Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 29 Januari 2010

Hassan Ali aset Haji Hadi

DrHassanAli 047 by 3ir

Seperti yang di jangka keputusan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Hassan Ali hanya berupa amaran. Manakala Khalid Samad digantung selama enam bulan.
Pas tidak berani mengusik Hassan Ali kenapa?
Haji Hadi, Hassan Ali, Nasharudin Isa dan Mustafa Ali adalah kumpulan UG. Siapa berani usik.
Tahniah diatas keputusan yang adil tersebut. Keputusan yang tiada ketegasan. Keputusan pondan. PAS tidak berwibawa. Maka  percayalah semakin merosot sokongan kepada PAS.

Khamis, 28 Januari 2010

Khalid Ibrahim sombong



MB Khalid Ibrahim dikatakan seorang yang sombong dan tidak mendengar pandangan orang bahawahannya.
Dakwaan ini dikatakan oleh bekas AJK cabang Kuala Selangor yang keluar parti.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak awal lantikan TS Khalid sebagai MB Selangor ianaya sudah mula tersebar. Malahan beberapa orang golongan yang berjuang sebagai reformasi juga mendakwa hal yang sama. Pada tahun lepas juga telah berlaku satu demonsatari di Gombak meminta TS Khalid meletak jawatan oleh kalangan ahli yang tidak berpuashati selepas penggantungan pegawai MB.
Karektor TS Khalid memang sudah menjadi khabar angin sejak lama terutama ahli PKR.
Apakah ini sesuatu yang benar?
Melihat beberapa keadaan anggapan itu semakin boleh dipercayai walaupun meragukan .
 Perletakan jawatan beberapa AJK cabang sebenarnya bukanlah dakyah atau dalang punya kerja. Dalang tidak mampu untuk mempengaruhi sebegitu ramai AJK. Jika diliohat ADUN port Klang
Badrul Hisham juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap MB Selangor ini. MB Khalid didakwa sangat tidak memperdulikan pandangan orang lain.
Apakah TS Khalid tidak menyedari hal ini.  Kajian oleh Merdekacentre baru-baru ini juga menyatakan kemerosotan sokongan terhadap MB selangor.

Rabu, 27 Januari 2010

MP meracau

Walaupun diarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan media dalam tempoh sebulan siasatan
YB Zulkifli Nordin berkeras dengan keangkuhannya. Inilah apabila seorang pemimpin loyar buruk semakin
naik tocang. Atas landasan apa beliau bersikap sedemikian? Beliau menegaskan mahu memperjuangkan Islam tetapi tatacara sebagaimana?
Zul Nordin memperlihatkan watak yang bongkak dan tiada toleransi. Atas sifat peribadi atau sebagai MP PKR beliau terus-terusan membuat populariti bermotifkan kepentingan peribadi.
Adakah begini ciri pemimpin? Beliau dilihat tidak berkemampuan menjadi pemimpin. Beliau tiada sikap bersatu arah. menghuru-hara dan ada unsur memecah-belah perpaduan walau atas alasan apa sekalipun. Jika isu Allah yang didendangkan adalah malang bagi YB Zul yang terjerat dalam permainan isu politik  Rendah benar tahap pemikirannya.
Lihat bagaimana para cerdik pandai agama mengulas isu ini. Lihat bagaimana TG Nik Aziz contohnya menangani  isu Allah ini.
Pemimpin harus tahu menilai isu-isu tertentu dan menghalusi serta membaca rentak semasa.
Nyatalah mutahir ini menyerlah bahawa YB Zulkifli Nordin memang tidak layak sebagai pemimpin waima
sebagai wakil parlimen PKR .

"Saya Tidak Akan Tunduk" - Zulkifili Noordin

PETALING JAYA: Walaupun Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Zulkifli Noordin supaya 'tutup mulut' atau berhenti daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.


Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas bahawa sebagai umat Islam beliau mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.
"Saya akan terus bercakap mengenainya, tidak ada siapa boleh halang saya untuk menegakkan Islam," katanya kepada mStar Online di sini semalam.
Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan Biro Politik PKR semalam yang mengarahkannya supaya tidak mengeluarkan kenyataan media sehingga siasatan oleh lembaga disiplin selesai.
____________________________________________


Antara maruah dan kepentingan:


PKR seperti susut maruah dan  tengik. Kenapa takut untuk bertindak tegas terhadap YB Zulkifli Nordin? 
Keputusan biro politiknya masih boleh dipermainkan oleh Zul Nordin.
Apa istimewanya beliau? 
takut hilang sokongan melayu? Zul Nordn tak sehebat mana. Tiada melayupun yang menyokongnya. PKR akan hilang sokongan jika terus menyimpannya!..
Atau PKR takut kerusi parlimennya akan berkurangan ? Mungkin betul kerana khabar angin ada lagi MP yang akan lompat parti di Penang. BN hanya memerlukan sedikit kerusi lagi untuk mendapat majoriti 2/3.
Jangan biarkan Zulkifli Nordin meracau dan meroyan. amat merbahaya!

melayu:
setelah memerhati gerak laku YB Zulkifli Nordin, aku percaya dan yakin beliau ada agenda tersembunyi -agendanya menciptakan perpecahan dari dalaman parti dan berkemungkinan berperanan sebagai 'trojen horses'.  
1.Apa peranan Zulkifli Nordin semasa mewakili pembelaan Anwar Ibrahim
2.Kenapa ustaz Fadzil Nor (arwah) tidak pernah mempercayai beliau
3.Kenapa PAS sendiri tidak menggemari Zulkifli Nordin yang sangat Islamik
4. Beliau sangat suka mengkontroversikan isu dan cuba menghuru-harakan suasana dalaman parti.
5.Beliau tidak bersuara bilamana perkara berkaitan UMNO/BN?
6.Kenapa beliau sering bertindak tanpa saluran parti malah bersifat memecah belah?


Renungkan: antaranya
1. Saiful Bukhari Azlan adalah bekas pembantu peribadi DS Anwar.
2. Ezam M.Nor bekas Setpol DS Anwar
3. Ruslan Kasim penyokong DS Anwar
bagaimana mereka ini akhirnya lantang dan berjuang menjahanamkan karier DS Anwar. Adakah mereka ini bertindak sendirian?

Selasa, 26 Januari 2010

YB keras kepala

Zulkifli Nordin memang keras kepala
Walaupun Anwar Ibrahim menasihatinya supaya tarik balik laporan polis
Nampaknya Zul nordin lawan towkay...
Semacam  je mamat ni.
YB Zulkifli tidak pernah nak hentam Umno/Bn
Nampaknya dia lebih cemerlang membidas rakan dalam PKR / PR.
Ada apa-apa ke YB Zul...
Silalah blah cepat YB Zul....bikin huru-hara saja
Fir'aun kecil ke..besar ke ..awak sangat sempit fikiran dan konon sebagai pejuang Islam.
Jika sebenar memperjuangkan Islam bukan membuat keracauan.
Zul Nordin sesuai bergabung dengan Hassan Ali, Hamidah Osman,  Bedul Isham  Poart Klang, Jamaludin, Osman dan pengkhianat sebangsat dengannyya.....Sila belah dari PKR dan masuk Makhal Sakti.
----------------------------------------------------





ZUL NORDIN TIDAK BERTINDAK SENDIRIAN
SIAPA DIBELAKANG  ZUL NORDIN?
ZUL NORDIN AKAN SENTIASA MENJADI PEMECAH..
DENGAN ISU MELAYU DAN ISLAM
JANGAN LUPA ZUL NORDIN BEKAS  AHLI  PAS
------------------------------------------------------

Isnin, 25 Januari 2010

Anwar Ibrahim sudah bengang!

Ini Zul Nordin punya hal..
Pak Sheikh dah bengang..too much budak Zul ni nak jadi hero kunoonnya!
Zaid Ibrahim pun marah jugak dengan si Zul ni...
lebih mangkuk dari kuah...
rata-rata pimpinan tertinggi PKR sudah menyampah dengan gelagat mangkuk sekor ni...
rasa-rasa sampah sarap ni boleh dikitar semula oleh Umno macam Bedul Hisham P.Klang.

Zaid saran Zulklifi dipecat
Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim (bawah) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.


Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.



Isu Allah: Tindakan Zulkifli Nordin 'bantu' Umno
syed husin aliAhli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno", kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

Anwar Ibrahim : Zulkifli melampaui batas
anwar ibrahim 290408 Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR Zulkifli Noordin telah melampaui batasnyaBercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.