Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 18 Jun 2012

Pemimpin Umno tertinggi Sabah letak jawatan

 Datuk Seri Lajim Ukin meletak jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Sabah. Beliau menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.
.“Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.
Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli
Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan
beberapa jawatan penting lain.
“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi.
“Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu,” katanya.
Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun ‘dalam wadah yang berbeza’ demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat.
Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno.
Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di
Sabah.
Malay Merdeka:cantik bha kau itu....banyak yang tergoda...lagi orang kaya....
 Tiada keretaku  bawa kau jalan-jalan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan