Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 27 Mei 2014

skandal bank rakyat

Pada 26 Mei lalu, dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek  mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
############nasib baik bukan haSSAN ALI....

tanduk tidak berguna lagi......

 "Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya tidak diperlukan lagi," kata Tan Sri Sabbaruddin Chik merujuk keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
Beliau juga mendakwa keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bagi penggal ketiga dibuat secara tidak beretika dan mengikut emosi kerana tiada sebarang perbincangan atau notis awal.
Lebih dikesalinya apabila dakwanya ada campur tangan menteri dalam isu kontrak perkhidmatannya yang tamat pada 8 April lalu di mana bank berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kementerian itu.
Malah Sabbaruddin berkata, hingga kini beliau tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa khidmatnya sebagai pengerusi di bank itu tidak akan disambung semula.
"Cara ini tak betul. Kenapa lakukan begini kepada saya? Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi...tapi buatlah dengan cara yang betul.
"Tindakan ini sangat memalukan. Apa salahnya maklumkan lebih awal kepada saya jika mereka sudah tidak mahu saya lagi," katanya kepadamStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Sabbaruddin, beliau percaya tindakan untuk tidak menyambung khidmatnya mempunyai hubung kait dengan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap permohonan seorang usahawan untuk membayar pinjaman bernilai RM40 juta tanpa faedah.
Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.
"Saya yakin beliau marah sebab lembaga pengarah tolak permohonan itu, tapi beliau harus ingat keputusan itu bukan dibuat oleh saya seorang...tapi pihak lembaga," katanya.
Ekoran itu Sabbaruddin yakin beliau menjadi mangsa terhadap keputusan bertentangan antara lembaga pengarah bank berkenaan dan menteri itu.
"Khidmat saya sepatutnya disambung lagi kerana surat penyambungan kontrak sudah pun ada di Bank Negara untuk persetujuan sebelum disahkan menteri.
"Kalau dari awal mereka tidak mahu sambung, mengapa nama saya dihantar ke Bank Negara," soal beliau.
Ditanya sama ada Bank Rakyat kini sudah mempunyai pengerusi baharu selepas kontraknya tamat, Sabbaruddin berkata: "Saya tidak pasti...mungkin ada, tapi setakat yang saya tahu belum ada.
"Malah barang-barang saya juga masih ada di pejabat, belum ambil lagi," katanya.-ms

Jumaat, 23 Mei 2014

Malaysia Boleh: Lebih baik jadi beruang...kera di hutan disusukan..anak.dirumah mati kebuluran

Hanya kerana hendak menunjukkan simbol perhubungan antara China dan Malaysia , membazirkan wang jutaan ringgit untuk dua ekor panda sama sekali tidak memenuhi maksud perhubungan diplomatik yang baik. kos hidup yang meliputi soal perumahan, khidmat kesihatan dan keperluan asas masih dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan ia perlu lebih diutamakan kerajaan daripada dua ekor beruang panda.
mengutamakan keselesaan dua ekor haiwan yang bukan untuk keperluan asasi warga rakyat adalah melanggar maqasid syariah
=====================
 Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan along menyebabkan ramai dikalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wangautomatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.  Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi 

Khamis, 22 Mei 2014

Ani arope (bekas pengerusi TNB) dedah rancangan jahat sebab Black out seluruh negara dan kenaikan takrif letrik


Ani Arope dedah rancangan ‘black out’ 1992 untuk wujudkan IPP

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope  mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.
Ani AropePerkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.
“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.
“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.
Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.
Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.
Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.
“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.
Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.
“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.
PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.
Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.

Rabu, 21 Mei 2014

Awas: Belajar di ITM/IPTA mesti sokong kerajaan UMNO?BN kenyataan sengal pemimpin UMNO


Marina Mahathir puji Dyana Sofya

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," kata Datuk Marina Mahathir dalam satu tulisan di Facebook.

Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

SERAM KISAH BENAR: perempuan melayu berwajah syaitan

Kasihannya perempuan ini............

Kecemasan sila baca penting satu malaysia


Important message to share from Community Policing:-
Copy paste ! mintak tolong pada semua kawan2 yang mengenali proton iswara merah yang bernombor JDA9945,tolong di talian (0174387495)kerana kereta ini disyaki telah membawa lari seorang pelajar perempuan yang bernama NOR FATIN FAZRIANI BT MOHD DAUD yang berumur 13tahun setengah jam yang lepas sekitar taman harmoni gombak.. 20.5.2014.. sila copy n paste n sebarkan ke group yg lain...moga2 dpt mbantu...
Suka ·  ·  · 33315

Selasa, 20 Mei 2014

Pesalah trafik perlu dibawa ke Mahkamah Majistret, bukan terus dilokap

Peguam: Pesalah trafik perlu dibawa ke Mahkamah Majistret, bukan terus dilokap

Oleh: AFIX REDZUAN media selangor
SHAH ALAM 20 MEI: Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan ditahan polis perlu dibawa terus kepada Mahkamah Majistret untuk memberikan penjelasan mengenai saman yang mereka.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata kuasa menggunakan waran tangkap adalah dalam kes yang amat perlu seperti seseorang yang disaman berulangkali dan diminta hadir ke mahkamah namun masih enggan berbuat demikian.
lokap“Kalau waran tangkap sudah dikeluarkan itu memang ada prosiding mahkamah, tidak adil juga waran tangkap dikeluarkan.
“Dalam keadaan itu tangkapan boleh dibuat, tapi tidak boleh ditahan di lokap.
“Apabila tangkapan seperti itu dibuat mesti bawa terus kepada majistret dan beri peluang kepada orang tersebut untuk menjelaskan jumlah yang perlu dibayar saman itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Sebelum ini, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latif dilaporkan berkata Pesalah trafik yang memiliki waran tangkap akan terus ditahan di lokap jika mereka masih enggan menyelesaikan waran.
Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff yang turut mengulas perkara ini menyatakan prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 – Seksyen 43.
Katanya, Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
EZY

Jabatan Agama Islam Selangor tempang dan gopoh


Dr Mohd Asri (kanan) bersama peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak 

Hakim Shaiful Azli Jamaluddin  berkata, pihak pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan wujudnya kes terhadap tertuduh.

Mahkamah juga mendapati pendakwaan terhadap Mohd Asri adalah lemah tanpa disokong bukti-bukti lengkap yang boleh disabitkan bersalah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah.

"Mahkamah mendapati melalui keterangan saksi, pihak pendakwaan tidak dapat menyatakan dan memastikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh tertuduh pada malam kejadian.

"Didapati juga pasukan serbuan pada malam tersebut bertindak terlalu cepat untuk menangkap tertuduh kerana mereka sepatutnya menunggu lebih lama dan membuat penelitian apakah yang sebenarnya dilakukan oleh tertuduh," katanya.

Menerusi penghakimannya juga, Shaiful Azli menolak keterangan saksi apabila mendakwa Mohd Asri sedang mengajar hal-hal berkaitan dengan agama Islam hanya berpandukan hujah bahawa tertuduh berada di hadapan sejumlah orang.

"Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini yang tidak disokong dengan sebarang bukti.

"Persoalan bagaimana tertuduh mengajar agama Islam semasa kejadian tidak dapat dijawab dengan jelas," katanya.

Selain itu menerusi keputusannya juga, Shaiful Azli menegur pasukan siasatan dan serbuan agar lebih efisyen dan cermat dalam melaksanakan tugas.

"Serbuan yang tergopoh-gapah menyebabkan keterangan menjadi tidak lengkap dan meninggalkan lompang.

"Lemahnya siasatan boleh dilihat apabila pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan 'ikut keadaan' sedangkan pasukan serbuan yang terlibat adalah ramai. Di mahkamah, keterangan ditimbang bukan dibilang," katanya.

Pada 18 November 2009, Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang.

calon bebas prk gelugor macam pondan


Jelas dia ni bukan ahli politik....dia ni dengan cerah sebagai penyibuk dan penyemak...kalau nak berpolitik mesti masak sepak terajang dlm politik..ini nangislah...apa jadah.....
nasihatlah dia ni balik peluk bini lagi baik...dahlah takda nama dalam politik...orang tak kenal pun...

mStarDite

Abu Backer Hampir Tarik Diri, Kecewa Tak Dapat Liputan Media

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 1:58 PM
GEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan mengakui hampir menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media.
Ketika ditemui pemberita hampir sejam di lobi sebuah hotel di sini, Abu Backer yang juga seorang peguam menitiskan air mata kerana merajuk dengan media tempatan.
"Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding jika tiada kebebasan media. Saya bawa isu rakyat tetapi tidak mendapat liputan media.
"Saya tidak berlakon (menangis)... saya bukan nak jadi artis. Saya ikhlas ingin membela nasib rakyat. Apabila saya bawa isu rakyat, media tak cover... bila ada majlis Guan Eng hangpa (media) pergi," katanya.

Ahad, 18 Mei 2014

Mahathir: mh 370 mungkin ada dimana-mana

MH370: Seseorang menyembunyikan sesuatu
Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Flight MH370
Tun Mahathir menyentuh mengenai maklumat yang diperoleh daripada carian di Internet iaitu Boeing telah menerima paten Amerika Syarikat (AS) bagi sistem kawalan pemanduan automatik.

Sabtu, 17 Mei 2014

Hero TNB....Pernahkah PM hiduip susah?

Hero penyelamat TNB dari bankrupt.. kah3.. hero tahik kucing
Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,.” kata perdana menteri Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Jumaat, 16 Mei 2014

selamat hari guru...

terimkasih cikgu

angin mat said reda dah kentut....sekarang adun terengganu perut kembung makang ikang kembung

mohanmad nabi namanya pun mengelirukan....


Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar

 Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, calon bebas bagi Bukit Gelugor pilihan raya

namanya pun dah mengelirukan.....kalau mat salleh sebut namanya jadi nabi mohamed....

ishh....ishh....bangsa?...kaum?....
ishh...ishh...ahli pas? kenapa x pakai lambang pas?.....
ishh...ishh.....(berita hairan)

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar tawar diri sebagai calon PAS

2014/05/09 - 16:38:37 PM GEORGETOWN: Bekas Setiausaha PAS cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu berhasrat untuk bertanding kerana mahu sama-sama menegakkan hukum hudud yang kini hangat dibangkitkan dalam kalangan ahli partinya. 

Rabu, 14 Mei 2014

tips bila jumpa pm

Barulah Mat Said tahu siapa kawan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN)

mana lagi yg lain mat said - mat said memang nelang...hiii haaa
.apa sahaja janji daripada pemimpin parti perkauman Melayu itu, "boleh percaya ke?".

Selasa, 13 Mei 2014

kenapa Mat Said naik angin



Habis tu ..acara majlis kahwin kat kediaman rasmi Menteri Besar....
belum lagi yg sponsor....apa citer...

pas/pr jangan seronok ...mereka boleh tukar fikiran.

tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya". PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri
 PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).
PAS juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan, 
Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.
Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Kemungkinan ramai lagi ADUN mengikut jejak Ahmad Said sudah dijangkakan berikutan dalam pertemuan Setiausaha Agung UMNO dengan ADUN-ADUN Terengganu semalam, daripada 17 ADUN BN, hanya 9 orang saja yang hadir manakala selebihnya dipercayai memprotes dan tidak setuju dengan pengguguran Ahmad Said.

SURAT PERLETAKAN AHLI BELUM DITERIMA UMNO BAGAIMANA MEDIA DAH SIAR?
Umno masih belum menerima sebarang surat daripada tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang dilapor keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat, kata penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Justeru katanya, BN masih mempunyai kuasa eksekutif dan menduduki pejabat menteri besar
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang surat diterima," katanyaMacam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

BN T'GANU KECUNDANG....3 ADUN KLELUAR UMNO


Roslee Daud.

Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan berbuat demikian, hanya beberapa jam selepas dua pemimpin negeri itu mengumumkan keluar parti.

Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Adun Ajil, Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dengan perkembangan terbaharu ini, BN kini menguasai 14 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, begitu juga PAS sebanyak 14 kerusi, satu mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan  Bebas (3).

Hadiah ulang tahun 68 :Kerajaan UMNO/BN Lumpuh di Terrengganu...Mat Said naik angin....Terengganu bakal bertukar kerajaan


Embedded image permalinkBerikutan perletakkan jawatan MB Mohamad Said sebagai Menteri Besar sekaligus sebagai ahli Umno mengubah senario politik di Terrengganu.Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.


13Mei tarikh keramat Malaysia menggambarkan tragedi malang Kerajaan BN/Umno.
Jengkel dengan rayuannya kepada PM Najib tidak dipeduli untuk menangguhkan perletakakn jawatan selepas perkahwinan anak beliau,  Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

TERENGGANU MILIK PAS?

Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba "Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu. Kedudukan kerusi DUN kini sama iaitu 15-15 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN Bebas.
Hakikat Setiausaha Agung UMNO terpaksa turun ke Terengganu berjumpa dengan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional menunjukkan ada peralihan ini tidak selicin yang dijangka.
Beberapa ADUN dilaporkan tidak gembira dengan perubahan ini dan enggan berjumpa Setiausaha Agung UMNO tersebut. Sehingga petang tadi dilaporkan hanya 9 daripada 17 ADUN telah berjumpa. Ini memberi persepsi bahawa 8 ADUN lagi mungkin membuat keputusan yang mengeruhkan keadaan.
Sebenarnya kedudukan DUN Terengganu sangat genting, sekiranya dua ADUN membuat keputusan tidak mengiktiraf perubahan ini dan disokong oleh Pas, Terengganu bakal berhadapan krisis pentadbiran dan politik yang sangat luar biasa.
Jika Ahmad Said  dan Pas sebulat suara menyokong beliau, maka DUN akan menjadi tergantung. Ini mungkin memaksa satu pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan keadaan 16-16 tersebut.