Menurut peguam N Surendran, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam semalam. Menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli itu susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion. siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi semlam Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.
Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012.
Malay Merdeka: Sungguh tangkas SPRM tak payah buat laporan dia dah datang...beginilah kecekapan SPRM.....suruhanjaya..orang suruhan....








Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.
Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.


