Isnin, 30 Mei 2011
Rais Yatim tidak disokong penggiat seni
Rais Tegur Penggiat Seni Tidak Hargai Hari Seniman 2011
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan Isnin.
Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) termasuk menyediakan kertas kerja untuk memastikan kerajaan mengiktraf sambutan Hari Seniman yang disambut pada 29 Mei setiap tahun bermula 2005.
Tarikh berkenaan dipilih bagi memperingati tarikh pemergian Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, katanya.
"Teguran ini ikhlas sebab kami bersusah payah mewujudkan Hari Seniman ini. Kita sudah bantu lebih RM100 juta kepada semua pengamal seni tapi kehadiran dan kesanggupan yang ditunjukkan oleh mereka jauh berbeza dari yang disangkakan.
"Semangat ini harus dianalisis dan teguran ini diberitahu secara ikhlas kerana kalau tidak pelakon, atau pengamal dan penggiat seni yang merancakkan Hari Seniman, siapa lagi?" katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini.
Dalam pada itu, Rais berharap sambutan Hari Seniman pada tahun-tahun akan datang lebih mencerminkan konsep 1Malaysia serta melibatkan gabungan tenaga lama dan baru selain meluaskan kepada cabang seni yang lain termasuk penulisan kreatif, lakonan, lawak, nyanyian, reka bentuk, ukiran, seni halus dan seni tampak.
"Hal ini penting kerana seni berupaya menyatukan masyarakat. Ia mempunyai bahasa sendiri, pendekatan sendiri dan nilai sendiri yang politik tidak boleh masuk dan cantuman sentimen lain pun tidak dapat masuk," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta semua agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Filem Nasional (Finas), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) memainkan peranan memelihara kreativiti seni dan budaya serta warisan tampak di mata masyarakat dan dunia.
Program Sepetang Bersama Seniman adalah satu pertemuan bersifat santai yang bertujuan untuk mendekati golongan seniman dengan lebih rapat di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan warga seni.
Selain itu, sebanyak 25 aktiviti berbentuk seni dan budaya akan diadakan sempena sambutan Hari Seniman yang akan dilaksanakan oleh persatuan-persatuan seni budaya bersama agensi di bawah kementerian. - BERNAMA
Ahad, 29 Mei 2011
Belia tak sokong PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang sekali gus membolehkan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa.
“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.-malaysiainsider.
melayu berkata:
Terserlah betapa merosotnya sokongan para belia terhadap Pm Najib ketika perhimpunan hari belia semalam diputra jaya.
Jumlah kehadiran yang hanya dianggarkan kira-kira 8000 orang itu menunjukkan seruan agar belia mempertahankan putrajaya tidak mendapat sambutan. Program yang mensasarkan 1 juta belia ituy tidak berjaya..
ini jelas menunjukkan belia tidak lagi berminat untuk berbaju batik, skema dan poyo...serta meluat dengan kepimpinan tok jib.

tamat riwayat stesen ktmb tanjun g pagar
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjong Pagar dan di Bukit Timah yang terletak di Singapura akan ditamatkan pada 1 Julai ini.
Bagaimanapun stesen Tanjong Pagar dan di Bukit Timah akan diwartakan sebagai monumen negara dan bangunan terpelihara.
Stesen KTMB Bukit Timah dibuka pada 1903 bagi menghubungkan kawasan luar bandar Singapura.
Sejak 1932 fungsi stesen ini adalah untuk mengawal laluan keretapi.
Dimana Stesen Bukit timah ini dijadikan sebagai stesen pengantaraan diantara Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Woodlands apabila terdapat lebihan tren melalui laluan tersebut pada satu-satu masa.
Walaupun tidak lagi menerima penumpang bangunan satu tingkat ini masih menerima kunjungan pelancong yang berminat dengan struktur bangunan tersebut sekali gus merakamkan memorial indah monumen itu.
Manakala Stesen Tanjong Pagar yang mula dibuka pada 1932 menampilkan seni bina dan lukisan mural yang mempamerkan pemandangan Tanah Melayu ketika itu.
Malah, ia turut dilengkapi sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan penumpang keretapi dan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut.
Ketua Stesen Tanjong Pagar, Shamsul Bahri Sahri yang telah berkhidmat selama 15 tahun mengakui cukup sebak dan sayu menngenangkan nostalgia yang dilaluinya dalam tempoh itu.
Menurut Shamsul, walaupun beliau terpaksa berjauhan dengan ahli keluarganya sepanjang beliau berkhidmat di Tanjong Pagar namun pengalam indah ketika berada di Singapura tidak mungkin dapat dilupakannya hingga ke akhir hayat hidup beliau.
Malah, nostalgia indah itu akan diceritakan kepada anak cucunya kelak bahawa negara kita mempunyai monumen paling berharga di Tanjong Pagar, Singapura.
Berkuatkuasa 1 Julai depan perkhidmatan KTMB ke Singapura akan berhenti di Woodlands Tren Check Point WTCP.
Keretapi terakhir dari Tanjong Pagar dijadual bertolak jam 11.00 malam pada 30 Jun ini bersama 90 kakitangan KTMB yang bertugas di Singapura.
Jumaat, 27 Mei 2011
Lynas: Panel bebas tidak bebas
Huzir Sulaiman |
Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato’ Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato’ Mukhriz Tun Mahathir. Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran ‘panel bebas’ itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak. Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata. Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa. Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila. Kenapa keraguan itu timbul:
|
Khamis, 26 Mei 2011
Luncai dan Badut bergocoh
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Datuk Seri Nazri Aziz dalam isu “perang jihad”, sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin “half past six.”
Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “badut.”
“Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.
“Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran,” katanya.
Oleh itu, katanya, “gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah.”
“Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri ‘half past six’ macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno,” katanya lagi.
Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai “badut” sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.
“Pada saya, beliau (Ibrahim) adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.
“Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang,” kata Nazri lagi.
Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Bagaimanapun beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengecam tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Sebaliknya dalam kenyataannya, dakwa Syed Hassan, Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa pun berjihad tetapi sekiranya usaha-usaha mencabar kedudukan Islam berlaku sudah pasti orang Islam akan marah dan bangkit menentang.
“Pastinya tiada siapa orang Melayu nak lakukan jihad hanya kerana kenyataan Ibrahim sebegitu rupa, Ibrahim hanya mengatakan beliau akan sambut sesiapa yang nak melakukan perang salib dan Ibrahim katakan jika sesiapa mahu menggugat kesucian Islam beliau sanggup berjihad.
“Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa untuk berjihad sekarang. Tapi jika sesuatu berlaku yang Ibrahim fikirkan sudah samapai masanya beliau berjihad, beliau akan berjihad kerana Islam tuntut umatnya berjihad jika Islam diserang,” katanya.
Mengenai isu pembahagian biasiswa, jelas Syed Hassan, sekiranya Bumiputera tidak dapat kuota yang sepatutnya ia amat menyedihkan.
Selain itu, tambah beliau, BN akan kehilangan sokongan Bumiputera jika pembahagian biasiswa tidak dilakukan dengan adil dan telus.
melayu berkata:
siluncai..dan sibadut berebut tempat bermain sarkas..
Selasa, 24 Mei 2011
Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran
PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan.
“Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
“Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat,” katanya.
Bukan barang naik, ringgit yang jatuh
Bukan barang naik, ringgit yang jatuh
Subky Latif |
PERTIMBANGAN sedang dibuat apakah harga runcit minyak akan naik atau kekal setakat yang ada yang rasanya sudah cukup tinggi dan membebankan. Jika naik dikatakan mungkin setinggi 20 sen seliter. Tidak lari dari berbelas-belas sen. Cakap-cakap tentang kenaikan itu ialah kerana kajian tentang harganya sudah ditentukan sekarang setiap enam bulan sekali. Genap enam bulan itu tiba pada Jun ini. Kemungkinan naik ialah disebabkan harga minyak di pasaran dunia biasanya naik menggila. Bila ia naik maka Malaysia yang mengeluarkan minyak itu pun menaikkan harga runcitnya. Sekali pun Malaysia negara pengeluar minyak tetapi Malaysia bukan syurga bagi pengguna minyak. Ia tidak bertuah seperti lain-lain pengeluar minyak, kendati pun minyak naik di pasaran dunia tetapi pengguna minyak tempatan menikmati hanya minyak yang amat murah. Bagi negeri itu sebotol air mineral jauh lebih mahal dari seliter minyak. Di negeri kita, air mineral mahal dan minyaknya juga mahal. Bila minyak didesas desuskan akan naik, maka ia dipercayai akan naik. Bila ia naik maka ia akan diikuti oleh naik segala-galanya. Kerajaan manusia yang ada di Malaysia tidak berupaya untuk mengelakkan membayar lebih dari harga yang ada sekarang. Dalam bahasa biasanya ialah harga barang akan naik. Barang-barang dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak berupaya dicegah oleh kerajaan. Bukan kerajaan yang dapat menentu dan mengawal harga. Ia ditentukan oleh peniaga. Kerajaan tidak cukup polis untuk mencegah mana-mana saudagar dan pembekal dari menaikkan harga. Bila kerajaan tidak beri persetujuan harga dinaikkan, maka barang pun hilang dari pasaran. Buat apa pun tak jalan melainkan setuju ia dinaikkan. Bila naik barang pun ada balik. Siapa juga jadi menteri, seiapa juga jadi menteri kewangan dan siapa juga jadi perdana menteri, maka belum ada yang benar-benar dapat mengawal harga barang kerana ia ditentukan oleh para peniaga. Sah kerajaan menjadi pihak yang tidak berkuasa mengawal harga barang dan gagal dalam membendung kenaikan harga. Tetapi harga yang dirasakan naik itu sebenarnya bukan kerana ia sengaja hendak dinaikkan begitu saja tetapi apa yang terjadi yang menyebabkan penggsuna terpaksa membayar lebih ialah disebabkan oleh nilai wang itu jatuh. Duit seringgit 20 tahun dulu cukup untuk secawan teh atau kopi susu bersama sekeping rota canai dan satu kuih yang lain. Tetapi seringgit hari ini sekeping roti canai dan secawan kopi o tak cukup. Sekadar RM4 ribu dulu cukup bagi seorang naik haji ke Mekah. Tetapi sekarang duit sejumlah itu sekarang layak untuk umrah kurang dari dua minggu. Bagi yang menabung di Tabung Haji yang mencarum tetap sekian banyak sebulan, lagi lambat dia mencukupkan keperluan yang dikehendaki bagi membolehan dia naik haji, lagi lambatlah dia naik haji, sampai bila pun keperluan itu tidak akan cukup melainkan dia terpaksa mencukupkannya dengan cara lain untuk membolehkannya naik haji. Mengapa? Kerana kerajaan tidak dapat mengawal nilai duit. 20 dan 30 tahun dulu kita kata Indonesia tidak dapat mengawal nilai rupiahnya. Orang yang bertahun-tahun menyimpan wang untuk membeli rumah atau motokar, apabila agak cukup simpanan itu, tiba-tiba nilai rupiah jatuh mendadak. Duit yang mereka simpan tiba-tiba nilainya tinggal separuh. Sepuluh tahun dulu saya selalu ke Istanbul. Liranya jatuh setiap jam. Dolar Amerika yang ditukar sebelah pagi dapat sekian banyak. Jika ditangguh hingga tengah hari, lebih banyak Lira diperolehi dari dolar yang sama. Sebelah petang lagi banyak. Jika ada cukup Lira untuk membeli sesuatu barang, belilah masa itu juga. Jika tunggu esok, harganya berubah dan Lira itu tidak lagi cukup. Kerajaan Tayyib Erdogan berjaya mengawal nilai Lira. Liranya stabil. Tidak perlu menggunakan ribu-ribu dan juta Lira lagi. Harga pun sudah stail. Ertinya kerajaan yang baik dapat mengawalnya. Tetapi di negeri kita, harga ayam dan ikan hampir berubah setiap hari. Ringgit yang cukup untuk membeli seekor ayam enam bulan dulu, tidak boleh membelinya dengan jumlah ringgit yang dulu. Nilai duit sudah jatuh banyak. Saya hendak menukar tayar. Saya sudah pastikan harganya. Saya tunggu hujung bulan bagi mencukupkan duit yang diperlukan. Bila ke kedai tayar hujung bulan, harganya sudah tidak sama lagi. Sekarang kita tidak mahu lagi bercakap tentang kenaikan harga barang tetapi lebih suka bercakap tentang nilai duit jatuh setiap hari. Bila duit jatuh nilai, gaji menteri bulan ini lebih rendah dari bulan hadapan. Di samping menimbangkan harga baru bagi barang keperluan, kabinet juga perlu menimbangkan gaji baru bagi menteri. Ia bukan kerana barang naik tetapi kerana nilai ringgit jatuh setiap hari. |
Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Katanya, pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa.
Sepatutnya, ujar beliau itu tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.
Setakat hari ini, katanya Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq dan Iran.
Justeru, tambahnya tidak hairanlah bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007 hingga 2010.
Ini, katanya bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
“Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran,” katanya.
Katanya lagi, ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion di mana wang itu akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.
Ini, menurutnya alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar.
Beliau berkata, penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.
Isnin, 23 Mei 2011
Bila dah mati banyak lah songeh
Rumah anak yatim dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kajang - berita harian
KUALA LUMPUR: Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, yang ranap akibat kejadian tanah runtuh serta mengorbankan 16 nyawa, kelmarin, dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Sumber MPKj berkata, bangunan itu dibina tanpa mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, selain tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).
Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar - bernama
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
Chor: Rumah anak yatim diroboh jika tidak selamat-malaysiakini
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

Biasalah tur..setiap kali berlaku peristiwa seperti ini maka menteri-menteri pun keluarkan kenyataan yang bunyinya sama saja...
fatwa si kulop besar
OSA POLITIK TAK DAFTAR PEMILIH – berita hairan
GEORGETOWN: Kira-kira 120,000 atau 18 peratus daripada ahli Pemuda UMNO di seluruh negara belum berdaftar sebagai pemilih, sekali gus akan menyebabkan kerugian besar kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang menyifatkan golongan itu sebagai melakukan ‘dosa politik’, memberi tempoh dua bulan kepada Pemuda UMNO negeri sehingga Jun ini, bagi mendaftarkan mereka sebagai pemilih.
“Apabila sudah menjadi ahli UMNO, mereka perlu komited kepada parti dengan berdaftar sebagai pemilih. Mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih melakukan ‘dosa politik’,” katanya.
melayu berkata:
gila babi apake kj ni..suka-suka buat hukum dosa..
Video seks: Turki tiru malaysia
Skandal video seks di Turki
ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini.
Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.
Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.
Gelombong kedua peletakan jawatan pemimpin-pemimpin MHP itu mungkin memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, Tayyip Erdogan yang memimpin Parti AK yang dijangka mengekalkan kuasa buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum pada Jun ini.
Ketika ini, tinjauan pendapat meletakkan sokongan terhadap parti Tayyip berada sekitar 45 peratus.
Ekoran skandal itu, sokongan terhadap MHP juga dijangka merosot.
MHP dijangka tidak dapat meraih sokongan melebihi 10 peratus yang diperlukan bagi mengekalkan mereka dalam Parlimen, ekoran skandal tersebut.
Sokongan terhadap MHP ketika ini berada pada sekitar 10 hingga 15 peratus, kata tinjauan pendapat.
MHP ketika ini menguasai 70 daripada 550 kerusi di Parlimen Turki.
Antara mereka yang meletkkan jawatan ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici, serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya Mehmet Taytak.
Mereka meletakkan jawatan sebagai anggota parti dan juga menarik diri daripada dicalonkan bertanding sebagai calon Parlimen mewakili parti itu.
Seorang lagi timbalan pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi kemudian turut meletakkan jawatan.
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengelakkan konspirasi ini dan tuduhan palsu ini mengugat MHP pada pilihan raya akan datang,'' kata Bolukbasi dalam satu kenyataan.
Stesen televisyen CNN Turki melaporkan, pihak berkuasa telekomunikasi telah melancarkan siasatan berhubung video tersebut. - AP/Reuters
melayu berkata:
berita ini juga disiarkan utusan malaysia...
Taktik kotor ini idea siapa?
harga minyak dimalaysia tinggi
Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia.
Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.
Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.
Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat.
"Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau.
Di hadapan 500 penyokong yang hadir, beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini menarik subsidi petrol diesel ke atas 9 jenis kenderaan komersial dengan alasan untuk mengurangkan defisit negara kepada 2.8 peratus menjelang 2015.
"Habis siapa yang dapat? Umno yang bawah-bawah ini menyibuk sahaja. Saya tidak musuh dengan Umno bawahan. Kalau boleh saya mahu terangkan kepada ahli Umno ini, kalau meraka terbuka sikit minda dia tidak akan terima. Kita menang 2008 banyak ahli Umno sokong kita," katanya lagi.
Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan daripada tahun 1990 hingga 1998 berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam lapan tahun berturut-turut.
Justeru beliau turut cemerlang dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi serta mempertahankan kedudukan negara apabila matawang negara jatuh pada tahun 1997.
Anwar berkata matlamat kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan sepenuhnya kepada usaha meringankan beban rakyat di samping tidak mengabaikan kepesatan pembanggunan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Katanya, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berhak menikmati hasil bumi (minyak) dengan harga yang rendah.
Menurutnya pendekatan ini berbeza dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Petronas mengaut keuntungan berjumlah RM90 bilion setahun namun dalam masa yang sama menaikkan harga minyak domestik.
"Sudah begitu banyak wang dapat tapi naikkan harga minyak. Ini tidak masuk akal. Kemudian mereka (kerajaan) kata sebab harga pasaran tinggi. Saya peduli apa harga pasaran.
"Ini harga orang Sabah dan minyak keluar daripada bumi ini, kenapa mahu bebankan rakyat bumi ini. Siapa punya tanah, siapa punya minyak? Bukan kamu punya. Bahagikan, mudahkan, ringankan beban rakyat, itu matlamat kita," kata Anwar disambut sorakan penyokong.
Anwar meluangkan masa dua hari melawat dan bertemu rakyat di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam siri jelajah memberi penerangan.
Turut hadir ke sesi ceramah termasuk kepimpinan tertinggi PKR negeri Sabah.
Dalam pada itu Anwar dalam ucapan sama bertegas untuk tidak mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup meninggalkan parti demi kepentingan peribadi.
Katanya, mustahil bagi beliau sebagai Ketua Umum untuk merisikokan perjuangan tulen mengangkat martabat rakyat bersandarkan individu yang tidak berpendirian.
Lantaran itu beliau menyarankan ahli-ahli parti mengukuhkan semangat perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Beliau mengulas tindakan A Gobalakrishnan melompat parti selepas didakwa menerima cek bernilai RM1.4 juta.
"Kemudian bila lompat cakap tiada keyakinan kepada Anwar Ibrahim dan tinggalkan beliau. (lihat) Orang yang macam mana ditinggalkan. Cek dan kontrak.
"Kalau tidak tinggalkan parti dan saya tahu dia berbuat begitu sedangkan saya di sini korban dengan tenaga dan kemudian mahu angkat orang begini untuk wakil kita. Bodoh saya (jika buat begitu) dan tidak layak saya memimpin kalau saya angkat orang begitu," jelas beliau lagi.

Sabtu, 21 Mei 2011
melayu Islam hilang kepercayaan kepada DS Najib kerana Datuk T kata bekas pegawai tinggi polis
Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.
Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .
“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.
“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.
Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.
Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.
Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.
“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.
Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.
Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.
Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.
Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.
“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.
Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.
“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.
“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

TERBITAN STONES DI 7:45:00 AM
IMPIAN TG NIK AZIZ SOLAT DI STADIUM BARU
“Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton. Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat. “Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid. “Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya. Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera. Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat. “Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera. Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat. Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya. “Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat. “Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. “Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya. |
Jumaat, 20 Mei 2011
Amaran untuk Ezam M.Nor dari serikandi
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor diberi peringatan oleh Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail supaya jangan terlalu lantang menghina keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus mengheret mereka ke dalam politik kotor UMNO BN.
Malah tegas beliau lagi pemimpin muda seperti Ezam seharusnya membicarakan soal rakyat dan bukannya menjadi pemimpin yang senang diperkudakan sesetengah pemimpin.
Kenyataan yang langsung tidak berasas, kepada bekas ketua angkatan tersebut saya ingin menyatakan bahawa kamu anak muda harus memfokuskan politik kamu kepada ke arah yang melibatkan rakyat, bukan terlalu lantang dan sibuk memperkatakan dan masuk campur dalam soal politik-politik lucah," ujar Aisyah.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ezam mendesak Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.
Antara empat perkara tersebut ialah melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks, menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.
Aishah sebaliknya menyifatkan cabaran Ezam itu bersifat kebudak- budakkan ini tidak sepatutnya disuarakan oleh pemimpin muda seperti Ezam yang disifatkannya terlalu cetek pemikirannya.
"Desakan yang mereka minta adalah sebagai satu desakan yang tak relevan dan disifatkan terlalu naif, kerana kita tahu kenapa Datuk Seri Anwar tidak harus mengangkat sumpah, kenapa kita menyatakan Eskay itu berbohong dan kita telah menyatakan fakta-fakta yang sebenar dan rakyat-rakyat boleh lihat fakta itu," katanya.
Beliau turut meminta Ezam untuk turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk disiasat bersabit dakwaan mendalangi pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu disamping menggesa Najib supaya hadir ke mahkamah sebagai saksi dalam kes konspirasi ke-2 Anwar.
Aishah turut menyifatkan politik dangkal dan kotor ini adalah perkara yang disusun oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekaligus menggunakan pemimpin muda seperti Ezam sebagai balaci atau boneka demi kepentingan politik mereka semata-mata.
"Saya kira ini ada kaitan masuk campur di antara UMNO dan juga bekas-bekas kononnya pemimpin dalam Keadilan yang saya sifatkan sebagai mereka ini hanya picisan-picisan kecil yang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat pun kepada sesiapa."-keadilan.com
melayu berkata:
Adalah diingatkan Ezam M.Noor bukan lagi Ezam semasa dalam PKR..
Ezam sudah berubah warna 100%....macam sesumpah jugalah..
Ezam sudah sakit jiwa kerana penyakit kks(kurang kasih sayang)...
Ezam kini menjadi pelacur politik yang tidak menghairahkan lagi..tak stim lagi dah...
..dah tak lakulah senang cerita..
kalu dia berbunyi..melolong... maknanya..dia kehausan..keghairahan..kesepian..
maka melelonglah akan dirinya...walaupun tiada harga sesenpun...
apa yang tinggal pada dirinya?..hanya lendir-lendir busuk dan kotak-kotak berisi jutaan anai-anai...
psst....ezam ada bini lagi rupanya?.....syyh!
Najib dikongkong dan dipengaruhi ahli perniagaan
Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.
Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.
Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.
Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.
Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.
Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.
Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.
Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.
Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.
Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.
“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.
Turut disenaraikan ialah:
• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.
Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.
melayu berkata:
maka dasar negara disandarkan pada para kapitalis...
itulah pasal harga barang naik sesuka hati kerajaan BN
melayu berkata:
maka dasar negara disandarkan pada para kapitalis...
itulah pasal harga barang naik sesuka hati kerajaan BN
Langgan:
Catatan (Atom)