Rabu, 13 Oktober 2010
seks setiap hari menambah kesihatan
Seks benar-benar dapat menyembuhkan seseorang.Hakikatnya seks dapat menyembuhkan tubuh badan dan fikiran seseorang serta dapat mencegah pelbagai penyakit.
Ada yang berpendapat seks ialah ubat terawal yang diketahui manusia dan ubat itu seharusnya diberikan setiap hari. Mari kita teliti lima alasan untuk mendorong anda melakukan hubungan seks setiap hari.
Senaman yang Hebat
Bersetubuh ialah suatu bentuk kegiatan fizikal. Semasa melakukan hubungan seksual, perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh anda adalah konsisten dengan pergerakan seksual. Kadar respitorianda akan meningkat sehingga menyebabkan anda kepenatan. Situasi itu menunjukkan bahawa kalori di dalam badan anda terbakar dalam kadar yang banyak.
Misalnya, jika anda melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali seminggu, setiap sesi memakan masa 15 minit, jika dikumpulkan, anda sebenarnya telah membakar sebanyak 7.500 kalori dalam tempoh setahun. Jumlah kalori yang dibakar itu setaralah dengan aktiviti berjoging sejauh 120km!
Kadar pernafasan yang laju ketika melakukan aktiviti itu dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel badan, manakala testosteron yang dihasilkan pula dapat menguatkan tulang dan otot badan.
Melegakan Kesakitan
Kata-kata "Sayang, hari ini tidak boleh, saya sakit kepala." tidak boleh lagi menjadi alasan untuk mengelakkan hubungan kelamin.Hal ini demikian kerana ketika melakukan hubungan seks, tubuh badan lelaki dan perempuan menghasilkan hormon endorphin. Hormon ini berfungsi sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang yang pening kepala kembali sihat selepas melakukan hubungan seksual dengan suami atau isteri masing-masing.
Suatu kajian yang dilakukan oleh terapis seks terkenal, iaitu Gina Ogden menunjukkan bahawa semasa mengalami rangsangan seksual, terutamanya ketika orgasme, kita tidak merasa sebarang kesakitan.
Jika si isteri mencari alasan lain untuk mengelakkan seks, katakanlah kepadanya bahawa seks baik untuk sistem reproduktif kerana pergerakan seksual melatih otot PC. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga bentuk dan kesihatan organ reproduktif wanita. Seks juga meningkatkan kesuburan, melambatkan menopause, dan meringankan gejala PMS.
Melindungi Prostat
Sebahagian besar cecair ejakulasi anda dirembeskan oleh kelenjar prostat. Oleh yang demikian, jika anda tidak mengalami ejakulasi dalam tempoh yang lama, maka kelenjar prostat berisiko tinggi untuk membengkak dan keadaan itu sudah tentu mendatangkan masalah yang serius. Ejakulasi secara teratur dapat menjamin kesihatan prostat anda.
Mencegah Mati Pucuk
Lima puluh peratus lelaki berusia 40 tahun dan ke atas menderita mati pucuk. Keadaan ini sangat membimbangkan golongan muda kerana penyakit ini mendatangkan pelbagai implikasi baik kepada diri sendiri mahupun pasangan mereka. Namun, mereka tidak perlu berasa terlalu risau kerana ubat terbaik untuk menghindari mati pucuk atau impotensi ialah... seks.
Melegakan Tekanan
Seks secara saintifiknya dapat melegakan tekanan seseorang.Ketika melakukan seks, tubuh badan kita menghasilkan dopamin, iaitu suatu zat yang dapat melawan hormon tekanan, selain endorphin atau "hormon kebahagiaan" dan oxytocin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.
(Atikel ini dicedok bulat-bulat dari dunia cacamarba)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan