Selasa, 12 April 2011
Kad pendaftaran Jam Omega ada pada Datuk T
Bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?
Sebelum ini Dato T kata dia menemui CCTV rakaman video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim semasa mencari jam Omega apabila disuruh oleh Anwar. Kemudian dia mendakwa memperolehi jam Omega tersebut daripada pelacur yang telah mengambilnya. Bagaimanakah pelacur tersebut boleh memberikan jam Omega beserta kad pendaftarannya sekali?
Adakah Anwar membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke hulu ke hilir setiap hari?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
penjelasan yang boleh dipertikaikan !
BalasPadam