Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 11 Januari 2013

Ingat! Mohd Sabu kata tiada perubahan lokasi HKR KL112


Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti saranan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.
“Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.
“Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
“Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam. Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan,” katanya, lapor harakahdaily.
Lapan tempat berkenaan adalah dari Masjid Universiti Jalan Pantai, Brickfields, KLCC, Jalan Sultan, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan Kampung Baru.
Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.
“Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan,” katanya. Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan