Bagi mendekati masyarakat tempatan dalam usaha menumbangkan BN Sarawak yang diterajui oleh PBB, tanggungjawab itu diserahkan kepada ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bermula dari kerusi Bengoh, kira-kira 70 kilometer dari barat daya Kuching - yang mempunyai majoriti penduduk Bidayuh, Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke lima kerusi lain sekitar pinggir bandaraya itu. Hanya sebuah, iaitu Batu Lintang adalah merupakan kawasan majoriti pengundi Cina,
Kerusi lain adalah - Demak Laut, Tupong, Satok dan Muara Tuang (di mana PAS bertanding) - adalah kawasan majoriti pengundi Melayu yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Kuching.
Namun, bukan hanya Anwar yang memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi berkenaan. Turut berbuat demikian ialah Umi Hafilda Ali,seorang saksi dalam perbicaraan kes liawat I.
Mungkin takdir yang memisahkan kedua-dua mereka daripada bertembung di beberapa lokasi, termasuk di perkampungan nelayan, Kampung Seberang Bako dan kerusi Satok yang merupakan kubu kuat PBB yang hanya satu jam perjalanan.
Mesej yang dibawa oleh Anwar adalah konsisten dan sama dengan perkara pokok yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat: “ Kami mewakili semua bangsa dan agama serta menjamin memberi keadilan untuk semua. Kami bersatu menentang rasuah, khususnya ke atas musuh negeri, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.”
Bagimanapun mereka yang mengikuti ceramahnya malam semalam akan mendapati Anwar turut menyelitkan beberapa petikan al-Quran dalam ucapannya. Beliau mengingatkan penduk Melayu / Melanau bahawa Islam menuntut keadilan dan amalan urus tadbir yang baik.
Ia dikatakan berkesan kepada masyarakat Islam.
Di Satok, ketika Anwar berceramah kepada kira-kira 1,00 hadirin, seorang daripadanya yang dikenali sebagai Fatimah Suyong, yang berusia lewat 50an memberitahu Malaysiakini bahawa 'kita mesti ingat yang kita akan dinilai selepas meningal dunia kelak'.
“Selepas dikebumikan kita akan disoal oleh Allah. Justeru, kita mesti beribadat dan tidak mengamalkan rasuah,” katanya.
Dan ketika sebuah video yang memaparkan Taib dimainkan, Fatimah menuduhnya sebagai “malaun” sebaik melihat kelibat ketua menteri Sarawak itu. Dakwanya, tanahnya diramapas tidak lama dahulu.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan