Khamis, 11 September 2014
Nik Abduh yang bodoh
anak Mursyidul Am, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menuduh PKR secara terbuka sebagai pengkhianat dan menikam PAS dari belakang berhubung keturut sertaan dua Adun PAS Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah, 6 Ogos lalu.
PAS menurunkan calon di beberapa kerusi DUN pada pilihan raya umum ke 13 lalu. Adakah tindakan itu bagi Nik Abduh sebagai bukan pengkhianatan?
Dalam perbincangan antara Setiausaha Agung PKR dan PAS, diputuskan kerusi-kerusi yang bertindih tersebut ditandingi oleh calon PKR. Bagaimanapun PAS pada saat akhir sehari sebelum tarikh penamaan calon telah mengeluarkan watikah untuk calonnya bertanding.Dalam peraturan SPR dua individu sahaja yang boleh menandatangani surat watikah untuk bertanding pilihan raya. Sama ada Setiausaha Agung Mustafa Ali atau Presiden Hadi Awang.
Kesannya, akibat pertandingan sesama sendiri itu, keenam-enam kerusi kalah kepada BN. Kekalahan yang paling menyakitkan hati adalah di Kota Damansara dan Sungai Acheh apabila jumlah undi PKR dan PAS jika dicampurkan mengatasi jumlah undi yang diperolehi calon BN.
Presiden Hadi Awang tidak memohon maaf kerana menuduh seorang calon PKR di Terengganu menjual pil kuda sebagai alasan menolak kelayakan calon tersebut bertanding .
Dalam apa2 keadaan pun, projek pembodohan adalah penting bagi orang yang mahu terus berkuasa. Firaun ini, bukan sekadar ada di Mesir, di malaysia pun ada.
Firman Allah, "(Firaun) merendah-rendahkan akal rakyatnya, lalu rakyatnya Taat kepadanya. Sesunggunya mereka adalah kaum fasiq".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan