Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 28 Jun 2013

Shahidan, Ku Nan kelas ketiga - Prof Mohd Agus

19 Syaaban 1434 H. [MOD] - 
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.


HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
 Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini. 

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

Khamis, 27 Jun 2013

berita terlewat..kini dakwat boleh dimakan

 Kelakor..kelakar..lawak...gurau senda...ha..ha..ha..ha.. SPR tak bohong...menteri cakap betul...
NONE
Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan kata Menteri Shahidan Kassim di Parlimen menjawab soalan bertulis ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.. 

Tak ke pelik bunyi nye tu...Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.
Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan". 

Rabu, 26 Jun 2013

PRU kecil di Kuala Besut

Satu pilihanraya kecil DUN Kuala besut bakal diadakan berikuta kematian wakilrakyat tersebut yg juga exco kerajaan negeri.
Kini .... jika Pilihan Raya Kecil (PRK )  DUN Kuala Besut dipertandingkan dan  dimenangi Pakatan Rakyat(PR) maka keputusan akan menjadi seri : BN 16 PR 16
Laporan Bernama menyebut,  Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Prof Khoo Kay: Pelajar bodoh pun dapat A

Khoo Kay KimRamai pelajar kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya mencatat gred 'A' dalam peperiksaan, kata sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
   
Tokoh akademik terkenal itu berkata pelajar sekarang belajar sejarah dengan cara menghafal dan bukan memahaminya.

"Pada masa dulu, untuk mendapat 70 markah pun susah, tetapi sekarang mereka boleh dapat 90 ke atas.
   
"Ramai pelajar sekolah sekadar menghafal esei kerana mereka boleh agak topik apa yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya pada pembentangan di 'Second Education Nation Conference', di sini hari ini.

Isnin, 24 Jun 2013

PR angkat sumpah MP akhirnya


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengetuai angkat sumpah anggota Dewan Rakyat mewakili gabungan pembangkang PKR-PAS-DAP di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Isnin. Kelihatan menunggu giliran ialah Datuk Seri Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP). 

Sabtu, 22 Jun 2013

Sahol (NC UiTM) ketua Cawangan Umno UiTM

Kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam  tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini
UiTM ditubuhkan atas kesedaran pimpinan di masa lalu untuk membantu golongan melayu yang berpendapatan rendah. Orang Melayu bukan Umno. Jangan jadikan UiTM satu lagi cawangan Umno-BN.

Rafizi (PKR) kata polis OK jer

NONE"Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ," kata Rafizi  pengarah strategi PKR.
PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' mendakwa pihaknya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok. 
"Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mematuhi undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman). Lain-lain, tiada komen. Terima kasih," katanya melalui SMS kepada malaysiakini

Rabu, 19 Jun 2013

ZAHID HAMIDI PELUK LIM KIT SIANG

Zahid Hamidi dan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketika melawat runtuhan menara di bangunan Umno P.Pinang.
He..he..he...orang politik.......

Lahad Datu: Cerita terbaru

Portal berita milik MCA Mstar online hari ini memetik: :
Lahad Datu: Dakwaan Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu Tidak Benar
KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.
"Tiada insiden seperti itu berlaku.
"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.
Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.
Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.
Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.
Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Isnin, 17 Jun 2013

Pengerusi SPR yang cakap dolak dalik

 Apabila  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf Aziz mengakui dakwat kekal  tidak kekal, ia dengan sendirinya bermakna SPR mengakui ia gagal memastikan pilihan raya dijalankan dengan bersih. Tujuan dakwat kekal ialah untuk memastikan pilihan raya yang bersih.  

Ia sekaligus kegagalan menguruskan wang rakyat kerana wang rakyat dibazirkan tanpa mencapai matlamat yang ditetapkan.

Amatlah tidak bermaruah jika Aziz dan seluruh kepimpinan SPR berdolak dalik untuk mempertahankan keengganan mereka meletak jawatan. Tidak perlu tunggu Agong, itu sudah lebih dari mencukupi untuk menjadi sebab Aziz dan kepimpinan SPR sedar diri dan meletak jawatan.

Isnin, 10 Jun 2013

SPR memang gagal - Datuk DR mohamad Agus

Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.
“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!


Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.


Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.

Sabtu, 8 Jun 2013

MAYAT DIKELUARKAN...aDUHAI JAMBATAN KE2 P.PINANG RUNTUH KERJA KONTRAKTOR MELAYU

NONETimbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung dapat dikeluarkan pada pukul 8.45  malam ini.
    
Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke  Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat, lapor Bernama. mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.
    
Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak semalam.

 Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.
Beliau berkata sebuah pasukan penyiasat bebas terdiri kumpulan pakar akan diwujudkan untuk mengenal pasti sama ada runtuhan itu disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), kompetensi pekerja atau masalah lain.
Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010.
Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama.
Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan.
Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan.
Cergas Murni, yang memulakan operasi sebagai kontraktor berdaftar Kelas B pada 1991 dan sekarang kontraktor Kelas A, mempunyai beberapa projek mega di bawahnya — Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua Pakej 9A (RM202 juta), Pakej 9B (RM86 juta), Pakej Tiga (RM224 juta) dan Jambatan Bukit Kuang di bawah projek Wilayah Ekonomi Timur (RM190 juta).
Syarikat berkenaan turut menerima pengiktirafan ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan OSHAS 18001:2007 sejak 2005.
Semalam, dua pekerja pembinaan warga asing dan penunggang motosikal wanita cedera selepas bahagian susur berkenaan runtuh sekitar jam 7 malam.
Pada tengah malamnya, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan laporan awal empat kematian dalam insiden berkenaan.
Beliau bagaimanapun hanya mengesahkan tiga yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berkata polis masih berusaha mengesahkan berlakunya sebagarang kematian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat masih lagi berusaha mencari kereta yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan menggunakan kren sekitar jam 2 pagi.
Ketika melawat kawasan berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa audit keselamatan dijalankan bukan sahaja terhadap pakej tetapi kepada keseluruhan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.
“Mereka perlu menjalankan semakan keselamatan keseluruhannya, bukan sahaja bahagian ini tetapi keseluruhan projek dan saya harap kementerian akan turut melantik badan bebas untuk menjalankan audit keselamatan terhadap projek ini kerana keselamatan awam amat penting,” katanya

Sabtu, 1 Jun 2013

Noh Omar dan Zahid mahu golongan umno sndiri hijrah keluar Malaysia

Kenyataan Zahid  Hamidi menteri dalam negeri  seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.
Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.