Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 15 Oktober 2010

ANWAR:PRU-13 mengejut

Penangguhan GST Tanda PRU-13
Oleh Fazli Othman (SK) 
IMG_6142KUALA LUMPUR 14
 Okt - 
Ketua Oposisi, Datuk
 Seri 
Anwar Ibrahim tidak 
menolak
 kemungkinan
 kerajaan 
Umno-Barisan
 Nasional 
sedang merencanakan Pilihan Raya Umum Ke-13 
secara mengejut apabila mengumumkanpenangguhan 
perlaksanaan cukai barangan dan Perkhidmatan (GST).


Tindakan itu katanya akan disusuli dengan pengumuman
 belanjawan pilihan raya oleh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak, esok.


"Jelas, GST adalah satu dasar yang tidak difikirkan
 dengan teliti dan selepas menerima bantahan daripada
 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat 
maka Umno-BN merasa gentar.


"Mereka tidak berani berdepan dengan rakyat dengan 
sesuatu sistem percukaian yang tentu akan membebankan
 rakyat.


"Maka, dasar flip-flop tersebut diteruskan, mula-mula 
cadang dan kemudian tarik balik," kata Anwar pada 
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
 pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Oposisi
 bangunan Parlimen


Menurut beliau, Pakatan Rakyat akan terus perjuangkan 
bersama-sama badan swadaya (NGO) yang aktif dengan 
 memberikan penjelasan kepada rakyat.


"Apa yang jelas, Umno-BN pada dasarnya menangguhkan 
bagi menghadapi pilihan raya dan jika menang, Umno-BN 
akan mengenakan cukai yang sudah tentu membebankan  
rakyat," ujar beliau.


Tambah Anwar, Umno-BN sebenarnya tidak mampu menjawab
 pandangan dan kritikan Pakatan Rakyat berhubung dasar
 yang sudah tentu membebankan rakyat terutamanya golongan 
yang tidak berkemampuan.


"Dasar yang cuba diperkenalkan itu sebenar tidak memberikan 
manfaat kepada aktiviti ekonomi dan produktiviti negara maka 
ianya dilihat flip-flop.


"Ini bukan hanya tekanan disebabkan PRK Galas dan Batu Sapi
 tetapi berkemungkinan besar disebabkan PRU-13,"
 tegas beliau lagi.


Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan penangguhan 
pelaksanaan GST atas alasan penangguhan itu membolehkan
 kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai 
pelaksanaan cukai tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan