Ramai pelajar kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya mencatat gred 'A' dalam peperiksaan, kata sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.Tokoh akademik terkenal itu berkata pelajar sekarang belajar sejarah dengan cara menghafal dan bukan memahaminya.
"Pada masa dulu, untuk mendapat 70 markah pun susah, tetapi sekarang mereka boleh dapat 90 ke atas.
"Ramai pelajar sekolah sekadar menghafal esei kerana mereka boleh agak topik apa yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya pada pembentangan di 'Second Education Nation Conference', di sini hari ini.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan