Khamis, 11 September 2014
Mahathir akui kegagalannya
Saya gagal mengubah orang Melayu, kata Dr M
Kenyataan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan mendedahkan terdapat kebocoran soalan bagi dua kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini, menyebabkan hampir 500,000 murid Tahun 6 terpaksa menduduki kertas itu pada 30 September.
Orang Melayu tidak malu jika mereka gagal, baik di dalam peperiksaan mahu pun di dalam kehidupan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri yang memegang rekod paling lama itu berkata, beliau menghabiskan tempoh 22 tahun untuk cuba mengubah orang Melayu dan persepsi mereka, tetapi gagal.
"Saya cuba mengubah mereka, cuba menukar persepsi yang menganggap orang Melayu malas, tapi saya gagal.
"Pada masa lalu, apabila seorang Melayu dihukum penjara, pesalah akan tundukkan kepala kerana malu kerana ia bukan sesuatu yang membanggakan.
"Tetapi hari ini, apabila seorang Melayu dihukum penjara, dia akan berjalan sambil mendongakkan kepalanya dengan bangga, senyum seolah-olah dia berjaya mencapai sesuatu." – 11 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-gagal-mengubah-orang-melayu-kata-dr-m#sthash.42JOz0iw.dpuf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan