
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. mengesahkan Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu. -Bernama



Tiada ulasan:
Catat Ulasan