*Kenyataan media oleh Lau Weng San selaku ADUN Kampung Tunku, Selangor.
Saya mencabar ahli-ahli UMNO dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan BN untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd yang dikuasai oleh Vincent Tan.
Pada PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO mengkritik calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi. Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa berliau terlibat dalam perjudian, UMNO tidak habis-habisan mengkritik beliau.
Maka dengan itu, kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan ini.
Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali supaya berbuat demikian.
Jika tidak, ini hanya sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit UMNO dan BN, iaitu mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.
Sehingga sekarang, Perdana Menteri Najib Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja. Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram.
Pertama sekali, alasan bahawa pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram adalah tidak berasas. Contoh yang paling baik ialah aktiviti judi empat ekor. Biarpun kerajaan telah memberi beberapa lesen judi nombor empat ekor, aktiviti judi haram masih berlaku dan berleluasa. Begitu juga dengan aktiviti judi lumba kuda haram.
Oleh itu, kerajaan BN hanya berminat terhadap cukai eksaisnya yang dijangkakan agak lumayan. Mengikut kerajaan BN, nilai pasaran aktiviti judi bola di Malaysia mencecah RM20 bilion bersamaan 1.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Kalau kerajaan mengutip cukai 10% daripada aktiviti judi bola ini, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih kurang RM2 bilion setahun. Ini tidak termasuk cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada kerajaan BN setiap tahun.
Kerajaan BN memang memerlukan pendapatan ini kerana mereka gagal menguruskan sumber kekayaan semula jadi Malaysia sehingga mereka perlu memberi lesen judi bola bagi menambah sumber pendapatan mereka. Ini juga merupakan motifnya apabila kerajaan BN ingin memperkenalkan Cukai Perkhidmatana dan Barangan (GST) sebelum ini.
Malaysia tidak memerlukan lesen judi bola kerana aktiviti-aktiviti judi sedia ada sudah memadai. Pemberian lesen judi bola hanya akan membebankan masyarakat khususnya masyarakat bukan Bumiputera.
Kalau UMNO dan PERKASA benar-benar ikhlas dalam isu moral, maka mereka perlu membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan BN ini sepertimana mereka berkempen untuk menolak Zaid Ibrahim semasa PRK Hulu Selangor yang lalu.
__________________________________________
NAJIB KENA DENGARLAH - PAKLAH
Sampai bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu berdiam diri daripada mengulas isu pemberian lesen judi bola sepak walau jelas ia dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.
Ini kerana, hampir setiap malam di segenap tempat ia dibincangkan oleh semua pihak hatta mereka yang bukan beragama Islam.
Hari ini, sekali lagi Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulas isu itu dengan mencabar Umno dan Perkasa membuat pendirian dalam isu judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan BN.
Di segenap masjid dan surau khasnya di negeri-negeri yang bebas dari cengkaman BN, hampir semua kuliah agama menyentuh isu judi bola itu.
Mungkin mengetahui perkara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan agar mendengar bantahan rakyat.
Abdullah berkata demikian di Pulau Pinang semalam.
Di Surau Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, bekas tahanan penjara Amerika di Teluk Guatanamo, Ustaz Abdullah Iraq menyesali kebisuan para mufti di negara ini.
"Setiap negara ada satu mufti. Malaysia ada 13 mufti tetapi semuanya senyap sunyi bila kerajaan kata judi bola halal," kata beliau.
Kalau adapun, kata beliau, yang cakap bantah judi hanya perlahan takut ia dimarahi oleh kerajaan.
Sepatutnya, kata beliau, bantahan keras dibuat kepada kerajaan sebagaimana dibuat oleh para ulama Islam terhadap khalifah Islam zaman kegemilangan Islam dahulu.
_____________________________________________
UMNO GUNA HASIL HARAM
Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa
(gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.
Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.
“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.
Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.
“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.
______________________________________________
JUDI BERI KESAN BURUK KEPADA SUKAN
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, judi sukan jika terus dibenarkan akan memberikan kesan lebih buruk terhadap prestasi sukan di negara ini.
Bercakap kepada media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut baru-baru ini beliau berkata, tidak mustahil perlawanan apa sahaja jenis sukan di negara ini akan dibeli oleh tauke-tauke judi untuk mengaut keuntungan.
"Tidak mustahil orang boleh beli perlawanan, boleh beli pemain, bahkan boleh beli keputusan.
"Ianya akan mengekalkan trend merudum prestasi sukan negara," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesan terhadap sukan negara ekoran tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia yang akan berlangsung Jun depan.
Beberapa sukan utama negara katanya kini kian merudum sehingga Malaysia agak ketinggalan di pentas antarabangsa.
Mengulas lanjut beliau berkata, judi juga tidak akan melahirkan generasi yang berdikari, sebaliknya hanya menularkan tabiat malas berusaha dan membiakkan wabak ketagih judi dikalangan masyarakat.
"Ia tidak akan melahirkan generasi berdikari, tidak melahirkan masyarakat yang harmoni, sebaliknya melahirkan masyarakat yang bergantung nasib di meja judi dan jika kalah, mengakibatkan berlakunya jenayah," katanya.
____________________________________
PEMIMPIN YANG TIDAK ISLAMIK
Kerajaan digesa mendengar pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan mengkaji semula kebenaran lesen judi bola sepak baru-baru ini.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof
(gambar), berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdullah yang meminta kerajaan mendengar pandangan rakyat berhubung perkara itu sebelum ianya dilaksanakan.
Menurut Abdullah lagi, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri berkata, bantahan terhadap lesen judi ini bukan retorik semata-mata sebagaimana yang didakwa pihak tertentu sebaliknya ia mengenai soal agama dan tanggungjawab umat Islam.
“Pemimpin Malaysia yang pernah mendakwa negara ini sebagai sebuah negara Islam seharusnya sejak awal lagi tidak bercadang mengadakan lesen judi, apa lagi untuk meluluskannya,”ujarnya.
____________________________________________
BENTERAS JUDI
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengulangi desakan agar pemberian lesen judi Piala Dunia 2010 oleh kerajaan pusat kepada Kumpulan Berjaya ditarik balik.
Menurut presidennya, Muhammad Razak Idris, Abim berpandangan bahawa sudah tiba masanya kerajaan memberi penjelasan secara terbuka sebagai reaksi kepada keprihatinan, desakan dan bantahan yang disuarakan oleh banyak pihak.
“Abim menyokong kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru-baru ini menggesa kerajaan menilai semula pemberian lesen tersebut.
“Siri-
siri bantahan serta kenyataan-kenyataan keprihatinan tersebut, memberikan mesej yang jelas kepada pimpinan negara bahawa masyarakat Malaysia memandang berat implikasi dan kesan negatif pertaruhan judi ini kepada masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Abim juga telah menghantar memorandum keprihatinan kepada para mufti di seluruh negara sejak seminggu yang lalu sebagai usaha menggesa kerajaan menarik balik pemberian lesen berkenaan.
“Dari pemerhatian pihak Abim, aktiviti-aktiviti pertaruhan serta perjudian haram sudah mula berleluasa menjelang kejohanan yang bakal menjelang nanti.
"Abim yakin tindakanlegalization – iaitu mengiktiraf secara sah di sisi undang-undang sesuatu aktiviti haram (seperti kes pertaruhan judi) yang tidak mampu dikawal melalui penguatkuasaan undang-undang dan permintaan berterusan di pasaran gelap tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan sebaliknya, ia memberikan pengiktirafan kepada sesuatu yang illegal hanya kerana kegagalan kita mengawalnya.”
Katanya, Abim juga menggesa umat Islam di seluruh negara agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian serta pertaruhan memandangkan ia hanya akan meruntuhkan sahsiah individu, serta keutuhan institusi keluarga, masyarakat, dan secara khususnya, sistem ekonomi.
“Sebarang aktiviti perjudian serta pertaruhan adalah haram di sisi Islam. Ia jelas mendatangkan kemudaratan kepada institusi kekeluarga, masyarakat dan rakyat terbanyak,” katanya.
Menurut Razak, berdasarkan kepada prinsip berkenaan, Abim membantah sekeras-kerasnya usaha untuk membudayakan unsur-unsur perjudian di kalangan setiap lapisan masyarakat di negara ini
__________________________________________
MB ZAMBERY PUN TAK SUKA JUDI HARAM
Orang Islam tidak boleh kata judi halal: Zambr
MENGLEMBU – Prinsip saya sebagai orang Islam tetap tidak boleh mengatakan judi itu halal, haram tetap haram, demikian tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditanya mengenai perhimpunan aman membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group yang dianjurkan oleh Pas, Jumaat lalu.
“Jangan kata saya sebagai Menteri Besar, saya akan menghalalkan semua, ia tetap haram,” katanya kepada media selepas merasmikan Pertandingan Futsal Puteri UMNO peringkat negeri perak di Sports Planet di sini.
___________________________________________________
Lesen judi: PAS pohon Raja Melayu
campurtangan |
|
PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Raja-raja
Melayu melaui Penyimpan
Mohor Besar Raja-raja bagi memohon campur tangan baginda
dalam isu pemberian
lesen judi bolasepak.
Memorandum
berkenaan
disampaikan
kepada Tan
Sri Engku Ibrahim
Engku Ngah.
Menurut Naib
Presiden PAS,
Datuk Mahfuz
Omar yang juga
ahli parlimen
Pokok Sena,
pemberian lesen
bagi membolehkan
pertaruhan
bolasepak akan membawa
padah
kepada rakyat, khususnya golongan muda. |
|
"Kelab bolasepak dan pemain mereka menjadi idola remaja, jadi
kita bimbang tindakan
kerajaan itu akan membawa padah kepada golongan muda,”
katanya.
Menurut Mahfuz, alasan kerajaan pemberian lesen itu
bertujuan menghindarkan kegiatan
pertaruhan secara haram juga tidak dapat diterima.
__________________________________________
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa kerajaan
Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan |
|
meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat
kepada masyarakat Islam. Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi
sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya
tidak berbangkit .
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan