Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 18 Jun 2012

Umi Hafilda buka pekong dicelah kangkang

NONEPenceramah upahan Umno, Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung mingguUtusan Malaysia hari semalam, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.





Malay Merdeka: Siapa yang sanggup gadai maruah demi kepentingan diri. Antara Azmin, Umi dan Azwan siapa yang paling lantang buka pekong dan memburukkan ahli keluarganya sendiri? Adakah perempuan sebegini tahu menjaga maruah keluarga. Apa faedahnya yang dia dapat dengan memburukkan ahli keluarganya sendiri? dendam kesumat atau dengki hati dan irihati? Apa motif Umi Hafilda memburukkan keluarganya sendiri?
Sebenarnya kita merasa terlalu jelek dan menyampah dengan perempuan ini yang terlalu bangga memberi gambaran buruk kepada abangnya Azmin. Ini juga memberi bayangan bahawa perempuan ini mempunyai sikap bodoh dan hodoh. Hal dalam keluarga diperheboh seluruh dunia? Tak malu ke? Kalaupun dia berpatah arang dengan Azmin kenapa melibatkan ibunya juga?
Aduhai perempuan apakah ini? Islam apakah yang diamalkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan