Sabtu, 3 Oktober 2009
Projek I-Sharp Bernilai RM200 Juta Bakal Ubah Wajah Setiu
Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu atau lebih dikenali sebagai "Integrated Shrimp Aquaculture Park (i-SHARP) yang bernilai RM200 juta bakal mengubah wajah Setiu, sebuah perkampungan nelayan terpencil, menjadi ladang udang berintegrasi terbesar di Malaysia.
Projek i-SHARP yang akan mula beroperasi pada hujung tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Blue Archipelago Bhd (Blue Archipelago), Dr Shahridan Faiez berkata projek penternakan udang kawasan seluas 1,200 hektar yang asalnya hutan gelam milik kerajaan negeri itu akan dijalankan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama dimulakan di tapak seluas 400 hektar.
-Bernama
nota:
Fuyo.... baik punya projek adik beradik kerpan.
Melayu kaya...melayu kaya....
Ada lagi tak tanah kerajaan kat Setiu untuk dipohon buat projek
budu...siap makmal dan kolam bilis....
mana hutan simpan yang penuh pokok ketum boleh di pohon kut.....

Hancur badan kandung tanah.
Indonesians pass a collapsed building Saturday, Oct. 3, 2009 in the Sumatran Island city of Padang, Indonesia,-
Jika semua sudah disahkan meninggal 644 - sebagaimana yang mungkin - jumlah korban tewas dalam bencana akan melompat ke lebih dari 1.300
PBB mengatakan dalam laporannya bahawa lebih dari 1,1 juta orang tinggal dalam 10 kabupaten terkena gempa. Dikatakan 10,00 rumah ambruk, 19 kemudahan awam rosak teruk, 50 sekolah hancur dan lebih daripada 80 masjid rosak teruk..-AP
berita geli - Melayu meroyan nak buat filem
Mansor perlu RM170 juta
DALAM dunia perfileman, nama Mansor Puteh dikenali ramai sebagai seorang pengkritik .Selain mengkritik, beliau yang pernah mengarah sebuah filem berjudul Seman pada 1988 juga tidak pernah lupa untuk mengarahkan filem terbarunya selepas 21 tahun tidak terbabit dalam bidang tersebut.
The Malay Prince merupakan judul filem yang ingin diarahkannya dan ia berkisar mengenai sejarah hidup Bapa Kemerdekaan Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Mansor memerlukan kos sehingga AS$50 juta (RM170 juta) untuk menghasilkan filem berkenaan.
nota:
huha hu ha.... lawak....lawak.... ini lagi satu berita geli geleman..
mamat ni siapa? steven spielberg melayu... ha ha ha hah..
bikin satu filem dulu (Seman) hancurs!.. pecah punggung..tak laku!
tak reti-reti ke orang melayu tak layan filem sejarah.... sejarah yang banyak penipuan!
bollywood ke...cinta cintun ke.. car drift ke...rosyam nor castelo ke...layan lah...
meroyan betul bajet sampai 170 juta....
bagi melayu afrika nonton pakai usd beli tiket!
atau boleh contohi filem pasir Salak arahan Jins Samsudin yang berada di arkib ketuanan Melayu.
Macamana Finas boleh terpedaya dengan mamat ni pun tak taulah...menaja
dokumentari arahannya yang berkisar hidup Tunku Abdul Rahman berjudul The Residency Years: Tunku Abdul Rahman macam student akademi baru belajar mengarah.
Jumaat, 2 Oktober 2009
berita bergambar hari ini
Beberapa penduduk berjalan di kawasan yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia hari ini. Gempa kedua sekuat 6.8 magnitud berlaku lagi hari ini selepas gempa dengan kekuatan 7.6 magnitud menggegarkan wilayah itu petang semalam. - AP
SEBUAH lori yang membawa muatan batu-bata dari Melaka menuju ke Kuala Terengganu terbabas di Jalan Pintasan Kuantan ke Terengganu yang mengakibatkan ribuan batu-bata bertaburan di jalanraya. Jenazah Noordin Mohd Top telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 pada pukul 11.10 waktu tempatan dengan diiringi tiga anggota keluarganya yang sebelum itu sempat meminta maaf kepada rakyat Indonesia yang pernah terkena kesan tindakan penjenayah itu. Jenazah yang diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1 tengah hari.
Bajet 2010: PM pelawa rakyat bagi idea dan cadangan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput rakyat memberikan idea dan cadangan untuk Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober.
"Digalakan oleh banyak respon dan komen, saya terima sebelum ini melalui laman web, sekali lagi saya minta cadangan anda minggu ini mengenai langkahlangkah dan insentifinsentif yang mungkin dimasukkan dalam bajet.
"Cadangan hendaklah spesifik dan fokus mengenai bagaimana kita boleh bergerak untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan juga memberikan enam NKRA," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my.
Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini.
Mengenai ekonomi Malaysia, Najib berkata "kita telah jauh meninggalkan ekonomi yang bersandarkan pertanian dan komoditi, yang telah menghasilkan ekonomi pendapatan pertengahan atasan yang dinamik hari ini."
--Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)