Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 5 Mei 2012

Khalid Samad saman Hassan Ali


“Saya dalam proses ‘compiling’ bagi kes saman balik ini. Insya-Allah dalam masa dua minggu lagi peguam saya akan memfailkannya di mahkamah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad hari ini mengumumkan beliau kini dalam usaha memfailkan saman terhadap Dr. Hasan melalui peguamnya, Hanifa Maidin berhubung dakwaan menggelarnya parasit dalam PAS.
Beliau memberitahu menerima surat saman daripada Dr. Hasan pada 27 April.

“Saman itu berkenaan dengan kenyataan saya sebelum ini yang memohon penjelasan daripadanya mengenai siapa taja beliau yang mana pada waktu itu menjadi perbualan hangat.“Pertanyaan itu sekadar ingin memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan dari mana sumber dia dapat untuk melakukan road tour dan juga perlancaran pertubuhan ‘Jati’ di SACC (Shah Alam Convention Centre).“Kita maklum bahawa kesemua itu memerlukan perbelanjaan yang besar, jesteru itulah kita memohon penjelasan darinya, bukannya menuduhnya menerima tajaan dari mana-mana pihak,” ujar Khalid sambil menambah jumlah saman tidak dinyatakan sebaliknya akan ditentukan oleh mahkamah. - lapor selangorku.com
Malay Merdeka: Hassan Ali sipenjual agama... Khalid samad saman Hassan Ali sebagai timbal balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan