Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 24 Mei 2011

Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran


PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan.
“Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
“Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat,” katanya.

Bukan barang naik, ringgit yang jatuh

Subky Latif   
PERTIMBANGAN sedang dibuat apakah harga runcit minyak akan
naik atau kekal setakat
 yang ada yang rasanya sudah cukup tinggi dan membebankan.
Jika naik dikatakan mungkin setinggi 20 sen seliter. Tidak lari dari
 berbelas-belas sen.
Cakap-cakap tentang kenaikan itu ialah kerana kajian tentang
 harganya sudah ditentukan
 sekarang setiap enam bulan sekali. Genap enam bulan itu tiba
 pada Jun ini.
Kemungkinan naik ialah disebabkan harga minyak di pasaran
 dunia biasanya naik menggila.
 Bila ia naik maka Malaysia yang mengeluarkan minyak itu pun
menaikkan harga runcitnya.
Sekali pun Malaysia negara pengeluar minyak tetapi Malaysia
bukan syurga bagi pengguna
minyak. Ia tidak bertuah seperti lain-lain pengeluar minyak,
kendati pun minyak naik di pasaran
 dunia tetapi pengguna minyak tempatan menikmati hanya
 minyak yang amat murah.
Bagi negeri itu sebotol air mineral jauh lebih mahal dari
seliter minyak. Di negeri kita,
 air mineral mahal dan minyaknya juga mahal.
Bila minyak didesas desuskan akan naik, maka ia
dipercayai akan naik. Bila ia naik
maka ia akan diikuti oleh naik segala-galanya.
Kerajaan manusia yang ada di Malaysia tidak berupaya
untuk mengelakkan membayar
 lebih dari harga yang ada sekarang. Dalam bahasa biasanya
 ialah harga barang akan naik.
Barang-barang dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak
berupaya dicegah oleh kerajaan.
Bukan kerajaan yang dapat menentu dan mengawal harga.
Ia ditentukan oleh peniaga.
Kerajaan tidak cukup polis untuk mencegah mana-mana
saudagar dan pembekal dari
menaikkan harga.
Bila kerajaan tidak beri persetujuan harga dinaikkan, maka
barang pun hilang dari pasaran.
 Buat apa pun tak jalan melainkan setuju ia dinaikkan. Bila
 naik barang pun ada balik.
Siapa juga jadi menteri, seiapa juga jadi menteri kewangan
 dan siapa juga jadi perdana
 menteri, maka belum ada yang benar-benar dapat mengawal
harga barang kerana ia
ditentukan oleh para peniaga. Sah kerajaan menjadi pihak
 yang tidak berkuasa mengawal
 harga barang dan gagal dalam membendung kenaikan harga.
Tetapi harga yang dirasakan naik itu sebenarnya bukan kerana
 ia sengaja hendak dinaikkan
 begitu saja tetapi apa yang terjadi yang menyebabkan
penggsuna terpaksa membayar
 lebih ialah disebabkan oleh nilai wang itu jatuh.
Duit seringgit 20 tahun dulu cukup untuk  secawan teh atau
 kopi susu bersama sekeping
 rota canai dan satu kuih yang lain. Tetapi seringgit hari ini
sekeping roti canai dan
 secawan kopi o tak cukup. Sekadar RM4 ribu dulu cukup bagi
seorang naik haji ke Mekah.
 Tetapi sekarang duit sejumlah itu sekarang layak untuk umrah
 kurang dari dua minggu.
Bagi yang menabung di Tabung Haji yang mencarum tetap sekian
 banyak sebulan,
 lagi lambat dia mencukupkan keperluan yang dikehendaki bagi
 membolehan dia naik haji,
 lagi lambatlah dia naik haji, sampai bila pun keperluan itu tidak
 akan cukup melainkan dia terpaksa mencukupkannya dengan
 cara lain untuk membolehkannya naik haji.
Mengapa? Kerana kerajaan tidak dapat mengawal nilai duit. 20
dan 30 tahun dulu kita
 kata Indonesia tidak dapat mengawal nilai rupiahnya. Orang yang
bertahun-tahun
menyimpan  wang untuk membeli rumah atau motokar, apabila
agak cukup simpanan itu,
 tiba-tiba nilai rupiah jatuh mendadak. Duit yang mereka simpan
 tiba-tiba nilainya tinggal
 separuh.
Sepuluh tahun dulu saya selalu ke Istanbul. Liranya jatuh setiap jam.
 Dolar Amerika yang
ditukar sebelah pagi dapat sekian banyak. Jika ditangguh hingga
 tengah hari, lebih
banyak Lira diperolehi dari dolar yang sama. Sebelah petang
 lagi banyak.
Jika ada cukup Lira untuk membeli sesuatu barang, belilah
 masa itu juga. Jika tunggu esok,
 harganya berubah dan Lira itu tidak lagi cukup.
Kerajaan Tayyib Erdogan berjaya mengawal nilai Lira.
 Liranya stabil. Tidak perlu
 menggunakan ribu-ribu dan juta Lira lagi. Harga pun sudah stail.
 Ertinya kerajaan
 yang baik dapat mengawalnya.
Tetapi di negeri kita, harga ayam dan ikan hampir
 berubah setiap hari. Ringgit yang
cukup untuk membeli seekor ayam enam bulan dulu,
 tidak boleh membelinya dengan
 jumlah ringgit yang dulu. Nilai duit sudah jatuh banyak.
Saya hendak menukar tayar. Saya sudah pastikan harganya.
 Saya tunggu hujung bulan bagi mencukupkan duit yang
diperlukan. Bila ke kedai tayar hujung bulan, harganya sudah tidak
 sama lagi.
Sekarang kita tidak mahu lagi bercakap tentang kenaikan
 harga barang tetapi lebih suka
bercakap tentang nilai duit jatuh setiap hari. Bila duit jatuh nilai,
  gaji menteri bulan ini lebih
rendah dari bulan hadapan. Di samping menimbangkan
 harga baru bagi barang keperluan,
 kabinet juga perlu menimbangkan gaji baru bagi menteri.
 Ia bukan kerana barang naik
 tetapi kerana nilai ringgit jatuh setiap hari.
Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Katanya, pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa.
Sepatutnya, ujar beliau itu tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.
Setakat hari ini, katanya Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq dan Iran.
Justeru, tambahnya tidak hairanlah bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007 hingga 2010.
Ini, katanya bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
“Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran,” katanya.
Katanya lagi, ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion di mana wang itu akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.
Ini, menurutnya alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar.
Beliau berkata, penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan