Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 15 September 2014

gempa bumi bakal melanda malaysia


LEMVUNO SHOW hanya di PRK PENGKALAN KUBOR! Serbasalah pengundi.. kahkahkah










Oleh: NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 15 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berterima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang...
SukaSuka ·  ·  · 2513


Haji Hadi kata beliau ada kuasa untuk menentukan siapa yang layak jadi MB..surat dari istana ditujukan kepada ketua parti,bukannya mana2 ajk pas pusat..oleh itu beliau berkata, sebagai presiden parti ,beliau ada hak untuk memberi kata putus ..ahli2 parti serta ajk pusat hanya perlu wala dan taat kepada keputusannya...



Ekonomi Malaysia antara terbaik dunia
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini antara yang terbaik di dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.4 peratuspada kedua suku, disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan kekuatan berterusan dalam permintaan domestik swasta.

"Malaysia dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai model ekonomi,dengan pertumbuhan ekonominya antara yang terbaik di dunia pada kadar 6.3 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," kata beliau.

Komen Tukar tiub (hishamudin rais):
ekonomi malaysia
antara terbaik dalam dunia
ya ampopoooon
macam mana agaknya
ekonomi negara yang kurang baik

ekonomi malaysia ini penuh rasuah
bangunan runtuh rantah
kerja asalkan siapa
kertas pereksa bocor
hakim boleh dibayar
ya ampoooooon
kalau ini baik
ya maulanaaaa
seksanya hidup ini

KAH KAH KAH


KAH  KAH KAH

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tindakan segelintir pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dikatakan sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran ganjaran kepada pemberi maklumat dipercayai menjadi antara punca sindiket penyeludupan rokok dan arak semakin berleluasa.


Satu sumber mendedahkan, pegawai tersebut bertindak demikian kerana telah menerima imbuhan daripada sindiket penyeludupan barangan itu dan sekali gus melindungi kegiatan haram tersebut.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemberi maklumat berasa tidak puas hati dan mengambil keputusan berhenti menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa kerana ia melibatkan soal keselamatan serta perbelanjaan mereka.

CARI FAIL TAK JUMPA


Khalid perlu dedah perjanjian air untuk kepentingan Selangor, kata pengkritik


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan pemerhati rasuah mahu butiran perjanjian RM7.45 bilion mengenai industri air Selangor didedahkan kerana bimbang kepentingan awam dijejaskan Abdul Khalid Ibrahim

MUKTAMAR PAS BAKAL SINGKIR HJ HADi
mustahil hadi
akan diketepikan
tapi kalaau pasma berjaya
rakyat teragganu juga
yang untung
terangganu akan dapat
seorang lagi nelayan
KAH KAH KAH

Anak Nik Aziz Iktiraf Bekas Ahli PAS ‘syahid’ Di Syria

Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiktiraf Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin sebagai syahid. – Gambar fail, 15 September, 2014. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengiktiraf Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin sebagai "syahid" apabila terkorban ketika berperang di Syria menentang tentera pemerintah Bashar Al-Assad.

Kenyataan itu dikeluarkan ahli Parlimen Pasir Mas itu di laman Facebooknya dengan memetik kenyataan Lotfi dan memuat naik anekdot perbualan terakhir Lotfi dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik.
 

"SEBAB DSWA TIDAK BOLEH JADI MB IALAH BIARLAH RAHSIA"-Stopa Ali

Sabtu, 13 September 2014

TERBARU: Presiden PAS taja pertunjukan SARKAS Perdana

Kemelut jawatan menteri besar Selangor semakin kusut dengan kenyataan terbaru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tetap mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebagai jalan menyelesaikan semua masalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014.


Kemelut jawatan menteri besar Selangor semakin kusut dengan kenyataan terbaru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tetap mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebagai jalan menyelesaikan semua masalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014. 



Kemelut jawatan menteri besar Selangor bertukar menjadi aksi sarkas dan hari ini keseluruhan episod bertukar menjadi tidak munasabah.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan kemungkinan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar semasa pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP, PKR dan PAS.
"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan berkonflik antara PKR dan DAP satu hal yang lain. Namun, idea itu sendiri adalah tidak masuk akal.
Satu, Hadi tidak layak memantau Khalid yang sudah dipecat daripada PKR kerana kedegilannya.
Tingkahlaku presiden PAS itu juga mencerminkan dirinya sebenar, seorang yang tidak menepati janji.
Persoalannya, adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu juga enggan mendengar nasihat sesiapa pun dalam partinya sendiri, mengambil contoh dalam isu serius seperti pembinaan lebuh raya dan penstrukturan air di Selangor.
Kedua, rekod Hadi semasa memimpin kerajaan negeri adalah lebih buruk. Beliau menjalankan tugas dengan buruk semasa menjadi menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun wujud perpecahan dalam Umno.
Ditambah dengan sokongan membuta-tuli beliau kepada arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS pada 2013, pada ketika PR memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.
Dan bukankah Hadi, menjadi pemimpin PAS yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor jika ditekan untuk memastikan sokongan kepada Khalid?
Oleh itu, dimana logiknya Hadi boleh memantau Khalid dan memastikan PR kekal memerintah Selangor pada masa depan?
Aksi akrobatik politik Hadi dalam kemelut di Selangor menjadikannya daripada watak sampingan kepada watak utama. Membenarkan beliau bertindak mengikut caranya akan hanya menjadikan PR bahan jenaka kepada rakyat Selangor.
Dan satu-satunya pihak yang akan mentertawakan mereka adalah Barisan Nasional (BN), sama seperti mereka lakukan di Terengganu pada 2004 dan Kedah pada 2008. – 13 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aksi-sarkas-krisis-selangor-hadi-pantau-khalid#sthash.nQ5tdXy2.dpuf

Haji Hadi semakin tenat

.
...., tapi kalau ulama pun berpuak2, khianat, tuduh pil kuda, tuduh PSM bertuhankan karlmark, langgar perjanjian, jual projek balak, rembat duit lynas, buat projek atas angin body trelar, nak jentik org bukan islam DAP, nak kekalkan MB sebab nak jaga periuk nasi menantu hantu, takut derhaka pada firaun, mulut kata taknak perpaduWang tapi hati berkobar nakkan perpaduWang, merendahkan martabat wanita, samalah seperti vincent tan jadi imam masjid negara..-erapasca



Presiden PAS mahu Khalid kekal MB Selangor, kata Nik Nazmi


13 Sep — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat…
Majlis Syura "ulama" akui 2 adun PAS yg "khianat" itu penyebab gagal PerpaduWang. 13 adun PAS + 1 adun BEBAS + 12 adun UMNO, tidak cukup untuk bentuk kerajaan PerpaduWang diselangor. 

Akta Hasutan: AG terpaksa?

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara sepatutnya tidak menggunakan budi bicara beliau secara sewenang-wenangnya untuk mendakwa kes jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara sepatutnya tidak menggunakan budi bicara beliau secara sewenang-wenangnya untuk mendakwa kes jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014. Tekanan sesetengah pihak mungkin menjadi punca Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pembangkang, bukannya kerana melaksanakan undang-undang secara tegas, kata bekas Peguam Negara.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman mengambil contoh tindakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, R S N Rayer yang didakwa atas dua pertuduhan baru-baru ini.
Abu Talib berkata banyak kritikan dibuat terhadap peguam negara apabila Rayer di bawah ke mahkamah, tetapi tidak didakwa.
"Adakah kerana ada pihak yang meminta dia (Gani) untuk bertindak (memfailkan pertuduhan terhadap Rayer)? Saya tidak tahu. Harapnya tidak," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, bukan sahaja Rayer yang didakwa, tetapi ramai wakil rakyat pembangkang dan aktivis juga didakwa.
"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana peguam negara kini yang juga pendakwaraya, patut bertindak berdasarkan undang-undang yang sesuai serta bukti yang kukuh.
Abu Talib berkata Perlembagaan Persekutuan memberi pendakwaraya budi bicara yang mutlak sama ada untuk memulakan, menjalankan atau meneruskan kes jenayah, tetapi ia perlu digunakan dengan bijaksana.
"Terpulang kepada anda berdasarkan bukti dan undang-undang yang sesuai, bukan mengikut suka hati sendiri atau disuruh pihak lain," katanya.
Beliau berkata jawatan peguam negara merupakan kedudukan yang penting bagi kerajaan.
"Peguam negara perlulah matang dan berminda adil, bukannya beremosi," kata Talib, menambah mendakwa seseorang berdasarkan pendapat sendiri adalah perkara serius kerana ia mengubah seluruh hidup mereka.
"Orang ramai akan memandang serong kepada kita walaupun selepas mengaku tidak bersalah," tambahnya.
Pada 27 Ogos, Rayer yang juga seorang peguam didakwa dengan dua dakwaan berasingan di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan kontroversinya "celaka Umno" pada 20 Mei semasa sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang.
Rayer juga didakwa kerana mengulang kenyataan "celaka" kepada hadirin semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Jalan Delima pada 22 Mei.
Ahli Umno mengadakan protes di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di mana mereka menyerbu masuk ke dalam dewan, mencari wakil rakyat itu.
Ini diikuti bantahan di luar ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur dan di pejabat DAP di Kuantan, Pahang.
Rayer sepatutnya didakwa pada 19 Jun, tetapi Pejabat Peguam Negara tidak melakukannya. Tiada alasan yang diberikan atas penangguhan tersebut.
Turut didakwa menghasut adalah Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR), ahli Parlimen Shah Alam yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad.
Pada 2 September, profesor undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom didakwa dengan hasutan berdasarkan kenyataan dalam artikelnya tentang krisis perlembagaan Perak yang dilaporkan dalam portal berita pada 14 Ogos.
Ahli politik Sabah David Orok didakwa di bawah akta yang sama pada 3 September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad di dalam Facebook dua bulan lalu.
Seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein mengaku tidak bersalah pada Rabu kerana membuat kenyataan berbaur hasutan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Facebook November tahun lepas.
Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh disaman sehingga RM5,000 atau dipenjarakan maksima tiga tahun, ataupun kedua-duanya.
Bagaimanapun, wakil rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika mahkamah menjatuhkan hukuman RM2,000 atau lebih, ataupun tempoh penjara sekurang-kurangnya setahun.
Semalam, peguam hak asasi manusia Edmund Bon berkata dia juga sedang disiasat atas kenyataan yang dibuatnya dalam artikel pada Januari.
Ditanya jika patut bagi pendakwaraya mendakwa seseorang lama selepas kesalahan dilakukan, Talib berkata, "Tiada tempoh masa yang mengikat bagi sesuatu jenayah yang dilakukan, tetapi ia tidak digalakkan untuk mendakwa melainkan terdapat bukti yang amat kukuh."
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadapi dakwaan memfitnah kerana membuat kenyataan menghina tentang Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan negara pada April 2012.
Nizar didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada 25 Ogos. – 13 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adakah-peguam-negara-tertekan-dengan-jumlah-dakwaan-hasutan-tanya-abu-talib#sthash.3zpd4AMO.dpuf