Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 10 Mei 2011

Zahid mat arip jadi sasau, meracau dan merapu jadi mereng akibat mimpi kemalangan


Saksikanlah bekas pelakon Mr bean Malaysia yang mengigau dalam tidurnya 'nightmare dream'. Sebaik bangun dari tidurnya beliau jadi mereng dan sasau tak karuan merapu dan meracau...








mari kita berdoa keselamatan beruk umno ni supaya tidak membunuh diri apabila dongengnya tidak diperduli dan dipercayai oleh orangramai.




Balkis: Permohonan Peguam Negara Bagi Kebenaran Merayu Ditolak
PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan negeri Selangor dan sembilan yang lain untuk mencabar kesahihan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, kekal.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Peguam Negara bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Balkis ialah pertubuhan amal dan kebajikan isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Parlimen Selangor.
Permohonan kebenaran yang difailkan oleh Peguam Negara ditolak oleh panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff.
Pada 11 September 2009, kerajaan negeri Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Puan Sri Salbiah Tunut selaku presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS.
Berikutan keputusan hari ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu.
Balkis menjadi tajuk berita selepas Abdul Khalid mendakwa berlaku penyelewengan dana Balkis semasa di bawah pimpinan presidennya sebelum ini, Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Pada 11 Februari, 2009 ROS membubarkan Balkis. Dalam permohonan bagi kebenaran untuk semakan kehakiman, kesemua 10 responden memohon pembatalan pendaftaran pertubuhan itu ditarik balik.
Pada 2 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Responen menyatakan keputusan pemegang jawatan untuk membubarkan Balkis, menutup akaunnya dan menderma RM9,916,140.84 kepada BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri), boleh dianggap sebagai pecah amanah.
Mereka mendakwa ini kerana kerajaan negeri Selangor dan enam agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada para responden yang menaja Balkis daripada segi wang tunai dan tanah-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan