Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan. Lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.
Dalam simpati...ada baiknya wartawan kena belasah...baru tahu tinggi rendahnya langit...
Inilah dalam sejarah media Malaysia laporan yang telus diberitakan setelah sekian lama hanya melaporkan berita yang diputar belit. Jika wartawan tak kena belasah memungkinkan berita seperti biasa mengatakan hanya peserta bersih yang merusuh dan membuat onar. Peserta merusuh dan memukul pengutkuasa dsb. Sekarang setelah kena dirir sendiri baru nak tulis certa yang sebenar-benarnya!
Wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim, turut ditangkap dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. Kamera beliau yang banyak merakam sudut menarik demonstrasi dirampas dan memori kadnya tidak dikembalikan selepas beliau dibebaskan pada awal pagi Isnin. Satu bentuk pencabulan dan gangguan melampau terhadap kerjaya seorang pemberita.
Ramai lagi pengamal media menghadapi nasib sama, malah lebih buruk apabila ada yang diganasi polis berunifom, walaupun selepas memaklumkan mereka adalah wartawan, di samping menunjukkan kad akreditasi media, seperti dialami pembantu editor Merdeka Review edisi Mandarin, Chen Shaua Fui. Tiada langsung rasa hormat polis terhadap wartawan.
"Selepas ini kita pun tak perlu lagi menghormati kerja polis," marah seorang editor kanan sebuah akhbar harian.
Wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, dicederakan oleh lapan anggota polis semasa membuat liputan, sekitar jam 7 malam, berdekatan waterfall persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Beberapa wartawan lain berdekatan menjerit berulang kali, "Press! Media!", namun kumpulan polis itu terus menyerang Mohd Radzi. Beliau terpaksa dirawat dalam wad Hospital Kuala Lumput.
Begitu juga dengan nasib jurugambar Malay Mail, Arif Kartono, yang ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan. Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin, pula ditahan dan peralatan kameranya dirampas.
Turut dirampas kamera ialah P Malayandy, jurufoto akhbar Tamil, Makkal Osai, selain dicederakakan lima anggota polis. Huang An Jian, juga jurugambar, sebuah akhbar Cina, Guang Ming Daily, ditangkap ketika merakam kejadian demonstran ditahan.
Malah wartawan antarabangsa, Harry Fawcett daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila beliau dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul peserta perhimpunan. Kameranya juga rosak dan beliau terpaksa menggunakan iPad untuk melaksanakan tugasannya.
(Seorang rakan melontarkan persoalan sedikit berbeda: "Makin lama melihat rakaman Bersih 3.0 di YouTube, makin banyak terdedah aksi ganas polis, tapi apakah betul semua mereka itu polis ataupun ahli Umno diberi baju polis. Semasa saya berjalan dari Brickfield ke Masjid Negara dan seterusnya Masjid Jamik, saya nampak ramai polis bantuan. Saya rasa mereka itu ahli Umno." Saya membalas SMS sahabat saya itu: "Tidak mustahil, bukankah ada kemusykilan mengapa ramai polis hari itu tidak pakai tanda nama?")
Tiada ulasan:
Catat Ulasan