(sumber bernama)
Terdahulu pada dialog "Wacana Kepimpinan" di Johor Bahru, Dr Mahathir berkata pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura kerana keseluruhan jambatan itu terletak di dalam wilayah Malaysia.
"Itu adalah hak kita kerana kita mahu membinanya (jambatan bengkok) di dalam wilayah kita," katanya sambil menambah keadaan berlainan jika kerajaan mahu membina sebuah jambatan lurus bagi menggantikan Tambak Johor.
"Saya jadi PM 22 tahun, rundingan dengan Singapura tiada hasil," katanya.
Pembinaan jambatan bengkok yang mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil belayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau buat pertama kali, kata Dr Mahathir projek pembinaan jambatan bengkok itu dihentikan apabila penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu terus berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus.
**************************************
Kepimpinan PM Najib terus di bidas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".
"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.
Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.
Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

(gambar kiri) kekal sebagai orang terkaya di Malaysia, dengan harta bersih bernilai USD 12 billion pada tahun 2010, USD 3 bilion bertambah jika dibandingkan dengan tahun lepas. Robert Kuok kekal pada kedudukan orang terkaya di Malaysia sejak Forbes Asia mula menyusun senarai ini pada tahun 2006.
Selain daripada itu, A K Nathan buat pertama kali memasuki senarai 40 terkaya, dengan USD 250 juta pada ranking ke-24. Syarikat Eversendai yang dikuasai A K Nathan terlibat dalam projek pembinaan bangunan terkenal, termasuk menara tertinggi di dunia yang terletak di Dubai.



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya.







