Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 28 Februari 2011

mahathir mengkhianati melayu

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

pas muktamar 55 husam musa 050609Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.
"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

melayu berkata:
melayu mahathir....mahathir melayu..
sesiapa ada dalil lagi sila kemuka..

45,000 warga india dibawa masuk

Kerajaan meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakan dari India bagi memenuhi 13 sektor di negara ini termasuk pembinaan, perladangan, restoran dan perniagaan runcit.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pengagihan semua pekerja asing itu kepada sektor terbabit dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan kemasukan pekerja asing itu selepas mendapati beberapa sektor menghadapi masalah kekurangan pekerja yang kritikal terutama di restoran dan kedai runcit.
“Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya untuk membawa masuk 90,000 pekerja asing.

“Bagaimanapun, selepas mengadakan perbincangan, kerajaan bersetuju untuk meluluskan hanya 45,000 pekerja pada masa ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Latihan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) di Wisma PRIMAS di sini, semalam.

Pusat itu yang mendapat peruntukan kerajaan sebanyak RM500,000 menyediakan latihan kepada rakyat tempatan dan pekerja asing yang baru masuk ke negara ini untuk bekerja di restoran India.

melayu berkata:
cuba teliti berita ini kemasukan ini bersamaan dengan program mydaftar pengenalan warga india tempatan yang tiada pengenalan.


sedutan berita pada 15/2/2011

4000 india tiada pengenalan

Dianggarkan seramai 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.


Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.


Kempen selama lapan hari itu membabitkan proses mendokumentasikan masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sewajarnya seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta masih memiliki kad pengenalan merah dan belum memohon status warganegara.- BERNAMA

Sabtu, 26 Februari 2011

Kelucahan melampau 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil kira bebanan kepada rakyat dalam membuat apa jua keputusan berkenaan harga minyak Ron 95 yang pada masa ini tidak akan dinaikkan.kata Najib, yang juga Menteri kewangan, memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi UMNO di sini Jumaat.


Indeks Harga Pengguna, yang merupakan ukuran inflasi, bagi Januari 2010 meningkat 2.4 peratus kepada 101.8 berbanding 99.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.


Saya tidak boleh nak kata apa-apa dari segi masa akan datang (tetapi) buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk menaikkan harga minyak," katanya


Kerajaan, katanya prihatin tentang soal belanja dan kos hidup rakyat .- BERNAMA


melayu berkata:


Ini adalah pengumuman lucah...
sesiapa yang tak faham sila tanya tukar tiub
kah...kah..kah...
nak bagi tau kat orang kampong..
najib tidak pernah  hidup susah sepanjang hidupnya...
dari bayi hingga sekarang dia hidup macam sultan..



APABILA harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun, ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.
Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95 yang diberi subsidi tinggi, berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan.
Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa buah tempat. Pada masa yang sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik.
Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.
Ada juga yang melalui pengalaman harian berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun lalu.
"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanannya lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7. Pada saya, harganya berpatutan," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.
Mungkin harga itu dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai.
Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) beranggapan harga barang tidak pernah turun.
"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata Mildred dari Sabah.
Rungutan pengguna
Seorang pengusaha gerai makanan, Siti Gayah Muhammad menjelaskan, dia menetapkan harga makanan yang dijual. "Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui.
"Harga sebiji bawang besar belanda bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar dari India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal," kata Siti sambil mengacau masak lemak cili apinya.
Walaupun pembeli merungut, dia tiada pilihan untuk memastikan masakan tetap sedap dan penjual tidak rugi.
Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga kediaman juga semakin tinggi.
Beberapa syarikat pembinaan menyatakan, projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo.
Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana kini boleh mencecah harga sehingga RM1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.
Adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjamannya sangat tinggi?
"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr. Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian rakyat Malaysia pada masa kini.
Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur dalam lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM7,000 dan RM8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya.
Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM1 juta itu diambil hari ini, akan ditolak lebih RM5,000 daripada pendapatan bersih mereka, katanya.
Ma'amor berkata, harga barang yang mahal menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis.
"Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga mesej yang salah. Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik.
"Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Ini menjadi satu bebanan baru. Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut menaikkan harga jualan mereka," kata Ma'amor.
Cuaca tidak menentu
Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban.
Tambahan pula kenaikan gaji tahunan juga tidak tetap dan lazimnya ia tidak melebihi lima peratus.
Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM95 sehala berbanding RM75 pada tahun 2010. Harga tersebut hanya kurang RM4 berbanding harga tiket promosi kapal terbang ke republik itu. Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah.
Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, kata wakil Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
"Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau, yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian. Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung dan beras.
"Apabila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat kerana bekalan yang terhad ini," kata Mohd. Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA.
Apapun, pengguna perlu membuat pilihan dengan berhati-hati ketika harga tidak stabil.
"Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalan pulih seperti sediakala, penurunan harga tidak berlaku secara mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," pesan Mohd. Yusof.
Pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik. - Bernama








Jumaat, 25 Februari 2011

utusan malaysia semakin tak laku

Utusan Malaysiamelaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.
utusan mahathir malay losing power 240910
 sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.
Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percumaUtusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

melayu berkata:
utusan ni akhbar yang tak laku
bagi free pun orang tak nak..
tisu tandas pun ada nilai..

Rabu, 23 Februari 2011

Ketua Penerangan Umno edar Surat khabar haram (Selangor Terkini)

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor dan ADUN KuangNONEmengaku bahawa beliau ada mengedar akhbar Selangor Terkini tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya. Bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.


melayu berkata:
Kalau ketua penerangan yang edar sendiri maknanya ada apa-apa.
hendakke si shukor tu edar selangor kini?
ini taktik kotor umno.... lama dah orang tahu..
kalau dah muka depan gambor Noh Omar kerja Umno le tu...
lainlah kalau Noh hujan....
syukor...syukor tak bersyukur betul..
inilah kalau wakil rakyat kelulusan setakat SPM 
otak lembab! penipu!

LIBYA SEMAKIN MERUNCING DAN TEGANG

FEB 23 -


  • Semakin ramai penyokong setia rejim Muammar Gaddafi meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.






  • Duta Libya di Amerika Syarikat (AS), Bangladesh, India dan Indonesia mendesak Gaddafi undur dengan sebahagian daripada mereka meletak jawatan dan menyatakan mereka kini berkhidmat untuk rakyat dan bukannya kerajaan Libya.






  • Ulama terkemuka Qatar, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana askar Libya yang berpeluang menembak mati Gaddafi hendaklah berbuat demikian ‘untuk membebaskan Libya’ daripada pemimpin veteran itu.




  •  Kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi terus menerima tekanan untuk berundur apabila duta-duta Libya di luar negara menyokong pengunduran tersebut




  • Muammar Gaddafi berkata, beliau sanggup mati di bumi Libya dan menganggap sebagai syahid kerana mempertahankan negaranya daripada pemberontak yang kini telah menguasai wilayah timur.




  •  Canselor Jerman, Angela Merkel menganggap ucapan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bahawa dia bertekad untuk terus berkuasa, sebagai yang sangat menakutkan kerana dia sanggup berperang dengan rakyat sendiri.
    Merkel dalam sidang akhbarnya berkata, jika Gaddafi tidak menghentikan kekejaman tersebut, Jerman akan akan mengenakan sekatan ke atas Libya. - REUTERS

     Sekurang-kurangnya 62 orang maut dalam pertempuran di ibu negara Libya, Tripoli dalam tempoh dua hari lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memetik sumber hospital, semalam.

    "Ketika Pemerhati Hak Asasi Manusia tidak dapat mengesahkan laporan ini, sumber daripada dua hospital di Tripoli berkata, sekurang-kurangnya 62 mayat mangsa pertempuran itu dibawa ke rumah mayat masing-masing," kata kumpulan yang berpangkalan di New York itu dalam satu kenyataan. - Reuter



  • melayu berkata:
    tiada mustahil revolusi rakyat asia barat bakal menular ke asia tenggara (malaysia)

    Selasa, 22 Februari 2011

    Karpal Singh buat saksi pening

    Peguam veteran Karpal Singh menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.
    NONE
    Menurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

    Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.

    Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.


    Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?


    melayu berkata:
    ayo..yo..loyar otai sudah mali....
    Seah: Tidak mustahil.

    orang umno rayu Nik Aziz berpadu dgn Umno

    Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah  berkata Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO.lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu.katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


    Abdullah Sa'amah menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' .sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini sepatutnya bekerjasama dengan UMNO.


    melayu berkata:
    Ini ustaz cap ayam...ramai (bloggers) mengingatkan berhati-hati bila terjumpa beliau.



    TS Muhyidin cadang swastakan sekolah kerajaan

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.
    lok yim pheng nutp sec gen 060905
    Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

    Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'



    Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.-Bernama 


    melayu berkata:
    Dasar Umno/ Bn menekan dan menindas rakyat..
    bila dah diswastakan nanti apa benda yang tak naik?
    yuran sekolah bakal melambung tinggi..
    ini cara umno nak kebas duit melalui pengswastaan..

    Isnin, 21 Februari 2011

    KES ANWAR: PAKAR DNA YG TAK PAKAR TAK IKUT PIAWAI

    Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    NONEBeliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

    "Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

    Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

    “Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.



    melayu berkata:
    Pakar DNA ini ikut standard M'sia....
    tak perlu ikut  piawai antarabangsa yang lapok
    bukti sudah celaru
    perlu usung langsir dan mentol
    kut kalau ada air mani terpancut di syiling lampu dan langsir...kah..kah..kah

    ALI RUSTAM: MELAKA PALING TERBAIK DIM'SIA

    Menurut ketua menteri Mohd Ali Rustam itu, Melaka mengatasi empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dari pelbagai aspek termasuk kebersihan, kadar pengangguran, kemiskinan dan kemudahan infrastruktur. {ini kenyataan paling tongong yang aku pernah dengar dari seorang menteri }merlimau
    "Yang PAS nak sibuk-sibuk ni kenapa,Ini membuktikan PAS seperti katak di bawah tempurung yang langsung tidak tahu perkembangan semasa kata Ali Rustam.


    PAS menyifatkan projek Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) berhampiran Tol Plaza Ayer Keroh yang disita sejak Ogos tahun lalu sebagai projek 'gajah putih'.


    PAS juga mendakwa mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang langsung tiada satu kapal terbang yang mendarat.[malaysia kini.com]


    melayu berkata:
    Lahabau..cilako punya ali rustam...
    buto mato ko...
    melaka adalah antara negeri tercorot dan syok sendiri dibawah ali rustam!
    malah sejak pemerintahan anak thamby chik lagi!
    penuh dengan rasuah dan songlu...
    gilo meroyan ko kato melako negeri paling maju di malaysia mengatasi selangor.
    Ali rustam ni orang asli mano? bukit katil ko cheng?
    cuba pergi ke  cheng kenapa ramai anak muda menagih dadah? kenapa ramai budak mudo takdo kojo?
    bodoh punyo ali rustam
    dahlah bodoh..nak perbodoh rakyat melako pulak!







    JUAL BONTOT KE JUAL BROADBAND?


    Jurujual celcom jual bontot

    Gambar ini diambil disebuah pasaraya Econsave di Kota Kemuning Shah Alam pada 20/12/2010
    distall celcom. Jurujual celcom ini dengan bangganya dan sengaja menayangkan bontotnya dengan baju yang stylenya begitu  dan melondehkan  seluarnya yang hampir memperlihatkan anusnya!.
    Sungguh menjelekkan dan meloyakan.

    Sabtu, 19 Februari 2011

    penulis lirik dan pelakon terkenal Bob Lokman sertai PAS

    pas rally kedah 190211 bob lokman
    Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

    Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.



    Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search.

    Jumaat, 18 Februari 2011

    Badrul kekal Adun P.Klang

    Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul HishamAbdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang.

    Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.

    Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu.

    Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

    melayu berkata:
    speaker dun negeri pakatan taada power...
    siapa yang kuasai kuasa?....

    Gelaaran Sultanah Johor ditarik balik


    Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.

    Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.

    Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.



    Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.

    Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.[cln]

    ANWAR SETUJU MAHATHIR OK POLIS KATA TIDAK



    Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan kepadanya supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. 

    “Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.

    “Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020.

    Tindakan Haniff mengiakan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang dibidas Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong, sebelum ini.

    Menurut Kia Song, kenyataan Mahathir itu hanya akan mendedahkan lebih banyak kebenaran ketika insiden itu. 

    Hanif juga berkata yang beliau pernah menemui Dr Mahathir pada tahun 1987 bersama Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Rahim Noor akan keperluan untuk melakukan tangkapan besar-besaran 

    Malah cubaan mantan perdana menteri itu menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA hanya memakan dirinya. 

    Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Mahathir itu sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.


    melayu berkata:
    kenapa beria-ia benar mahathir nie...
    seolah olah semasa pemerintahannya beliau seorang yang suci..
    yang tak baik tu kerja orang lain...
    memali kerja musa hitam..
    isa kerja polis..
    mahathir????????
    mesti ada udang disebalik batu..
    tunggu dan perhati....
    pasti ada agendanya..

    VIDEO TRAGEDI PENGKALAN KUBOR REMAJA DITEMBAK POLIS

    Khamis, 17 Februari 2011

    siapa punya airmani di spende saiful

    Saiful Bukhari Azlan memang budak pengotot dan lucah!..malaysia kini hari ini melaporkan ada kesan air mani pada seluar dalam saiful..nak ulas pun geli..silalah baca sendiri..
    keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.
    NONE
    3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

    "Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.


    3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

    "Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

    Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.
    3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

    2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah. 

    Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.
    2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

    CHUA JUI MENG KATA ADA KOMPLOT TERHADAP ANWAR


    Datuk Chua Jui Meng yang turut menghadiri prosiding tadi menyatakan hal ini tidak boleh diterima.
    Malah menurut beliau kecelaruan dokumen dari pihak Pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara ini hanya memberi persepsi wujud konspirasi fitnah.
    "Nampaknya hari ini ada kecoh sikit. Dua kali. Petang ini dokumen mengelirukan.
    "Orang ramai ada persepsi ada komplot terhadap DSAI. Buat pihak pembelaan keliru. Pendapat saya sebagai bekas peguam dan menteri ialah ini tak boleh diterima," katanya.
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekali lagi kecoh apabila pihak pembelaan menerima dokumen yang mengelirukan daripada pihak pendakwaraya.
    Menurut Peguambela Sankara Nair, Dokumen sampel DNA yang diberikan kepada pasukan peguam bela tercampur antara dua set menyebabkan pasukan pembelaan gagal mendapat maklumat sebenar.
    "Dokumen yang diberi kepada kami, dokumen DNA berlebihan. Sebenarnya dua set tapi bercampur sehingga keliru.
    "Akibatnya kita terpaksa betulkan, kalau sama (dokumen) mereka, kita tak complain(bantah) tapi kalau berlainan kita buat bantahan serius. Sekarang kita masih betulkan," katanya.
    Hal ini menyebabkan Hakim Datuk Zainudin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga esok bagi memberi peluang pihak peguambela menyusun dokumen itu.
    Dalam prosiding  petang tadi, Dr Seah menyatakan ujian DNA menunjukkan kehadiran dua DNA di seluar dalam berwarna kelabu berlabel A6.
    Pemilik DNA pertama ialah Saiful Bukhari Azlan dan kedua dinamakan sebagai "Male Y'

    melayu berkata:
    uh..ah...ih..aww...tak tau nak kata apa


    ISA: MAHATHIR SALAHKAN POLIS LAGI

    Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

    mahathir mohamad hari raya open house 2Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

    Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.

    Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.[mk]



    melayu berkata:
    sekarang ni mahathir sentiasa kata dia tiada kuasa...
    sesuatu kesalahan ...saya takbuat katanya...
    pirah....orang tua  ni dah betul-betul amnesia..