Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 18 November 2011

Rahsia Ezam M.Noor terbongkar ...pecah tembelang!

Dulu Ezam M.noor sangat di kagumi kerana dianggap pejuang rupanya dia macam cibai..pundek!..haprak. .lebih busuk dari najis!
Syed Husin Ali mendedahkan dalam buku terbaru tulisannya  “Memoir Perjuangan Politik” kenapa Ezam jadi pembelot.
 ‘Alasan Ezam keluar parti’ – ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.” Lapor Malaysiakini.
“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isteri saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.
Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha KEADILAN Selangor.
“Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.
Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya “dibeli oleh pemimpin Umno”.
“Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.
“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Khamis, 17 November 2011

SRK Jalan Kebun perap duit bantuan RM100

Kebanyakan sekolah-sekolah diseluruh negara telah mengagihkan habuan rakyat RM 100 untuk anak sekolah mulai Selasa. Namun sebuah sekolah rendah diKelang tidak membuat agihan tersebut. Tinjauan mendapati ramai ibubapa keliru, resah dan tertanya-tanya kerana semua sekolah telah hampir selesai membuat pengagihan sedangkan musim persekolahan berbaki beberapa hari lagi.
Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Kelang Selangor masih tidak berbuat apa-apa dan tidak menampakkan sebarang tanda pengagihan wang trersebut sehingga kehari ini.
Sidang pengarang menerima beberapa e-mail menyatakan kebimbangan ibu-bapa yang masih tidak mendapat habuan tersebut.Pihak  telah cuba dihubungi dan memberikan  jawapan menyatakan hanya selepas 22Nov atau selewat-lewatnya pada bulan February?
Menurut Guru Penolong Kanan Pn. Hashimah ini kerana gurubesar belum balik dari menunaikan haji dan menyatakan pembayaran kepada ibu-bapa hanya  melalui cek.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan 'cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA

Selasa, 15 November 2011

Shahrizat jALIL disondol kawan dan lawan

Rupanya ada dikalangan MP Umno dan beberapa menteri tidak perasan menteri jaga wanita dan budak Shahrizat Jalil telah dianugerah Projek luarbiasa jutaan ringgit dan curahan wang yang sebegitu banyak.
Setelah dihuru-harakan isu tersebut oleh puak pembangkang barulah mereka terjaga. Itu pun setelah terbongkar oleh Audit Negara dan disusuli risikan penyelewengan oleh parti pembangkang. Bukannya SPRM atau polis yang risik.
Alkisah Shahrizat Jalil dah pasing projek lembu kepada suami tercintanya. Tapi kerana sengal dan gelojoh suaminya urustadbir kantoilah projek tersebut. Mulanya orang Umno sendiri tak kisah pasal lembu ni..sebab mereka pun kaki songlap juga..tapi bila duit lembu dibuat kandang dikondo mewah mereka pun dah mula meracau meraban. Sebab tak sangka kesitu perginya..kalau setakat enjin jet buruk F5E hilang buat tak nampak je. Tapi kes shahrizat lembu ni dah menjolok mata..waima rasa jelouspun ada juga.
Malah ini pun kesempatan bagi suku puakUmno yang memang berhasrat nak jatuhkan Shahrizat.
Maka Usia politik Shahrizat macam lembu juga..tiba masa untuk disembelih..terkorban jua.
Shahriuzat berhadapan sondolan rakan dan lawan......

menteri ngantok si menteri sembab

mantan PM Malaysia yang paling letih dan lembik Dollah Badawi berkata menteri Shahrizat lembu tak perlu letak jawatan. Pak Lah ialah Pm yang meluluskan projek tersebut kepada Shahrizat.
Bekas PM ini tiba-tiba mengigau...atau pun masih lena diulit mimpi. Kenapa tak boleh salahkan Shahrizat Pak Lah?...Jawapan Pak Lah kerana Shahrizat bukan CEO NFC.
Aduh memang meletihkan bapak mentua KJ ni..menantu dengan bapak sama!... beri alasan macam orang tak pergi sekolah!Sepatutnya bekas menteri perdana inilah yang bertanggungjawab..kenapa beri projek kepada mangkuk hayun lanun.?
Sementara bakal PM, Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin juga berkata Shahrizat jangan letak jawatan.
Katanya itu bisnes keluarganya. La..pak menteri ni pun kuat gebang juga rupanya..
Kenapa beri projek kepada keluarga Shahrizat? Muhyiddin adalah menteri yang bertanggungjawab sebagai menteri  industri asas tani! ketika projek ini diluluskan kepada kroni Shahrizat.
Kalau orang tak sekolah pun boleh agak kenapa kedua-dua menteri cikai ni kata sedemikian. Sebabnya mereka berdua adalah menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut.
Isu ini adalah sebagai tembakan dari team Najib kepada Muhyidin...jangan lawan towkey!

Semakin ramai melayu jadi munafik di P.Pinang

Kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid sekitar P,Pinang. VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid minggu lalu ketika hendak menunaikan solat jumaat. 
Ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.NONE
Pengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim (sedang mengadakan hubung seksual)  dengan seorang wanita.
Mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral.