Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 18 Mei 2014

Mahathir: mh 370 mungkin ada dimana-mana

MH370: Seseorang menyembunyikan sesuatu
Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Flight MH370
Tun Mahathir menyentuh mengenai maklumat yang diperoleh daripada carian di Internet iaitu Boeing telah menerima paten Amerika Syarikat (AS) bagi sistem kawalan pemanduan automatik.



“Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan sistem itu.

“The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, ‘pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit’.

“Jelas Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan,” tegasnya.

Katanya, pencarian debris, kesan tumpahan minyak atau mendengar bunyi ‘ping’ dari kotak hitam hanya membazir masa dan wang.
“Ini bukan kejadian nahas biasa selepas kehabisan bahan bakar. Pesawat itu ada di mana-mana mungkin tanpa pengetahuan MAS,” katanya. Pengeluar pesawat yang digunakan Malaysia Airlines (MAS), Boeing Corporation perlu memberi penjelasan tentang sistem pendaratan automatik yang terdapat pada pesawat Boeing 777 seperti yang dilaporkan The Flightglobal.com.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blog terbarunya berkata, beliau tidak dapat membayangkan juruterbang yang mengendalikan MH370 membuat pendaratan yang licin di lautan yang ‘ganas’ dan kemudiannya tenggelam begitu saja.

Beliau juga menyebut adalah tidak adil kesalahan insiden kehilangan MH370 hanya diletakkan kepada Malaysia dan MAS.

“Boeing harus menjelaskan tentang sistem yang dipanggil pendaratan automatik anti keganasan ini.

“Seseorang menyembunyikan sesuatu. Tidak adil kesalahan itu ditanggung Malaysia dan MAS sahaja,” katanya yang dipetik melalui entri bertajuk ‘Boeing Technology-What Goes Up Must Come Down’, hari ini.

Menurutnya, sesebuah pesawat boleh terbang dan berada di udara untuk satu-satu tempoh masa tetapi ia tetap perlu turun ke bawah sama ada selamat mendarat atau kemalangan.

“Tapi, pesawat tidak terus hilang. Tidak pada masa sekarang dengan kemajuan sistem komunikasi, radio, satelit dan kamera tanpa filem yang beroperasi tidak putus dan kapasiti simpanan yang besar.

“Sistem komunikasi dan GPS pastinya telah dilumpuhkan, jika tidak, stesen pasti boleh menghubungi dan mengesan pesawat berkenaa,” katanya.
http://kerabubersuara.blogspot.com/2014/05/mahathir-mulai-curiga-mh370.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan