Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 27 Oktober 2010

KELDAI MALAYSIA PENGUAT TENAGA BATIN

ini kata-kata sang tukar tiub....
sering membebel tentang melayu yang dikeldaikan...
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…


woit… CUMA NAK TANYA PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MACAM MANA SINGKATNYA ETP…. kah kah kah..’

kah kah kah… INI ET LAAAAA….kah kah kah..

kah kah kah.... BOLEH CALL HOME KE…. kah kah kah..

woit… CUMA NAK TANYA…. APA JADI DENGAN KORIDOR KORIDOR …kah kah kah..

kah kah kah… ADA KORIDOR UTARA… KORIDOOR PANTAI TIMUR… KORIDOOR SELATAN… kah kah kah..

kah kah kah… APA SUDAH JADI…. ET SUDAH ANGKAT PULANG KA?...... kah kah kah

woit… TOLONG LAAA....JANGAN LAH TIPU BANI MELAYU…. kah kah kah ….

kah kah kah… KESIAN LAA PADA BANI MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah….. TANAH MELAYU DI SINGAPURA JUAL PADA CHINA SINGAPURA….. kah kah kah…

kah kah kah…. TANAH TUDM JUAL PADA CUKONG JO LO… kah kah kah..

kah kah kah…. TANAH PENJARA PUDU JUAL PADA VINCENT TAN… kah kah kah..

kah kah kah…. ANAK DI SEKOLAH DI TIPU OLEH CIK GU…kah kah kah..

kah kah kah…..AYAH DI PEJABAT DI TIPU OLEH UTUSAN… kah kah kah..

kah kah kah…. MALAM DI TIPU OLEH TV 3… kah kah kah…

kah kah kah…. PERGI MASJID DI TIPU OLEH 40 ORANG PENYAMUN… kah kah kah…

kah kah kah... BERJALAN DI PEKAN KENA PAU MAT KAMPAU... kah kah kah..

kah kah kah… KESIAN LAAA SIKIT PADA MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah.... HIDUP MENUNGGU JANJI... MATI DALAM HARAPAN... kah kah kah

kah kah kah…. PALING SEDIH SEKALI IALAH DI TIPU OLEH EEEEE…. kah kah kah…

kah kah kah… TIDAK ADA KESEDIHAN PALING SEDIH MELIANKAN DI TIPU EEEE…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK CUKUP DENGAN EEE…. ET PULAK NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah


NOTA:
kah kah kah...ETP : ET PUNDEEEEEK....
kah kah kah



saya sokong tukar tiub..tiup....

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ku Li yang sebenarnya diuji di Galas

Subky Latif   
DUN Galas akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa 60 hari selepas Adunnya Che  Hashim Sulaiman meninggal dunia pada 27 September 2010 lalu.
DUN itu mesti diisi dalam masa 60 hari kecuali kekosongan berlaku kurang dua tahun dari tempoh ia matang.
Tentunya PRK itu suatu yang amat sengit justeru Galas adalah satu DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang sejak tahun 1955 ia dikuasai Umno/Perikatan masa itu.
Baru sekali    dalam PRU 12 kubu kebal Umno Hulu Kelantan dapat ditembusi PAS iaitu di Galas. Maka PRK ini adalah ujian kepada kekuatan kedua pihak iaitu Umno dan PAS, apakah kekuatan Umno sudah mula merosot di kubu Tengku Razaleigh itu  atau PAS benar-benar sudah bertapak di situ?
Apa pun keputusannya nanti tidak banyak mengubah senario politik di Kelantan kerana yang menguasai hati nurani rakyat Kelantan pada keseluruhannya sejak tahun 1959 adalah PAS.
Dengan kekuatan dan kemahiran politik PAS Kelantan yang begitu banyak pengalaman dengan kepimpinan yang padu sejak 50 tahun lalu. Maka tiada dapat menyangka ia boleh dialahkan dalam waktu terdekat.
Justeru itu tumpuan besarnya ialah terhadap Gua Musang itu sendiri. Apakah Tengku Razaleigh masih menjadi tonggap Umno di Kelantan atau Gua Musang masih kebal dengan Umnonya?
PAS boleh dikatakan tidak ada di Kelantan tahun 1955 apa lagilah Gua Musang atau Hulu Kelantan itu tempat jin bertendang dan kawasan hitam yang dipenuhi komunis. Dengan kawasan pilihan raya peringkat Persekutuan yang luasnya kira-kira separuh dari negeri Kelantan tiada terdaya PAS untuk meletakkan calon.
Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku  Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.
Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.
Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.
Semasa Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno, Gua Musang dijadikan bahagian anak angkatnya dengan  mengenepikan Tengku Razaleigh, menjadikan Umno seperti kerbau kurus. Ia menuntut pimpinan Tengku Razaleilgh semula.
Dan Gua Musang saja, baik di zaman Tun Abdullah Badawi dan menjelang era Datuk Seri Najib mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden Umno. Tiada siapa dari Umno yang dapat menggantikan Tengku Razaleigh di Kelantan baik Anuar Musa, Mustafa Mohamad mahu Dr. Awang Adek. Tali hayat Umno Kelantan seperti ada ditubuh Tengku Razaleigh.
Tengku Razaleigh bukanlah orang yang disenangi oleh Umno Kelantan bahkan oleh Datuk Najib. Tetapi dia tidak boleh diusik di Gua Musang. Mahu tak mahu, Umno tidak boleh menamakan orang lain bagi menjadi pengarah PRK itu, bukan saja kerana  keistimewaan yang ada padanya tetapi dia adakah ketua Umno Bahagian Gua Musang.
Hancur Umno jika ketua Bahagiannya tidak dijadikan pengarah. Sama ada Ku Li masih berguna pada Umno atau tidak, beliau saja yang dapat mengimbangi kebangkitan PAS di DUN Galas.
Ku Li boleh ada dan boleh tidak ada di Manek Urai, tetapi Ku Li tidak boleh tidak ada di Galas. Kalau dia tidak ada, tidak tahulah apa harapan Umno di situ.
Dengan keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.
Gua Musang mengekalkan Tengku Razaleigh tetapi tidak terdaya menyelamatkan Galas. Justeru itu  Umno tidak yakin calon lain selain beliau untuk bertanding di Galas. Calon lain belum tentu.
PAS tahu akan payahnya menghadapi pilihan raya kecil. Walau pun banyak calon Pakatan memenangi PRK selepas PRU 12, tetapi payahnya tetap ada. Memang kehadiran Ku Li itu menambah kepayahan bagi mempertahankan kerusi itu tetapi yang benar diuji adalah Ku Li. Jika Ku Li tidak banyak membantu Umno kali, maka masa depan PAS di Gua Musang akan bertambah selesa.
 

ANWAR:PRU-13 mengejut

Penangguhan GST Tanda PRU-13
Oleh Fazli Othman (SK) 
IMG_6142KUALA LUMPUR 14
 Okt - 
Ketua Oposisi, Datuk
 Seri 
Anwar Ibrahim tidak 
menolak
 kemungkinan
 kerajaan 
Umno-Barisan
 Nasional 
sedang merencanakan Pilihan Raya Umum Ke-13 
secara mengejut apabila mengumumkanpenangguhan 
perlaksanaan cukai barangan dan Perkhidmatan (GST).


Tindakan itu katanya akan disusuli dengan pengumuman
 belanjawan pilihan raya oleh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak, esok.


"Jelas, GST adalah satu dasar yang tidak difikirkan
 dengan teliti dan selepas menerima bantahan daripada
 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat 
maka Umno-BN merasa gentar.


"Mereka tidak berani berdepan dengan rakyat dengan 
sesuatu sistem percukaian yang tentu akan membebankan
 rakyat.


"Maka, dasar flip-flop tersebut diteruskan, mula-mula 
cadang dan kemudian tarik balik," kata Anwar pada 
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
 pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Oposisi
 bangunan Parlimen


Menurut beliau, Pakatan Rakyat akan terus perjuangkan 
bersama-sama badan swadaya (NGO) yang aktif dengan 
 memberikan penjelasan kepada rakyat.


"Apa yang jelas, Umno-BN pada dasarnya menangguhkan 
bagi menghadapi pilihan raya dan jika menang, Umno-BN 
akan mengenakan cukai yang sudah tentu membebankan  
rakyat," ujar beliau.


Tambah Anwar, Umno-BN sebenarnya tidak mampu menjawab
 pandangan dan kritikan Pakatan Rakyat berhubung dasar
 yang sudah tentu membebankan rakyat terutamanya golongan 
yang tidak berkemampuan.


"Dasar yang cuba diperkenalkan itu sebenar tidak memberikan 
manfaat kepada aktiviti ekonomi dan produktiviti negara maka 
ianya dilihat flip-flop.


"Ini bukan hanya tekanan disebabkan PRK Galas dan Batu Sapi
 tetapi berkemungkinan besar disebabkan PRU-13,"
 tegas beliau lagi.


Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan penangguhan 
pelaksanaan GST atas alasan penangguhan itu membolehkan
 kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai 
pelaksanaan cukai tersebut.

Khamis, 14 Oktober 2010

Ibrahim ali cepat mengantuk dan letih

Itulah pasal! kaki tidur rupanya...cepat mengantuk dan sering letih!,,
huwa..huwa...padanlah merapu jer memanjang...
rupanya sering mimpi siang dan malam...
Ibrahim Ali...Ibrahim Ali..tak habis..habis!..

(Gambar Ibrahim Ali tak dapat disiarkan kerana meluat dan jelek disamping menghormati bulan bahasa)

malaysiakini.com melaporkan:
Ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali hari ini mendakwa beliau lambat berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah kerana kakinya kebas akibat penyakit kencing manisnya.

Beliau yang juga adalah presiden PERKASA berkata rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Beratus guru di Selangor marah Kementerian Pelajaran

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru, Lok Yim Pheng bimbang apabila maklumat peribadi dan sulit guru didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.
Beratus-ratus guru di Selangor meradang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.



 Masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.
Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.
"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.
Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.
nota: guru pun mencari keadilan...




Rabu, 13 Oktober 2010

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh 

Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat.  Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata.  Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.

Teoh Beng Hock
Kita petik dahulu peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock.  Daripada apa yang diketahui umum, Teoh Beng Hock telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam.  Mendiang telah disiasat selepas waktu pejabat selama sembilan jam sebelum ditemui mati pada jam 1.30 petang.  SPRM menyatakan bahawa mendiang kali terakhir ditemui masih hidup sekitar jam 6.00 pagi, dan menyatakan bahawa mendiang telah dibebaskan pada jam 3.45 pagi namun tiada penjelasan diberikan mengapa telefon bimbit dan barangan milik mendiang masih dalam simpanan SPRM sewaktu mendiang ditemui mati.  SPRM juga menjelaskan bahawa mendiang telah memohon untuk bermalam di pejabat tersebut.
Pelik tapi benar, seorang pembantu politik pihak pembangkang mahu berada di pejabat SPRM setelah disoal siasat selama sembilan jam berhubung dakwaan majikannya yang telah membayar RM2,400 bagi Jalur Gemilang yang ditempah untuk perayaan hari kebangsaan.  Hebat dan menghairankan, siasatan selama sembilan jam bagi dakwaan penyelewengan bagi belanja sebanyak RM2,400, agaknya selama berapa jam bekas menteri besar Selangor dan Sarawak disoal-siasat di atas dakwaan penyelewengan jutaan ringgit.  Barangkali ini harus dikategorikan di bawah penyakit tidak tahu bernisbah kerajaan Malaysia.  Apa pula yang terjadi kepada laporan penyelewengan tersebut?  Di mana hasil soal-siasat selama sembilan jam itu?
Barangkali pegawai-pegawai SPRM bekerja keras untuk memperoleh sedikit maklumat untuk memalukan pihak pembangkang, untuk diwar-warkan di muka depan akhbar-akhbar tempatan yang tidak habis menghina rayat jelata keturunan Cina dan India yang menumpahkan taat setia terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.  Apa mahu dihairankan - kerajaan yang sama juga telah mempelopori pindaan Perlembagaan 1993 yang membenarkan raja-raja Malaysia dibicarakan dalam mahkamah khas.  Rakyat juga masih ingat lagi betapa beraninya mereka menderhaka pada 2008 apabila tidak mempersetujui perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.  Tindakan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga tidak terlepas daripada perhatian rakyat, sekurang-kurangnya beliau ada "menyembah derhaka".
Wanita pertama
Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada YDPA dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus.  Baru-baru ini, ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri (gambar kanan) untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu.
Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu.  Institusi Di-Raja Malaysia bukanlah suatu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana YDPA dilantik oleh Majlis Raja-Raja.  Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri, tetapi YDPA yang melampaui mainan politik, Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata.  Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita pertama, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia.
Sukan Komanwel
Beralih pula kepada sukan Komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi India, setakat ini wira dan wirawati Negara telah berjaya mengumpulkan tujuh pingkat emas, lapan pingat perak dan lapan gangsa.  Syabas bagi mereka, kami berbangga dengan hasilnya setakat ini.  Sukan Komanwel 2010 New Delhi telah memakan belanja sebanyak USD 6.8 billion seperti yang dilaporkan oleh majalah Business Today, menjadikanya Sukan Komanwel yang termahal dalam sejarah.  Itu urusan rakyat India, tiada kaitan dengan kita namun hakikat bahawa kos tersebut boleh didapati dengan mudah membangkitkan persoalan tentang kos Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.  Sudah 12 tahun menyepi, sedangkan India boleh mempamerkan maklumat kos tersebut sebaik sahaja bermulanya Komanwel New Delhi 2010.
Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98?  Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu?  Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen?  Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini?  Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan?  Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa.  Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1Malaysia yang kian menjadi-jadi.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

nota; Rencana diatas adalah pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan malaymerdeka

seks setiap hari menambah kesihatan

Seks benar-benar dapat menyembuhkan seseorang.Hakikatnya seks dapat menyembuhkan tubuh badan dan fikiran seseorang serta dapat mencegah pelbagai penyakit.

Ada yang berpendapat seks ialah ubat terawal yang diketahui manusia dan ubat itu seharusnya diberikan setiap hari. Mari kita teliti lima alasan untuk mendorong anda melakukan hubungan seks setiap hari.


Senaman yang Hebat

Bersetubuh ialah suatu bentuk kegiatan fizikal. Semasa melakukan hubungan seksual, perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh anda adalah konsisten dengan pergerakan seksual. Kadar respitorianda akan meningkat sehingga menyebabkan anda kepenatan. Situasi itu menunjukkan bahawa kalori di dalam badan anda terbakar dalam kadar yang banyak. 
 
Misalnya, jika anda melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali seminggu, setiap sesi memakan masa 15 minit, jika dikumpulkan, anda sebenarnya telah membakar 
sebanyak 7.500 kalori dalam tempoh setahun. Jumlah kalori yang dibakar itu setaralah dengan aktiviti berjoging sejauh 120km! 

Kadar pernafasan yang laju ketika melakukan aktiviti itu dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel badan, manakala testosteron yang dihasilkan pula dapat menguatkan tulang dan otot badan.

Melegakan Kesakitan  

Kata-kata "Sayang, hari ini tidak boleh, saya sakit kepala." tidak boleh lagi menjadi alasan untuk mengelakkan hubungan kelamin.Hal ini demikian kerana ketika melakukan hubungan seks, tubuh badan lelaki dan perempuan menghasilkan hormon endorphin.  Hormon ini berfungsi sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang yang pening kepala kembali sihat selepas melakukan hubungan seksual dengan suami atau isteri masing-masing.

Suatu kajian yang dilakukan oleh terapis seks terkenal, iaitu Gina Ogden menunjukkan bahawa semasa mengalami rangsangan seksual, terutamanya ketika orgasme, kita tidak merasa sebarang kesakitan. 

Jika si isteri mencari alasan lain untuk mengelakkan seks, katakanlah kepadanya bahawa seks baik untuk sistem reproduktif  kerana pergerakan seksual melatih otot PC. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga bentuk dan kesihatan organ reproduktif wanita. Seks juga meningkatkan kesuburan, melambatkan menopause, dan meringankan gejala PMS.

Melindungi Prostat 

Sebahagian besar cecair ejakulasi anda dirembeskan oleh kelenjar prostat. Oleh yang demikian, jika anda tidak mengalami ejakulasi dalam tempoh yang lama,  maka kelenjar prostat berisiko tinggi untuk membengkak dan keadaan itu sudah tentu mendatangkan masalah yang serius. Ejakulasi secara teratur dapat menjamin kesihatan prostat anda. 

Mencegah Mati Pucuk 

Lima puluh peratus lelaki berusia 40 tahun dan ke atas menderita mati pucuk. Keadaan ini sangat membimbangkan golongan muda kerana penyakit ini mendatangkan pelbagai implikasi baik kepada diri sendiri mahupun pasangan mereka. Namun, mereka tidak perlu berasa terlalu risau kerana ubat terbaik untuk menghindari mati pucuk atau impotensi ialah... seks.
 
Melegakan Tekanan

Seks secara saintifiknya dapat melegakan tekanan seseorang.Ketika melakukan seks, tubuh badan kita menghasilkan dopamin, iaitu suatu zat yang dapat melawan hormon tekanan, selain endorphin atau "hormon kebahagiaan" dan oxytocin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.



(Atikel ini dicedok bulat-bulat dari dunia cacamarba)

tragedi bas expres; ada hantu dilebuhraya plus

Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
 Ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
(sumber KOSMO

Rabu, 6 Oktober 2010

gempar! mangsa terbaru liwat DS Anwar Ibrahim


Ini gambar Rahimi Osman yang JAMBU! yang tanda bulat!
Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio. Serangan demi serangan mereka lancarkan terhadap Anwar Ibrahim serta parti KEADILAN !

Rahimi Osman adalah ex staff pejabat DSAI yg jadi saksi pembelaan dalam kes fitnah 2. Rahimi ada buat akuan bersumpah tolak dakwaan Saiful juga dikaitkan Ezam dalam konspirasi fitnah 2.

Tengahari tadi Rahimi dah buat report polis dan sebentar lagi tepat pukul 4 petang, PC akan dilakukan.

KUNAN BERSANDIWARA LAGI

Aktor Umno yang terhangat KUNAN(gambar) bersandiwara lagi dengan rakyat melayu malaysia...

hari ini diberitakan telah warning suratkhabar UTUSAN...kah..kah..kah..
ini adalah salah satu scene dalam sandiwara tamil itu.....

"Umno telahpun memberi teguran kepada Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.'
(dipetik dari malaysiakini.com)

PERKASA YANG MASAM DAN BUSUK

Pertubuhan NGO yang dikenali sebagai PERKASA dahlah masam (perkasam )lagi busuk. Pertubuhan songkok tinggi dan senget ni ada hati nak campur sibuk dengan pemilihan PKR. Dah lah menyibuk cuba nak gula-lagakan orang dalam parti itu....aduhai perkasam...dari yang atas sampai kebawah pemimpinnya macam pondan! Agenda melayu yang dilaungkan hany strategi Presidennya untuk "ada base' bila pilihanraya nanti.
Selain mempunyai penasihat parti yang sangat senja, presiden yang gedemuk-gedebam-gendolsondol..ni adalah pulak wira (KONONNYE).. pemuda perkasam tampil membuat sokongan terbuka untuk mustafa kamil ayub..
Hai ape ke jadah menate ni...
sudah..sudahlah perkasam..jelek lagi meloyakan...
perjuangkanlah tanah KTMB di S'pore tu..barulah ada jantan..
ni berkokok macam itek...berak merata-rata..pergh...
(Gambar sang kelembai melayu songkok tinggi)
Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.
Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politikbusuk PERKASA-Umno ini," katanya.

SALAM KETEMU KEMBALI

 Dengan gembiranya dapat bersiaran semula setelah beberapa gangguan diatasi.