun Mahathir baru-baru ini iaitu pada 14 Disember 2012.



Dalam jangka masa Deepak Jaikishan Tekwani sibuk menjadi musuh kepada Najib Razak dan Rosmah kerana bom demi bom yang diletupkan, rupanya dia merupakan sahabat baik Tun Mahathir

Jika tidak masakan dia dijemput sebagai tetamu jemputan Tun Mahathir? Kenapa Tun Mahathir menjemput Deepak Jaikishan Tekwani ke majlis harijadi beliau? Apa tujuan Tun Mahathir menjemput musuh Najib dan Rosmah ke majlis beliau?

Jawapannya ada dalam video di bawah sila besarkan mata luas-luas dan tumpukan pendengaran anda baik-baik terhadap satu demi satu kata-kata Tun Mahathir dalam video di bawah.




Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/siapa-sebenarnya-dalang-di-belakang.html#ixzz2H3k2UDhU


UMNO PARTI SAMSENG?
Rakaman samseng Umno serang dan tampar orang tua



Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.


Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga,