Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya dan pengecut. Bagaimana PM Najib boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi.
Sekiranya Bersih 3.0 ingin melakukan kudeta atau ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon.
Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu menipu rakyat dengan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 lalu merupakan cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya. Rakyat masih tidak boleh melupakan bagaimana kerajaan Umno BN memperlakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang juga dipilih secara sah melalui pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan