Jumaat, 19 September 2014
Haron Din dikejar Hantu

BicaRA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Misi bee end berjaya..pakatan. sudah mula goyah
" Anwar Ibrahim ni , orang yang mempunyai kelayakan menjadi perdana menteri , dan dia ni , bekas menteri kewangan , dia tahu selok belok , dia mempunyai pelajaran , dia dikenali antarabangsa , memang layak dia jadi perdana menteri...tiba-tiba orang taknak beri dia jadi perdana menteri , macam-macam ikhtiar , macam-macam sekatan dibuat .. Allah Taala akan jahanamkan orang jahat ni , InsyaAllah " - Nik Aziz
Geng ulama mudah kow tim...Berkopiah satu sandiwara
Tapi jiwa penuh busuk
Kalau kita perhati betul betul...Baru kita nampak
Manusia biasa lagi baik...Dari golongan berpelajaran
Dari golongan cendiakawan...Dari golongan politik tikus
Dari golongan ilmu dan wan...Semua pakat pakat jual
Semua pakat pakat beli...
Apa lagi mau jual ?
Semua sudah pun dijual beli
Jawatan pangkat kedudukan
Semua nak jadi free loading company
Negara ini sepatutnya aman damai
Sapa buat kacau
Sapa buat onar
Sapa memburuk.buruk
Sapa berbuih buih mulut
Macam diserang jet israel ?
Sandiwara berterusan
Hakikatnya cukong pasti untung
Politik dan tikus terus berkuasa
Kroni terus mendapat projek
Ketua bahagian terus dapat habuan
Inilah budaya malaysia boleh
Jangan cuba ubah
Status quo kena jaga
HARON DIN: KAJI SEMULA KERJASAMA DALAM PAKATAN
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.
FACE BOOK
Bagi Tulang Besi, kenyataan Harun Din ini adalah petanda bongkak dan sombongnya "ulama" dalam PAS.
Sudah tau mereka melakukan khianat dan dengki, mahu pula berlagak seolah mereka berada di pihak yang benar.
Padahal berjuta rakyat Malaysia nampak betapa jahatnya pengkhinatan segolongan "ulama" dalam PAS.
Nasihat saya pada HArun Din, bangkai gajah takkan boleh ditutup dgn daun nyiru.
Di zaman IT dan Internet ini, pembohongan dan pengkhianatan ulama dlm PAS akan terus diingat dan dicemuh oleh jutaan manusia di Malaysia ini.
Khamis, 18 September 2014
Upacara Perlantikan MB sELANGOR PADA sELASA dEPAN

Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.mK
Presiden PAS terlalu lemah dan berdolak dalik - Dr Mujahid yusof Rawa

Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar Pakatan terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-dalam-bahaya-bila-dolak-dalik-dalam-krisis-mb-selangor-kata-mujahid#sthash.uRGpUgsV.dpuf
Langgan:
Catatan (Atom)





