Selasa, 10 Mei 2011
S/U Agung UMNO akui Umno semakin lemah
"Ya Betul Umno Ada Kelemahan Tapi Kita Sedang Atasi" - Ku Nan
"Ada perkara-perkara yang disebut oleh Tun Mahathir betul. Memang ada beberapa kelemahan dalam Umno, sebab itu Perdana Menteri dan juga Presiden Umno sekarang berusaha untuk atasi dan perkukuhkan parti," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa Umno kini lemah kerana wujudnya pemimpin yang mengamalkan rasuah serta tidak lagi mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan penilaian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu lemah.
"Saya tak nafikan ada kelemahan bukan sahaja dalam Umno tapi juga BN, tapi kita berusaha untuk atasinya.
"Itu pandangan mantan perdana menteri, kita terima dengan terbuka. Barangkali Tun Mahathir ada pemikiran (penilaiannya) sendiri," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan