Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Khamis, 18 September 2014
Presiden PAS terlalu lemah dan berdolak dalik - Dr Mujahid yusof Rawa
Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar Pakatan terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-dalam-bahaya-bila-dolak-dalik-dalam-krisis-mb-selangor-kata-mujahid#sthash.uRGpUgsV.dpuf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan