Isnin, 16 November 2009
ibu binatang
ini satu lagi sikap segelintir masyarakat melayu yang tiada iman.
DUNGUN: Seorang wanita berhati iblis bukan saja tergamak mendera anak perempuan tirinya, Nurhidayah Abdul Wahab, 4, malah pernah mencampak anak kandungnya sendiri yang baru berusia sembilan bulan ke dalam kolam ikan berhampiran rumahnya.
Bagaimanapun, bayi lelaki malang yang hampir lemas dalam kolam ikan sedalam tiga meter itu diselamatkan bapanya, Abdul Wahab Mahusin, 39, di rumah mereka di Kampung Sura Hujung di sini, dalam kejadian sebelum Ramadan lalu.
Perbuatan kejam wanita berusia 21 tahun itu sekali lagi terbongkar Ahad lalu selepas datuk kanak-kanak perempuan terbabit menemui seorang bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan sebaik mendapati cucu yang tinggal bersama ibu tirinya itu tidak berhenti menangis selain mengadu sakit di bahu kanan.
Abdul Wahab yang mendedahkan perangai wanita itu yang juga isteri keduanya berkata, tindakan wanita itu tidak ubah seperti binatang kerana langsung tidak memiliki perasaan terhadap kanak-kanak terbabit yang mengharapkan kasih sayang daripadanya.

Rabu, 11 November 2009
MAI MATI SAMA
ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.
Suspek yang juga suami ke-11 mangsa, hilang pertimbangan apabila usahanya memujuk wanita itu untuk meneruskan perkahwinan mereka menemui jalan buntu selepas dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah.
Mangsa yang ditikam dengan pisau sepanjang 17.8 sentimeter (tujuh inci) cuba melarikan diri ke halaman rumahnya dalam keadaan parah sebelum rebah dan menemui ajal di situ.
Lelaki serang bekas teman wanita selepas cinta ditolak
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyerang bekas teman wanitanya menggunakan pisau selepas wanita itu dikatakan menolak cintanya dalam kejadian di Taman Samudera, Batu Caves pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek berumur lingkungan 30an mengunjungi
rumah bekas teman wanitanya berusia 27 tahun, di sebuah pangsapuri di taman
perumahan itu untuk memujuk kembali menerima cintanya.Bagaimanapun, selepas mangsa menolak cinta suspek, suspek marah dan menyerang wanita itu tanpa belas kasihan di bilik tidurnya sebelum melarikan diri dan meninggalkan mangsa dalam kesakitan.
Difahamkan, gadis malang itu kemudian dikejarkan oleh jirannya ke Hospital-Bernama
Melayu:
Cinta seorang tua...membawa kemati..nauzubillah minazalik!
hati berjiwa remaja....
Cinta maut cinta melayu.
Cinta maut cinta melayu.
SIAPA TUN SABAN? idola MB ZAMBERI
POH: Tun Saban, anak kepada Bendahara Melaka Tun Perak, yang juga orang pertama meneroka daerah Hulu Perak akan dijadikan watak permainan video, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, syarikat MYGO Solutions Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan untuk mewujudkan permainan video berkenaan bagi memaparkan sejarah kepahlawanan di Perak.
"Watak Tun Saban dalam permainan video itu kelak sesuai untuk peringkat kanak-kanak dan dewasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan syarikat MYGO 101 Sdn Bhd di sini hari ini.
Zambry berkata, kerajaan negeri komited untuk menjadikan Perak sebagai pusat kandungan kreatif dalam usaha menjadikan negeri itu pelopor utama kandungan sedemikian di peringkat kebangsaan.
Tun Saban dikatakan pernah berperang dengan angkatan perang Sultan Muzaffar Shah, iaitu Sultan Perak pertama yang memerintah dari 1528 hingga 1549, berpunca daripada keengganannya menyerah anak perempuannya yang bernama Tun Merah, untuk dijadikan gundik Sultan.
Melayu:
satu lagi projek arkib negeri perak selepas filem pasir salak....
kong!...kong!...kong...tong...tong..tong...
Saban hari...saban waktu...saban..saban....sebak!

Selasa, 10 November 2009
masjidil haram akan wujud di Selangor
Apabila pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin berfatwa menjadi kesalahan bukan islam memasuki masjid sepertimana perempuan yang sedang haid semakin berserabut umat Islam dengan fatwa terbaru ini.
| JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid |
| Seseorang bukan Islam tidak dilarang memasuki masjid jika niatnya baik
dan dibenarkan orang Islam kecuali Masjidil Haram di Mekah, kata
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Beberapa tokoh ulama tersohor dalam pemikiran Islam tidak melarang orang Islam berbuat demikian kecuali di tanah haram tersebut, kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi. "Menurut pandangan majoriti para ulama termasuk Imam Malik, Syafie dan ulama fiqh yang lain, adapun larangan khusus bagi bukan Muslim daripada memasuki masjid hanyalah terhad kepada Masjidil Haram di Mekah dan kawasan tanah suci di sekitarnya berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 28," katanya. Beliau mengulas ura-ura tindakan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) terhadap jawatankuasa sebuah masjid di DUN Seri Andalas minggu lalu yang membenarkan wakil rakyat di situ Dr Xavier Jayakumar menyampaikan ucapan di dalam tempat ibadat itu, Ogos lepas. Wakil rakyat PKR itu, yang juga exco kerajaan Selangor, dilaporkan menyampaikan ceramah ketika merasmikan satu majis berbuka puasa tetapi dakwaan itu dinafikan oleh jawatankuasa masjid. Dalam kenyataannya, JIM negeri juga berkata seseorang bukan Muslim wajar memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat berikut: - Non-Muslim diharuskan memasuki masjid selain daripada Masjidil Haram di Mekah dengan keizinan orang Islam. - Mereka harus mempunyai sebab yang munasabah untuk memasuki masjid. Oleh itu sekiranya tujuan mereka memasuki masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka hal ini adalah dilarang. - Mereka seharusnya menghormati kesucian masjid dan perlu sedar bahawa masjid adalah tempat suci bagi orang Islam beribadah. - Kedua-dua kaum lelaki dan wanita non-Muslim yang ingin memasuki masjid mestilah tidak mendedahkan aurat yakni anggota tubuh mereka yang seharusnya ditutup dengan pakaian yang bersesuaian. "JIM Selangor juga percaya bahawa sikap terbuka masyarakat Islam dengan membenarkan bukan Muslim memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat yang tersebut di atas sudah pasti memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat Islam berdakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada bukan Muslim," kata Mohd Kamal. Tambahnya, bukan Muslim pula akan melihat keterbukaan Islam dalam memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai kaum dan agama dalam negara ini. "Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain dan ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan dakwah Islam kepada bukan Muslim." Melayu: Wak Misnan Ahmad (wakil Pemuda UMNO Kota Raja) ngaji kat pondok mana...pondok durian ke nak jadi popular jangan buat isu goblok. Latuk Mat Kushrin korek dalil kat mana... Pengarah Jais ni lulusan apa... Maka Wak Misnan harus mentarbiah diri sendiri jangan sempitkan pemikiran dan jangan menyondol-nyondol tanpa ilmu yang kukuh. sebagai mewakili Umno (kononnya wakil Melayu islam) jangan membuat bukan islam jelek dengan pemikiran yang tidak terbuka. |
Ahad, 8 November 2009
‘Geram’ lihat amah
‘Geram’ lihat amah adik
-Metro
Suspek yang berusia 40-an sebelum itu jatuh hati terhadap pembantu rumah yang bekerja di rumah adik perempuannya dan mencari peluang memerangkap mangsa.
Sumber polis berkata, pembantu rumah warga asing berusia 25 tahun itu sebelum ini bekerja dengan adik suspek di Wangsa Maju selama satu tahun setengah.
Menurutnya, lelaki itu menemui adiknya pada 23 September lalu sebelum menyatakan hasrat meminjam amah berkenaan beberapa minggu untuk bekerja di rumahnya.
Bapa ‘iblis’ dijel 40 tahun
-Metro
MELAKA: Seorang bapa ‘bernafsu iblis’ yang meragut kehormatan anak kandungnya sendiri sebanyak dua kali pada Ogos 2007, menerima pembalasan atas perbuatan kejinya itu apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.Hakim Zamri Bakar, dalam penghakimannya itu memutuskan demikian selepas meneliti keseluruhan hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan semalam selain hujah pendakwa raya serta rayuan tertuduh berusia 45 tahun itu.
Menurutnya, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah keterangan yang direka-reka dan tidak pernah dibangkitkan ketika kes pendakwaan.
Keterangan tertuduh mengenai isterinya lari dari rumah dan berlaku curang pula tidak diterima kerana pembelaan gagal membuktikan apakah relevan dan kaitannya dengan kes dihadapi tertuduh.
Padah ‘makan’ bakal anak tiri
-Metro
PETALING JAYA: Sepuluh hari sebelum bernikah dengan si ibu, seorang bakal bapa tiri ‘durjana’ tergamak merogol anak wanita itu yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.Akibatnya, tertuduh, Hamdan Ahadluddin, 49, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mahkamah mendapati tertuduh yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata, isu utama berbangkit dalam pembelaan tertuduh berkaitan bukti alibi yang dikemukakannya di mahkamah.
“Tertuduh dalam keterangannya menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, bagaimanapun daripada keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata dan bukan keterangan yang meyakinkan,” katanya.
Melayu:
Satu sikap segelintir orang melayu tiada dapat menahan nafsu serakah syahwatnya. Setiap hari di dada akhbar sekurang-kurangnya ada satu berita kes rogol, sumbang mahram, khalwat, buang bayi dan zina. Gejala sosial buruk ini melambangkan kerendalahan moral dan ketiadaan iman. Segelintir Melayu ini berugama Islam. Malahan ada yang umur mereka sudah hampir masuk kubur.Selain keinginan jijik tersebut tidak kurang juga yang mempercayai perkara kurafat seperti bomoh dan sihir.Berjudi dan membeli nombor ekor juga satu kegiatan yang terbiasa.
Ramai juga yang terlibat dengan dadah dan pelacuran serta pondan. Penyakit sosial ini nampaknya sukar dibendung.
Langgan:
Catatan (Atom)