Peniaga diingatkan jangan naikkan harga makanan
Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum. "Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di sini hari ini.
Mahani berkata kementerian juga akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.
Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula. Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
melayu berkata:
Apa jua maki hamun memang wajar dilemparkan oleh rakyat kepada kerajaan UMNO/Bn.
Kerajaan Bn sudah semakin melampau dengan penindasan kepada rakyat jelata..
Sudahlah menindas memperbodohkan rakyat lagi..
YaNG menyakitkan hati lagi ..kemudian keluarkan kenyataan yang dangkal lagi jijik dan meloyakan pada setiap kali kenaikan harga barangan keperluan harian...Apalah punya kerajaan...bengap!
Nanti akan ada menteri sengal kata..makan gula tu racun...kencing manis..bla....bla...bla..bla..
kepala hotak dia...!!
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan