Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 31 Januari 2010

Pikat memikat

Berita ini dipetik dari laman web Malaysiakini


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail
Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

NONE"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

buah pala high chaparral vigil 200609 yusmadiKatanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.



---------------------------------------------




KDN pantau blog, laman web

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

"Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.




Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau sudah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan laman web yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

Sabtu, 30 Januari 2010

Zaharin marah Lim sebab tender

Rumah Terbuka Aidilfitri YB Dato' Zahrain 1 Syawal di kediaman beliau
PULAU PINANG, 30 Jan (Bernama) -- DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

"Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

-- BERNAMA





_____________________________________________


KU LI SOKONG NIK AZIZ




Tindakan Ku Li Ubah Pendirian Mengenai Royalti Minyak Mengejutkan - Rais
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada hari Sabtu melahirkan rasa amat terkejutnya dengan perubahan pendirian bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang Kelantan berhak mendapat royalti minyak berbanding pendiriannya sebelum ini.

Beliau berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat pada Oktober 2000, dan kenyataan terbarunya itu mengelirukan rakyat, terutama penduduk Kelantan.

Rais berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royaliti minyak yang dibuatnya semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada Khamis lepas yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 31 Okt 2000, media melaporkan Tengku Razaleigh berkata daripada segi undang-undang, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing.

Oleh itu, Tengku Razaleigh yang merupakan pengerusi Petronas pada tahun 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada kerajaan negeri terbabit, termasuk Terengganu dan Kelantan, berkata pembayaran wang hasil minyak oleh Petronas kepada kerajaan negeri terbabit bukan diberi kerana ada dasar ianya hak negeri terbabit.

Kenyataan itu dibuat oleh Tengku Razaleigh bagi mengulas pembayaran wang ihsan yang dipertikaikan oleh anggota PAS pada persidangan Dewan Rakyat.

Rais berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada tahun 2000 itu amat nyata bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak di bawah Akta Petroleum 1974, dan " apabila Ku Li ubah pendirian dua malam lalu, ini satu perkara yang sangat mengejutkan bagaimana beliau boleh sanggup tukar pendirian benarnya yang dilahirkannya akhir Oktober 2000 dengan semata-mata berhadapan dengan ribuan orang."

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh itu mengelirukan rakyat, terutama sekali di Kelantan yang harus diperbetulkan kedudukannya daripada segi undang-undang iaitu negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing, katanya.

"Bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang Persekutuan berhak.

"Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara. Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya," katanya.

"Sekiranya hendak jadi orang tengah tidak menjadi masalah, tapi saya berharap beliau tidak kemukakan tuntutan dan pandangan bagi pihak PAS dan parti pembangkang kerana beliau masih Ketua Umno bahagian Gua Musang, dan saya berharap rakyat faham keadaan sebenar," katanya.

Di BACHOK, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan terkilan dengan kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Beliau berkata ketika kerajaan pusat memberikan wang ihsan bagi menggantikan royalti minyak kepada Terengganu ketika diperintah PAS pada 1999 hingga 2004, Tengku Razaleigh ketika itu antara tokoh yang lantang menyokong keputusan kerajaan pusat.

"Ketika itu Ku Li (Tengku Razaleigh) menyokong pendirian kerajaan pusat memberi wang ihsan kepada Terengganu tetapi apa yang berlaku sekarang disebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Muzakarah Ahlu Sunnah Wal-Jamaah Parlimen Bachok.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan Tengku Razaleigh yang disiarkan oleh beberapa akhbar pada akhir tahun 2000 dan awal tahun 2001.

Katanya ini termasuk laporan Berita Harian keluaran 1/11/2000 antara lain melaporkan bekas Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa bayaran yang dibuat Petronas kepada kerajaan Terengganu sejak dulu lagi bukan royalti minyak.

Dr Awang Adek turut mengedarkan beberapa keratan akhbar lain yang menyiarkan laporan yang hampir sama iaitu New Strait Times Press (NST) dan Utusan Malaysia bertarikh 1/11/2000, Berita Minggu (12/11/2000) dan Berita Harian (12/3/2001).

Katanya berdasarkan hakikat itu Tengku Razaleigh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang pernah beliau buat demi untuk Umno Kelantan yang diasaskannya.

"Umno Kelantan sinonim dengan nama beliau dan kita kalau boleh tidak mahu menyanggah kenyataan beliau yang kami anggap sebagai seorang guru," katanya.

-- BERNAMA


Jumaat, 29 Januari 2010

Hassan Ali aset Haji Hadi

DrHassanAli 047 by 3ir

Seperti yang di jangka keputusan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Hassan Ali hanya berupa amaran. Manakala Khalid Samad digantung selama enam bulan.
Pas tidak berani mengusik Hassan Ali kenapa?
Haji Hadi, Hassan Ali, Nasharudin Isa dan Mustafa Ali adalah kumpulan UG. Siapa berani usik.
Tahniah diatas keputusan yang adil tersebut. Keputusan yang tiada ketegasan. Keputusan pondan. PAS tidak berwibawa. Maka  percayalah semakin merosot sokongan kepada PAS.

Khamis, 28 Januari 2010

Khalid Ibrahim sombong



MB Khalid Ibrahim dikatakan seorang yang sombong dan tidak mendengar pandangan orang bahawahannya.
Dakwaan ini dikatakan oleh bekas AJK cabang Kuala Selangor yang keluar parti.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak awal lantikan TS Khalid sebagai MB Selangor ianaya sudah mula tersebar. Malahan beberapa orang golongan yang berjuang sebagai reformasi juga mendakwa hal yang sama. Pada tahun lepas juga telah berlaku satu demonsatari di Gombak meminta TS Khalid meletak jawatan oleh kalangan ahli yang tidak berpuashati selepas penggantungan pegawai MB.
Karektor TS Khalid memang sudah menjadi khabar angin sejak lama terutama ahli PKR.
Apakah ini sesuatu yang benar?
Melihat beberapa keadaan anggapan itu semakin boleh dipercayai walaupun meragukan .
 Perletakan jawatan beberapa AJK cabang sebenarnya bukanlah dakyah atau dalang punya kerja. Dalang tidak mampu untuk mempengaruhi sebegitu ramai AJK. Jika diliohat ADUN port Klang
Badrul Hisham juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap MB Selangor ini. MB Khalid didakwa sangat tidak memperdulikan pandangan orang lain.
Apakah TS Khalid tidak menyedari hal ini.  Kajian oleh Merdekacentre baru-baru ini juga menyatakan kemerosotan sokongan terhadap MB selangor.

Rabu, 27 Januari 2010

MP meracau

Walaupun diarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan media dalam tempoh sebulan siasatan
YB Zulkifli Nordin berkeras dengan keangkuhannya. Inilah apabila seorang pemimpin loyar buruk semakin
naik tocang. Atas landasan apa beliau bersikap sedemikian? Beliau menegaskan mahu memperjuangkan Islam tetapi tatacara sebagaimana?
Zul Nordin memperlihatkan watak yang bongkak dan tiada toleransi. Atas sifat peribadi atau sebagai MP PKR beliau terus-terusan membuat populariti bermotifkan kepentingan peribadi.
Adakah begini ciri pemimpin? Beliau dilihat tidak berkemampuan menjadi pemimpin. Beliau tiada sikap bersatu arah. menghuru-hara dan ada unsur memecah-belah perpaduan walau atas alasan apa sekalipun. Jika isu Allah yang didendangkan adalah malang bagi YB Zul yang terjerat dalam permainan isu politik  Rendah benar tahap pemikirannya.
Lihat bagaimana para cerdik pandai agama mengulas isu ini. Lihat bagaimana TG Nik Aziz contohnya menangani  isu Allah ini.
Pemimpin harus tahu menilai isu-isu tertentu dan menghalusi serta membaca rentak semasa.
Nyatalah mutahir ini menyerlah bahawa YB Zulkifli Nordin memang tidak layak sebagai pemimpin waima
sebagai wakil parlimen PKR .

"Saya Tidak Akan Tunduk" - Zulkifili Noordin

PETALING JAYA: Walaupun Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Zulkifli Noordin supaya 'tutup mulut' atau berhenti daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.


Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas bahawa sebagai umat Islam beliau mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.
"Saya akan terus bercakap mengenainya, tidak ada siapa boleh halang saya untuk menegakkan Islam," katanya kepada mStar Online di sini semalam.
Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan Biro Politik PKR semalam yang mengarahkannya supaya tidak mengeluarkan kenyataan media sehingga siasatan oleh lembaga disiplin selesai.
____________________________________________


Antara maruah dan kepentingan:


PKR seperti susut maruah dan  tengik. Kenapa takut untuk bertindak tegas terhadap YB Zulkifli Nordin? 
Keputusan biro politiknya masih boleh dipermainkan oleh Zul Nordin.
Apa istimewanya beliau? 
takut hilang sokongan melayu? Zul Nordn tak sehebat mana. Tiada melayupun yang menyokongnya. PKR akan hilang sokongan jika terus menyimpannya!..
Atau PKR takut kerusi parlimennya akan berkurangan ? Mungkin betul kerana khabar angin ada lagi MP yang akan lompat parti di Penang. BN hanya memerlukan sedikit kerusi lagi untuk mendapat majoriti 2/3.
Jangan biarkan Zulkifli Nordin meracau dan meroyan. amat merbahaya!

melayu:
setelah memerhati gerak laku YB Zulkifli Nordin, aku percaya dan yakin beliau ada agenda tersembunyi -agendanya menciptakan perpecahan dari dalaman parti dan berkemungkinan berperanan sebagai 'trojen horses'.  
1.Apa peranan Zulkifli Nordin semasa mewakili pembelaan Anwar Ibrahim
2.Kenapa ustaz Fadzil Nor (arwah) tidak pernah mempercayai beliau
3.Kenapa PAS sendiri tidak menggemari Zulkifli Nordin yang sangat Islamik
4. Beliau sangat suka mengkontroversikan isu dan cuba menghuru-harakan suasana dalaman parti.
5.Beliau tidak bersuara bilamana perkara berkaitan UMNO/BN?
6.Kenapa beliau sering bertindak tanpa saluran parti malah bersifat memecah belah?


Renungkan: antaranya
1. Saiful Bukhari Azlan adalah bekas pembantu peribadi DS Anwar.
2. Ezam M.Nor bekas Setpol DS Anwar
3. Ruslan Kasim penyokong DS Anwar
bagaimana mereka ini akhirnya lantang dan berjuang menjahanamkan karier DS Anwar. Adakah mereka ini bertindak sendirian?